Pep Guardiola Anggap Sistem VAR Terlalu ‘Boring’ Untuk Dibincangkan

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menganggap sistem ‘Video Assistant Referee’ (VAR) yang digunakan dalam bola sepak sekarang sebagai perkara yang membosankan untuk dibincangkan.

Terdahulu, VAR merobek impian Manchester City untuk meraih ‘quadruple’ musim ini selepas jaringan Raheem Sterling pada waktu kecederaan dibatalkan atas sebab offside.

Guardiola terkenal sebagai individu yang menyokong teknologi VAR. Tapi malangnya teknologi makan tuan

Jaringan ke-3 Spurs yang dijaringkan oleh penyerang, Fernando Llorente turut menjadi pertikaian kerana bola didakwa terkena tangannya sebelum masuk ke dalam gawang. Ulang tayang menunjukkan bola terkena tangan Llorente terlebih dahulu namun VAR mengatakan gol itu sah.

Walaupun berjaya mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Spurs, Manchester City tetap tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah menerusi peraturan gol di tempat lawan yang memihak kepada Spurs selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4.

Sesungguhnya ia merupakan malam yang ingin dilupakan Guardiola secepat mungkin kerana kesemua keputusan VAR tidak berpihak kepada pasukannya. Walaupun keputsan VAR tidak memihak kepada Manchester City, Guardiola sebenarnya antara individu yang menyokong kuat pelaksanaan teknologi ini dalam bola sepak.

Manchester City sekali lagi akan melayan kunjungan Tottenham di Etihad Stadium malam ini dengan setiap pasukan memburu 3 mata berharga.

Pengadil membuat keputusan gol Llorente sah walaupun bola terkena tangan

The Citizens berpeluang merampas kembali takhta liga dari Liverpool sekiranya menang malam ini manakala Spurs juga terdesak untuk membawa pulang mata kerana mereka sedang bersaing sengit dengan Chelsea, Manchester United dan Arsenal untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Untuk penetahuan semua, Liga Perdana Inggeris akan menggunakan teknologi VAR sepenuhnya bermula musim hadapan dan Guardiola berkata beliau tidak akan bercakap lagi mengenai perkara ini di khalayak umum.

“Kami berusaha sangat keras untuk menang, tetapi kami tetap menerima keputusan ini. Kadang kala kesilapan pengadil menguntungkan kami, tetapi dalam perlawanan tempoh hari ia tidak berpihak kepada kami. Kami menerimanya, kerana ini adalah sebahagian daripada bola sepak.”

“Untuk satu inci, kami terkeluar. Untuk satu insiden handball, kami juga terkeluar. Atau mungkin disebabkan oleh 10 minit yang pertama dimana Spurs menyerang dan berjaya menjaringkan 3 gol dalam tempoh 5 minit.”

“Mungkin itu berlaku, mungkin tidak. Saya pon tak tahu. Saya rasa agak mengarut untuk fokus pada insiden itu sahaja [Llorente handball dan gol Sterling] kerana perlawanan itu sendiri cukup bagus. Bola sepak yang dipamerkan amat baik, permainan cukup terbuka.”

“VAR is fucking boring to talk about.”

Arghhh tidak

“Kadang-kadang ia membantu kamu, kadang-kadang tidak. UEFA mencipta teknologi ini untuk membantu pengadil. Jadi apa yang boleh saya lakukan ?”

“Mengurangkan gol yang kami lepaskan sebanyak yang boleh pada peringkat ini. Mengukuhkan lagi bahagian pertahanan walaupun kami sebenarnya solid sepanjang kempen. Di Chelsea, di Liverpool, semua perlawanan ini kami bermain dengan solid.”

BACA:  Bagaimana Kebijaksaan Pep Guardiola Menukar Taktikal Pasukannya Ketika Perlawanan Berlangsung