Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dilaporkan mempunyai satu akaun twitter rahsia yang digunakan untuk memantau apa yang diperkatakan tentang beliau dan skuadnya.
Dalam erti kata lain, akaun twitter tersebut merupakan akaun kedua selepas akaun rasminya dan akaun tersebut jelas sekali akaun palsu.
Hanya beliau bersama orang terdekatnya sahaja yang tahu tentang kewujudan akaun kedua itu dan dari situlah beliau memantau perkembangan terkini di media sosial.
Pep Guardiola has secret Twitter account to monitor what’s being said about him and his team https://t.co/Sr9bO8d9HK
— Buzz News Uganda (@uglifestlye) May 9, 2022
Bercakap ketika temu bual beliau selepas tamat perlawanan bertemu Newcastle United malam semalam, Guardiola telah mendedahkan satu hal yang agak aneh.
Beliau dengan tiba-tiba mendakwa yang semua media dan penyokong di England sebenarnya mahu melihat Liverpool muncul Juara berbanding skuadnya.
Beliau merasakan tidak ada sesiapa di England kecuali penyokong City yang sanggup melihat The Citizens mempertahankan kejuaraan saingan Premier League mereka.
Selain bercakap tentang hal tersebut, Guardiola turut menuduh seorang wartawan yang menemu bualnya sebagai penyokong Liverpool.
🗣️ "Everyone in this country supports Liverpool, the media and everyone… Our destiny is in our hands, this is important."
👀 Pep Guardiola's response to @ManCity's emphatic 5-0 win over Newcastle.
🎤 @CarrieBrownTV #beINPL #MCINEW #MCFC pic.twitter.com/w6nHihdzR0
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) May 8, 2022
Dalam temu bual yang sama, salah seorang wartawan kemudiannya bertanya kepada Pep Guardiola adakah beliau gembira dengan persembahan anak-anak buahnya bertemu Newcastle selepas kekalahan mereka dalam saingan Champions League sebelum ini.
“Adakah kamu ada keraguan?”
Soal Pep Guardiola lalu ketawa kecil.
“Ya kan? Kamu penyokong Liverpool, baik mengaku.”
Wartawan itu kemudiannya menjawab yang beliau sebenarnya merupakan penyokong Manchester United bukannya Liverpool.
Mendengar jawapan dari wartawan itu, Pep Guardiola segera meminta maaf kerana tersilap menganggap beliau sebagai penyokong Liverpool.
Pep Guardiola apologizing to a Man United reporter 🤣 pic.twitter.com/XwE37otX4n
— City Zone (@City_Zone_) May 8, 2022
Tindakan Pep telah membangkitkan kebingungan di kalangan peminat tentang mengapa beliau tahu tentang apa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Terdapat dakwaan dari The Athletic selepas tamat aksi kemenangan 5-0 Man City ke atas Newcastle yang menyatakan bahawa Pep Guardiola sebenarnya ada akaun twitter kedua yang digunakan untuk memantau perkembangan terkini di media sosial.
Sumber dalaman kelab mendedahkan hal tersebut kepada The Athletic yang Pep Guardiola sememangnya gemar mencari berita tentang beliau dan skuadnya di media sosial.
Atas alasan sama jugalah mengapa Pep Guardiola sering tahu perkembangan terkini dan selalu membahaskan hal-hal tersebut ketika temu bualnya.
Pep Guardiola percaya seluruh England mahu Liverpool menjuarai saingan Premier League
Pep Guardiola tampil mendakwa yang seluruh England dan kesemua media Inggeris pada ketika ini mahukan Liverpool untuk menjuarai saingan Premier League dan bukannya Manchester City.
Manchester City dan Liverpool pada ketika ini sedang bersaing rapat dalam memburu gelaran Premier League musim ini.
Kedua-dua pasukan ketika ini dipisahkan dengan perbezaan tiga mata dengan baki tiga perlawanan sebelum berakhirnya musim ini.
Pep Guardiola: "Everyone in this country supports Liverpool. The media and everyone." 🤨 pic.twitter.com/vuQaX9gpjh
— Squawka News (@SquawkaNews) May 8, 2022
Persaingan mereka sangat sengit dengan Liverpool sebelum ini hanya ketinggalan satu mata sahaja di belakang Manchester City.
Liverpool walau bagaimanapun sekadar mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Tottenham Hotspur di Anfield, sementara Manchester City pula kenduri gol membelasah Newcastle United 5-0 malam semalam.
