Marcus Rashford tidak dinafikan lagi pada ketika ini sedang bergelut dengan masalah kemerosotan prestasi dan beliau juga turut berdepan kecaman teruk dari para peminat atas aksi hambar yang dipamerkan.
Pemain berusia 24 tahun itu bergelut untuk memberikan impak, gagal untuk menjaringkan gol selepas enam perlawanan dan lebih teruk lagi beliau nampak hilang keyakinan.
Rashford telah diturunkan sebagai pemain gantian ketika aksi terikat tanpa jaringan bertemu Watford malam semalam, namun beliau gagal untuk mengubah apa-apa ketika di masukkan oleh Ralf Rangnick.
🚨🎙• Rangnick ontop Marcus Rashford: “Na the same thing wey we face with Jadon [Sancho] six or seven weeks ago. Na the player himself wey gats perform and re-find hin form.” #MUFC 🔴 pic.twitter.com/uRGmNG1lRz
— Man United in Pidgin (@ManUtdInPidgin) February 27, 2022
Ralf Rangnick sendiri sedar dengan masalah prestasi Rashford sebelum aksi bertemu Watford dan mengakui yang hal itu turut disedari sendiri oleh pemain kebangsaan England itu.
“Saya tahu dia tak gembira dengan persembahan dia sekarang, tapi ia tak membantu jika kita bincangkan hal itu setiap minggu.”
Jelas pengurus dari Jerman itu kepada laman rasmi kelab.
“Kita semua boleh beri pandangan tentang apa yang perlu dilakukan tapi saya tak nampak walau satu sebab mengapa dia perlu rasa gembira.”
Aksi Rashford bertemu Watford dihentam peminat
Rashford berjaya menjaringkan gol dua kali sejak hujung Oktober lalu, namun bukan hanya masalah ketumpulan penyudah beliau sahaja yang menjadi masalah pada ketika ini.
Bulan lalu, pemain kebangsaan England itu telah dihentam kerana tak berlari selepas kehilangan bola ketika aksi kemenangan Man Utd bertemu Aston Villa dalam saingan FA Cup.
Ralf Rangnick on Marcus Rashford's form:
"I am pretty sure he is not happy with his performance right now but it doesn’t help if we discuss that every week and talk about our thoughts about what it might be." 😔 pic.twitter.com/b2i2022GSs
— GOAL (@goal) February 25, 2022
Hal yang sama berlaku ketika aksi bertemu Watford malam semalam, dengan Marcus Rashford turut dihentam peminat kerana melihat aksi tak bersemangat serta kemalasan beliau di atas padang.
Ketika aksi bertemu Aston Villa, ramai yang percaya Rashford sepatutnya boleh memanfaatkan peluang selepas bola Emiliano Martinez terbias dalam kotak.
Dan ketika aksi bertemu Watford, beliau nampak langsung tak berusaha untuk memenangi bola cantik yang dihantar oleh Jadon Sancho.
Sancho menerima bola dari sudut sebelah kiri dan memilih untuk menghantar bola mencari Marcus Rashford.
Walaupun beliau disajikan dengan gawang yang terhidang luas untuknya, Rashford lebih memilih untuk pamer aksi dungu dengan langsung tak dapat melakukan percubaan.
Ermm… 🤔 pic.twitter.com/4uOd2tnPeB
— Jack Cook (@jack_cook95) February 27, 2022
Rashford ran away from this ball like sey the ball na ojuju😂😂😂
Una see wetin oxlade don cause baaa pic.twitter.com/EjKObCy1dL— Rotimii® (@_Rotimiii) February 26, 2022
“Saya rasa Rashford patut berusaha lebih untuk sentuh bola tu sebab bola tu tak terlalu laju untuk dia. Kecewa dengan persembahan dia.”
“Bagi saya itu adalah kesempatan emas yang disia-siakan oleh Rashford, dia patut boleh beri impak dengan menjaringkan gol itu.”
“Kalau dia berlari bukan berjogging, saya rasa dia dah dapat sentuh bola tu, dan ketika dia sentuh bola tu peratus untuk bola tu gol sangat tinggi.”
“Dia fresh leg tapi dia paling pemalas dan langsung tak menunjukkan dia mahu berusaha untuk memenangi bola itu.”
“Terlepas? Saya rasa lebih tepat kalau kita anggap yang dia sebenarnya langsung tak mencuba.”
Rashford hilang keyakinan
Rashford jelas sekali pada ketika ini nampak tak bersemangat dan mengikut dakwaan dari Ralf Rangnick, pemain kebangsaan England itu sebenarnya hilang keyakinan.
Jamie Carragher on Marcus Rashford:
Do you agree with him? 🤔 pic.twitter.com/9odTtYbd2J
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) February 25, 2022
Apa jalan penyelesaian terbaik? Susah nak jawab personal tu sebenarnya.
Ralf Rangnick sendiri turut mendedahkan yang Rashford merupakan antara pemain paling berusaha keras ketika sesi latihan, namun tak pasti apa yang menyebabkan beliau hambar ketika diturunkan untuk beraksi.
Berkemungkinan besar beliau memang hilang keyakinan dan perlu berusaha mendapatkan semula keyakinan beliau itu, dan barulah beliau akan kembali mampu untuk dapatkan rentak persembahan terbaiknya.
Sumber: GMS