Arsenal berjaya membelasah Chelsea tanpa belas dalam aksi perlawanan persahabatan mereka pada pra musim ini.
Melihat skuad Gunners mencatatkan kemenangan 4-0 menewaskan The Blues, para penyokong Arsenal mula yakin yang mereka bakal memenangi gelaran Premier League.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu masih belum mencatatkan sebarang kekalahan dalam aksi pra musim mereka, sementara Chelsea sebelum ini sudah mencatatkan kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti bertemu Charlotte.
Full time feeling 🤙 pic.twitter.com/mUpB7NPUkX
— Arsenal (@Arsenal) July 24, 2022
The Gunners mula menunjukkan belang mereka sebaik sepak mula dimulakan dengan Gabriel Jesus meledak gol pembukaan pada minit ke-15 permainan.
Jesus bijak menewaskan Mendy dari jarak dekat dan ia merupakan gol ketiga beliau untuk Arsenal sejak ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai £45 juta dari Manchester City pada awal bulan ini.
GABRIEL JESUS CHIPS MENDY! 😱
Arsenal 1-0 Chelsea pic.twitter.com/t4D1u8nxQF
— ESPN FC (@ESPNFC) July 24, 2022
Martin Odegaard kemudiannya menggandakan kedudukan untuk Arsenal mendahului 2-0 pada aksi babak kedua permainan.
Pemain midfield itu melakukan sentuhan pertama yang dasyat sebelum beliau meledak gol dengan mencari ruang di sudut sebelah kanan gawang gol Chelsea.
Bukayo Saka mengubah kedudukan menjadi 3-0 pada minit ke-66 permainan, selepas Mendy menyelamatkan percubaan dari Martinelli dan Granit Xhaka.
Martin Ødegaard makes it 2-0 against Chelsea! 🔥@ESPNPlus pic.twitter.com/Z9eVDOzk8e
— ESPN FC (@ESPNFC) July 24, 2022
ARSENAL 3-0 CHELSEA!
THEY'RE PUTTING ON A SHOW 🔥 pic.twitter.com/eeVYeF5uy9
— ESPN FC (@ESPNFC) July 24, 2022
Pemain gantian, Albert Sambi Lokonga menanduk masuk bola hantaran dari Cedric pada minit-minit akhir permainan untuk mengesahkan kemenangan selesa Arsenal menewaskan Chelsea.
Arsenal mengakhiri saingan Premier League musim lalu di kedudukan kelima dan mereka pada musim ini telah melalui jendela perpindahan musim panas dengan sangat baik.
The Gunners berjaya melengkapkan pembelian Gabriel Jesus, Fabio Vieira dan Oleksandr Zinchenko bagi memperkuat skuad mereka untuk menghadapi saingan musim baharu nanti.
Melihat aksi hebat yang mereka persembahkan dalam perlawanan ini, para peminat mula berangan-angan untuk melihat skuad Arsenal menjulang gelaran liga pertama mereka sejak 2004 lalu pada musim baharu nanti.
Pra musim yang sangat sempurna untuk kem Arsenal dan tidak hairanlah mengapa para penyokong mereka sangat teruja dan yakin mereka akan mampu menjulang gelaran liga musim hadapan.
ARSENAL 4-0 CHELSEA 😱😱😱 pic.twitter.com/UcklIsSHnO
— ESPN+ (@ESPNPlus) July 24, 2022
Para peminat di media sosial mula meninggalkan komen di media sosial untuk menyatakan keyakinan mereka terhadap skuad kendalian Mikel Arteta itu.
“Jika kita tambah seorang atau dua lagi pemain untuk skuad depth, maka lupakan saja tentang top 4, sebab kita boleh menang Premier League.”
“Arsenal bakal menjadi pasukan paling digeruni pada musim hadapan dan kita akan mengejutkan semua orang dengan merampas gelaran liga dari Man City.”
“Arsenal kini sudah kembali, bahkan lebih besar dan jauh lebih bagus dari kita sebelum ini. Saya tak main-main, kita akan kembali menggegar bola sepak Inggeris.”
“Jika Arsenal beraksi seperti ini setiap minggu, mereka dengan mudah sahaja akan menjadi pencabar kejuaraan pada musim baharu nanti.”
“Akhirnya, Arsenal bakal kembali menjadi pasukan yang akan digeruni lawan. Ini lah skuad yang saya impikan. Tak sabar nak tengok skuad kita julang Premier League musim hadapan.”
Three games. Nine goals. Three wins.
🇺🇸 USA: ✅ pic.twitter.com/OuRXsXau0w
— Arsenal (@Arsenal) July 24, 2022
Para penyokong Chelsea sementara itu sememangnya patut untuk mula rasa bimbang kerana Thomas Tuchel sendiri mengakui yang skuadnya masih belum bersedia untuk hadapi musim baharu ini.
“Saya tak boleh jamin yang kita akan mampu bersedia dalam tempoh dua minggu ini.”
Jelas Thomas Tuchel ketika bercakap dalam temu bual selepas tamat perlawanan.
“Saya nampak hari ini pasukan seperti Arsenal yang ada idea tentang bagaimana untuk bermain di tahap yang memenatkan dan di level yang fizikal perlu beri komitmen dan kami tak boleh tandingi itu.”
"We could not match physically and mentally because we have a lot of players who are thinking about leaving and looking at their options."
🗣 Thomas Tuchel says #Chelsea weren't helped in Arsenal defeat by players thinking about leaving the club this summer.
— Absolute Chelsea (@AbsoluteChelsea) July 24, 2022
“Mereka juga ada kekuatan mental yang mana kami tak ada kerana ramai pemain yang sedang fikir untuk pergi, sedang menilai pilihan lain, dan kita ada pemain yang sudah pergi. Saya rasa hal ini sekarang memang ketara masalah kita.”
Sumber: SPORTbible