Keputusan itu menyebabkan Liverpool terpaksa akur 3 mata di belakang Manchester City dan jelas sekali mereka kini semakin sukar untuk memintas skuad kendalian Pep Guardiola itu.
Seandainya Man City tewas salah satu dari tiga baki perlawanan mereka, Liverpool sepertinya masih sukar untuk memintas mereka dek kerana The Citizens kini mempunyai kelebihan dari segi jumlah jaringan.
Bercakap selepas tamat perlawanan, pengurus Man City itu mendakwa yang seluruh negara terutama sekali pihak media pada ketika ini berdiri teguh dibelakang Liverpool.
Pep Guardiola's must read classy message to Newcastle United supporters ahead of Man City clash | @lee_ryder https://t.co/QgTQqLWlxW
— The Chronicle (@ChronicleNUFC) May 8, 2022
Beliau sepertinya turut menganjing Liverpool dengan menganggap mereka hanya memenangi gelaran liga sekali sahaja dalam tempoh 30 tahun.
“Semua orang di negara ini menyokong Liverpool, media dan semua orang.”
Jelas bekas pengurus Barcelona itu kepada beIN SPORTS.
🗣️ "Everyone in this country supports Liverpool, the media and everyone… Our destiny is in our hands, this is important."
👀 Pep Guardiola's response to @ManCity's emphatic 5-0 win over Newcastle.
🎤 @CarrieBrownTV #beINPL #MCINEW #MCFC pic.twitter.com/w6nHihdzR0
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) May 8, 2022
“Sudah tentu kerana Liverpool ada sejarah yang menakjubkan di pertandingan Eropah, bukan dalam saingan Premier League kerana mereka hanya menang sekali sahaja dalam tempoh 30 tahun. Tapi itu bukan masalah sama sekali.”
“Situasi dia macam itu lah pada Ketika ini.”
“Kita perlu pisahkan dengan sembilan mata atau enam mata sekarang, ia bergantung pada apa yang akan berlaku dari dua perlawanan selepas ini dari seti perbezaan jaringan, tapi sekarang, perlawanan Rabu ini merupakan perlawanan akhir yang sebenarnya untuk kami.”
“Kami akan berusaha untuk menang di sana. Sasaran kami ada di tangan kami dan ia sangat penting. Kita perlu lihat pada diri sendiri. Dengan kelebihan satu mata atau tiga mata, tak ada yang berubah, kita perlu lakukan itu.”
Kemenangan ke atas Newcastle United merupakan kemenangan yang sangat bermakna apa lagi dengan kejayaan mereka mencatatkan keputusan 5-0.
Kemenangan itu juga berjaya menutup mulut para pengkritik yang mengkritik mentaliti mereka selepas tersingkirnya mereka dari saingan Champions League musim ini.
Selepas perlawanan, pengurus berusia 51 tahun itu mendedahkan yang Ruben Dias, John Stones dan Kyle Walker akan terpaksa diketepikan sepanjang musim ini kerana dibelenggu masalah kecederaan.
Pep Guardiola has now faced Eddie Howe 10 times as a manager:
WWWWWWWWWW
Liverpool fans had no hope. 🙃 pic.twitter.com/bHpPVTGqea
— William Hill (@WilliamHill) May 8, 2022
Pengurus Man City itu bahkan tak nampak risau dengan keadaan pada ketika ini dengan beliau tampil menyatakan:
“Saya langsung tak risau… Kerana jika Phil Foden terpaksa bermain di posisi centre-back, dia akan bermain di posisi centre-back.”
Ketika ditanya semula adakah beliau serious dengan kenyataan tersebut, Pep dengan segera mengesahkan beliau sekadar bergurau.
Jelas sekali beliau tidak begitu bimbang dek kerana beliau sedar yang sangat sukar sebenarnya untuk Liverpool memintas Man City pada ketika ini dengan saingan musim ini sudah hampir tamat.
Man City juga kini hanya akan menumpukan kepada saingan Premier League sahaja sementara Liverpool pula perlu beri tumpuan kepada perlawanan akhir FA Cup, perlawanan akhir Champions League dan saingan liga.
Pep Guardiola believes everyone in England supports Liverpool 👀 pic.twitter.com/fcHCHAwjd6
— ESPN UK (@ESPNUK) May 8, 2022
Jelas sekali kelebihan memihak kepada The Citizens berbanding Liverpool dan kerana itulah beliau tak begitu bimbang dengan situasi pada ketika ini.
Sumber: SPORTbible