Para penyokong Tottenham Hotspur koyak dan bengang dengan Dominos Pizza selepas syarikat makanan segera terkemuka dunia itu menganjing mereka kerana tersingkir dari saingan Europa Conference League.
Tottenham Hotspur tersingkir dari saingan Europa Conference League selepas UEFA menganggap mereka menarik diri dari aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu Rennes.
Kelab dari saingan Ligue 1 itu diberikan kemenangan percuma 3-0 selepas Spurs menangguhkan aksi pertembungan antara kedua-dua pasukan yang sepatutnya dijadualkan pada 9 Disember lalu itu.
😡 Tottenham fans triggered over controversial Conference League exit – by @Dominos_UK https://t.co/u7Rw9gcEfn#COYS #UECL
— talkSPORT EDGE (@talkSPORTEDGE) December 21, 2021
Spurs meminta untuk perlawanan itu ditangguhkan selepas kem mereka diserang dengan penularan wabak pandemik yang agak teruk.
Tottenham Hotspur perlu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan itu untuk menjamin tempat ke pusingan kalah mati dalam pertandingan tersebut.
Ekoran dari kekalahan memalukan bertemu NS Mura dan Vitesse, maka satu-satunya jalan yang Spurs ada untuk layak ke pusingan seterusnya adalah dengan menewaskan Rennes.
Spurs fans acting like they never wanted the Europa Conference League in their trophy cabinet… pic.twitter.com/VjDfpN0tQn
— Domino’s Pizza UK (@Dominos_UK) December 20, 2021
UEFA walau bagaimanapun merasakan Tottenham Hotspur tidak sepatutnya menangguhkan perlawanan tersebut kerana mereka masih memiliki seorang penjaga gol, dan 13 pemain untuk meneruskan perlawanan.
Spurs pada ketika itu hanya kehilangan lapan pemain dari skuad utama mereka, dan sepertinya mereka masih ada pemain yang cukup (mengikut peraturan) untuk meneruskan perlawanan.
Hal ini kerana UEFA telah menetapkan yang sesebuah pasukan wajib meneruskan perlawanan seandainya mereka memiliki seorang penjaga gol dan 13 pemain yang cergas dan boleh bermain.
Spurs mungkin ada alasan mereka sendiri, namun alasan itu tidak diterima oleh penganjur dan UEFA memutuskan untuk memberi kemenangan percuma sahaja kepada Rennes.
Domino’s Pizza menganjing Spurs
Sebaik melihat Spurs tersingkir dari saingan UEFA Europa Conference League, para penyokong pasukan seteru segera menganjing pasukan dari Premier League itu.
👏 Quality job from @Dominos_UK PR team, potentially just lost 6m customers. Never wanted their pizza anyway hey 🤪 @pizzahut from now on #coys #THFC https://t.co/eqhoToF5t1
— Mark Wooder (@MWooder) December 21, 2021
Agak mengejutkan juga, apabila melihat Domino’s Pizza turut sama masuk campur dengan mereka memuat naik status khas untuk menganjing Tottenham Hotspur.
Selasa lalu, akaun media sosial Dominos Pizza di UK telah memuat naik gambar seorang lelaki yang sedang menunjuk ke arah kabinet kosong dengan caption:
“Penyokong Spurs berpura-pura mereka memang tak nak Piala Europa Conference League ada dalam kabinet Piala mereka.”
Penyokong Tottenham Hotspur seluruh dunia ketap gigi membaca kenyataan dari Domino’s Pizza dan merasakan syarikat makanan segera itu sudah melampau.
Dominos acting like their pizza doesn’t taste like steamed shit on cardboard #THFC #COYS https://t.co/jE7mfc0H9C
— Dick Shartz 🐓⚽️ (@DickShartz) December 21, 2021
Walau kenyataan dari Domino’s Pizza itu ada benarnya, namun para penyokong Spurs merasakan ia satu penghinaan terhadap mereka.
Penyokong Spurs koyak kena nganjing
Ramai dari mereka yang mengugut untuk tidak mahu menyokong apa saja produk dari Domino’s, dan ada juga yang menganggap Dominos tak pandai berniaga.
Akaun media sosial Dominos mendapat kunjungan tak henti-henti dari para penyokong Spurs, yang singgah sekadar untuk memaki hamun mereka.
Bagitau fakta pun nak marah kan? Entah apa-apa je diorang ni.
Great business I must say 👍 ……… remind me where you learnt your business sense?…………so I can avoid going there 👎👎👎
— Micky Hazard (@1MickyHazard) December 20, 2021
Always preferred @PapaJohnsUK anyway.
— Leanne (@Leanne_1010) December 20, 2021
You know there are a LOT of Tottenham fans who will now actively avoid your brand. Why publicly take the piss out of us? What's the business case for this @dominos @Dominos_UK
— Adam (@starlord_adam) December 20, 2021
“Dah lah Pizza tak sedap, buat marketing pun entah apa-apa, langsung tak jaga sensitiviti pelanggan.”
“Teknik marketing yang hebat boleh saya katakan, beritahu saya di mana kamu belajar cara berniaga, supaya saya boleh mengelak dari pergi ke sana.”
“Kamu akan kehilangan ramai pelanggan selepas ini, kamu sendiri tak menyumbang apa-apa dalam dunia bola sepak, jangan tunjuk pandai untuk menghina kami.”
“Saya fikir kamu merupakan syarikat ternama yang sangat matang, tapi kamu boleh menganjing kami secara terbuka?
“Wow! Domino’s Pizza nak masuk campur sesi troll ke? Tottenham Hotspur lebih dikenali seluruh dunia berbanding kamu yang tak menarik langsung.”
Tottenham fans are fully triggered after Dominos Pizza taunt club over European Conference League exit and lack of trophies https://t.co/4P3qFMu4Rs
— Goal Mirror (@goalmirror) December 21, 2021
Tottenham Hotspur dilaporkan sedang dalam usaha untuk mendapatkan nasihat dari syarikat guaman untuk membantah keputusan UEFA memberikan kemenangan percuma kepada Rennes.
Sementara itu, pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Davinson Sanchez turut menghentam badan induk bola sepak Eropah itu, dengan menganggap tindakan mereka sebenarnya sangat tidak adil.
“Kami ada hak untuk bermain, ia tidak adil untuk kami, UEFA tak boleh kata, ‘OK kamu keluar dari pertandingan,’ sedangkan dia tahu kami tak boleh bermain sebab wabak pandemik.”
Jelas Sanchez kepada Sky Sports.
“Kami bersedia untuk perlawanan, kami beri tumpuan, kami sudah lakukan segalanya untuk dapat bermain di halaman kami.”
🗣 "It's completely unfair."
Tottenham Hotspur defender Davinson Sanchez says it is not fair that UEFA ruled the club forfeited their final Europa Conference League match against Rennes. #UECL pic.twitter.com/c1R7ZabTTy
— Talking THFC (@TalkingTHFC) December 21, 2021
“Malam sebelum perlawanan baru kami dapat berita yang perlawanan itu tidak akan berlaku. Saya rasa ia sangat tidak adil untuk kami sebagai satu pasukan dan kepada penyokong kami.”
“Kami sukar ketika bermain di luar Spurs, tapi kami masih ada kesempatan untuk menang pertandingan ini, jadi ia jelas sekali memang tak adil.”
Sumber: SPORTbible