Jurgen Klopp bakal dipecat oleh Liverpool pada musim ini? Sejauh manakah kemungkinan ia akan berlaku?
Walaupun musim 2023/24 Premier League baru berusia satu perlawanan, sudah ada penyokong Liverpool meramalkan Jurgen Klopp bakal dipecat menjelang Krismas pada Disember ini.
Seorang penyokong Liverpool dikenali sebagai Paul telah menghubungi talkSPORT selepas pasukan kesayangannya seri 1-1 menentang Chelsea pada malam tadi (waktu Malaysia), dan berkata pengurus dari Jerman itu telah melakukan beberapa kesilapan yang tidak boleh dimaafkan sejak beberapa minggu lalu.
Paul secara lantang mengkritik keputusan kelab menjual Jordan Henderson ke kelab Arab Saudi Al Ettifaq pada bulan lalu, selain mempertikaikan kewibawaan dan kepimpinan Virgil van Dijk sebagai kapten baharu The Reds.
Paul turut menyalahkan Klopp sebagai punca Moises Caicedo menolak untuk menyertai Liverpool dan seorang lagi pemain yang berada di dalam radar kelab itu, Romeo Lavia turut bakal ke Stamford Bridge.
⏰ “Klopp is on borrowed time.”
😳 “He’s got to go. He’s going to found out very quickly this season.”
🎄 “He’ll be gone by Christmas.”
Paul the #LFC fan details exactly why he wants Jurgen Klopp to go immediately. pic.twitter.com/hqFCHsNq2h
— talkSPORT (@talkSPORT) August 13, 2023
Penyokong itu turut menyifatkan baki masa Klopp bersama Liverpool pada har ini sebagai ‘tempoh masa pinjaman’ sehingga jurulatih itu dipecat.
“Saya berpendapat dia harus pergi. Satu-satunya kebanggaan yang boleh diperkatakan ialah ketika memenangi Champions League dan Premier League.
“Tetapi berapa jauh kita [Liverpool] boleh pergi selepas itu? Maksud saya berapa lama semua pihak boleh memuja pengurus sebegini?
“Saya berpendapat ia tidak lama dan dia harus pergi secepat mungkin.”
Paul yang lantang mengkritik Klopp kemudiannya menyifatkan Chelsea sepatutnya mendapat lebih banyak mata dalam perlawanan menentang Liverpool selepas persembahan cemerlang pada babak kedua.
Dia bagaimanapun mengkritik kemampuan duo pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold.
Roy Keane has told Mohamed Salah to "just sit down and shut up" after the Liverpool forward’s visible displeasure at being substituted off against Chelsea https://t.co/tp59cviVF8 pic.twitter.com/fjXJpjkz1i
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 13, 2023
“Klop melakukan beberapa kesilapan di sini. Kita tidak boleh lari daripada hakikat itu. Dia tidak sepatutnya melepaskan Henderson pada ketika ini.
“Mereka [pasukan] memerlukan seorang pemimpin. Van Dijk bukan seorang pemimpin. Pada pandangan saya dia [Van Dijk] tidak mempunyai kualiti yang diperlukan untuk memimpin. Ketika perlawanan dia hanya berdiam diri.
Dalam perlawanan pada malam tadi Klopp tidak mengendahkan reaksi kurang senang Mohamed Salah ketika dikeluarkan untuk digantikan pemain muda Ben Doak.
Tindakan Klopp itu dipercayai untuk mengelak sebarang spekulasi tidak diperlukan pada awal musim, walaupun rasa tidak sebang Salah ketika menuju bangku pemain simpanan amat jelas.
Bagi Paul keputusan Klopp mengeluarkan Salah sememangnya wajar dipersoalkan. Pemain antarabangsa Mesir itu adalah pemain paling menyerlah ketika menyerang dan berjaya membantu Luis Diaz membuka tirai jaringan dengan satu hantaran cantik.
may be Klopp is the only person on this planet who didn't like this Mohamed Salah's assist pic.twitter.com/hAkDGhMNaQ
— Saladin Mo Salah (@Saladinmosalah) August 13, 2023
Bahagian pertahanan Chelsea turut dilihat bergelut untuk mengekang gerakan Salah yang dianggap penyerang terbaik Liverpool sejak beberapa musim lalu.
Doak sebelum ini menyerlah ketika pra musim. Bagaimanapun pemain itu gagal meyakinkan Paul selepas dibawa masuk menggantikan Salah selepas hanya merekodkan 6 sentihan sepanjang perlawanan dan hanya berjaya melengkapkan 4 hantaran sepanjang 13 perlawanan.
Corak permainan Liverpool turut dilabel serabut dan hilang punca, dan setiap bahagian turut dilihat tidak berhubung tatkala Chelsea mulai menguasai perlawanan.