Liverpool Santai Ke Final Piala Carabao Walaupun Seri Di Craven Cottage

Liverpool dengan mudah mara ke perlawanan akhir Piala Carabao dan akan berhadapan dengan Chelsea di Wembley pada 25 Februari untuk tampil sebagai pasukan pilihan merangkul trofi pertama yang ditawarkan di dalam bola sepak Inggeris pada musim ini.

The Reds tiba di Craven Cottage dengan kelebihan satu gol selepas kemenangan 2-1 di Anfield sebelum ini.

Ini bermakna keputusan seri 1-1 buat anak buah Jurgen Klopp dalam perlawanan separuh akhir kedua sudah memadai memastikan pasukan berpengkalan di Merseyside itu ke final.

Luis Diaz memberikan pendahulan awal kepada pasukan pelawat. Tenang mendada hantaran diagonal Jareel Quansah, Diaz kemudiannya melakukan satu cut inside sebelum dengan menewaskan Bernd Lenoh di near post – dibantu dengan sedikit biasan.

Fulham kendalian Marco Silva turut menampilkan penguasaan bola dan selayaknya memperolehi gol penyamaan apabila Issa Diop tidak mensia-siakan peluang terhidang yang muncul selepas bola terlebih dahulu terbias daripada Harry Wilson.

Perlawanan sudah pasti akan diheret ke masa tambahan sekiranya berjaya menambah satu lagi jaringan. \

Namun demikian penjaga gol Liverpool Caoimhin Kelleger cemerlang menafikan percubaan jarak jauh Wilson.

Fulham gagal mencari satu lagi gol untuk menyamakan jaringan 2-2 secara agregat, dan kini terpaksa meneruskan penampilan untuk muncul di perlawanan akhir Piala Carabao.

Kedua-dua pasukan akan turun beraksi di pusingan keempat Piala FA selepas ini. Fulham akan menanti kunjungan Newcastle dan Liverpool pula beraksi di Anfield menentang Norwich pada Ahad ini.

Chelsea berjaya menempah tiket ke Wembley selepas meratah Middlesbrough 6-1, memadam kemenangan 1-0 pasukan lawan di separuh akhir pertama sebelum ini.

BACA:Β  Kebangkitan Istanbul : Final UCL Paling Agung Dalam Sejarah Bola Sepak