Pep Guardiola Mempersembahkan Taktikal Baharu 4-2-5 Tanpa Penjaga Gol

Tiga minit dalam perlawanan persahabatan pramusim antara Manchester City menentang Bayern Munich di Jepun, Pep Guardiola telah memperkenalkan satu taktikal baharu.

Ia adalah 4-2-5. Gambar dibawah akan membuat anda melihat dua kali. Ya, tanpa penjaga gol dihadapan gawang.

Jack Grealish tidak terlihat dalam gambar tersebut tetapi dia berada dibahagian atas sebelah kiri.

Lupakan Grealish dan beri perhatian kepada bek-tengah sebelah-kiri, dia ialah seorang penjaga gol. Ini bukan satu bentuk yang tidak disengajakan tetapi ia merupakan satu taktik

Kurang dari 10 minit kemudian, Ruben Dias mengawal bola ketika dia berhadapan dengan penyerang Bayern, Serge Gnabry. Dias menunggu Ederson naik untuk menyertainya di barisan belakang City.

Ederson datang untuk menerima bola dalam bentuk pertahanan-berempat dan menghantar bola kepada Nathan Ake yang berada dibahagian sisi padang.

City telah menewaskan tekanan barisan hadapan Bayern dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

Bayern kelihatan bingung dengan apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Mereka dikalahkan oleh 6 pemain City berbanding 4 pemainnya.

Jika Bayern mahu memasukkan pemain ke-5 dibahagian itu, ia akan meninggalkan hanya 5 pemain dibelakangnya ketika City juga mempunyai 5 pemain disana.

Dalam erti kata lain, Ederson bergerak masuk ke dalam pertahanan-berempat untuk mencipta overload di dalam kawasan mereka sendiri tetapi dengan syarat dia tidak boleh terperangkap seperti yang berlaku pada minit ke-25 ini.

Pada lewat separuh masa pertama, Ederson bermain lebih tinggi dari dua rakan pertahanannya.

Ederson menghantar bola kepada Mateo Kovacic dalam gerakan rutin iaitu third man passing untuk membebaskan Dias yang mempunyai ruang untuk melakukan hantaran kepada Julian Alvarez.

Gerakan ini telah menyebabkan 6 pemain Bayern terkeluar dari permainan.

Perlawanan itu bukan sahaja membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana Guardiola mengisi musim panasnya tetapi juga apa kita lihat daripada Ederson dalam perlawanan pembukaan liga menentang Burnley.

Jawapannya adalah di luar jangkaan. Burnley menggunakan pendekatan man to man marking tanpa mengusai bola.

Ia menyebabkan hanya satu pemain City yang benar-benar bebas iaitu penjaga gol merangkap playmaker, Ederson dan apa yang berlaku seterusnya cukup menarik.

Dalam tempoh 16 minit pertama, 3 kali (54 saat) Ederson memiliki bola tanpa dicabar oleh pemain lawan. Ia menjadi permainan kucing dan tikus tetapi kucing itu tidak mahu mengejar tikus.

Dari perspektif penyokong Burnley situasi itu  menganjing namun mereka juga untuk mungkin kecewa dengan pasukan mereka sendiri kerana tidak menekan Ederson.

Atau Ederson itu sendiri berjaya menghentikan permainan dengan berkesan. Namun secara taktikal ia adalah satu perkara menarik.

Kompany mahu menghalang pemain City terlalu mudah untuk melepasi pemainnya. Jadi, dengan menekan Ederson ia bukan satu tindakan bijak.

Taktikal Guardiola untuk mengumpan pemain Burnley tidak berjaya dan pada babak kedua dia mengubahsuai permainan untuk mengatasi masalah itu.

Selepas rehat City bermain lebih direct dan Erling Haaland meraih manfaat paling besar dengan permainan sebegitu.

“Jika anda boleh bermain dari penjaga gol terus kepada penyerang, mengapa tidak? Kita patut melakukannya,” kata Haaland selepas perlawanan.

Burnley (0-3) Manchester City

Ederson meletakkan kakinya di atas bola, dia mahu menarik pemain lawan naik lebih tinggi dari kawasan mereka. Ederson menunggu, menunggu dan terus menunggu.

Permainan ini baru berusia 79 saat tetapi ia adalah isyarat bagaimana City mahu memainkan perlawanan itu.

Burnley tidak akan melakukan pressing terhadap Ederson. Secara taktikal, Burnley tidak tersasar daripada pelan permainannya iaitu man to man marking.

Dalam situasi ini hanya Nathan Ake dan Manuel Akanji sahaja pilihan selamat untuk Ederson mengedarkan bola di kakinya.

Selepas tujuh saat bola berada di kakinya, Ederson melakukan hantaran kepada Akanji.

Akanji memulangkan hantaran dan Ederson kini bermain di bahagian tengah bek-bertiga, Akanji dan Ake berada di kedua-dua belah sisi. Ini adalah bentuk yang berlaku ketika City bertemu Bayern.

Kyle (bek-kanan) berada tinggi disebelah kanan sementara itu Rico Lewis (bek-kiri) masuk ke bahagian-tengah untuk membentuk double pivot bersama Rodri.

Ini adalah ciri-ciri permainan City dalam pramusimnya.

Tidak seperti pertemuan dengan Bayern, kali ini tiada ada seorang pun pemain Burnley mahu melakukan pressing terhadap Ederson.

Blok-tengah pasukan Burley disempitkan untuk menyukarkan Rodri dan Lewis menerima hantaran.

Ederson akhirnya memilih untuk melakukan hantaran kepada Akanji agar pemain ini dapat menaikkan bola ke kawasan atas melalui sisi kanan padang.

Secara taktikal ia bagus untuk Burnley. Man to man marking telah mengunci dan menyukarkan aliran bola City yang gemar bermain hantaran sesama mereka.

Babak kedua yang lebih direct

Ederson perlu mencuba sesuatu yang berbeza dan dia melakukannya.

Selepas 20 saat bola berada di kakinya, Ederson memotong barisan hadapan Burnley.

Lewis berlari ke bahagian atas sebelah-kiri dan ruang terbuka untuk Ederson melakukan bola-panjang terus kepada Haaland yang sedang ditanda oleh Jordan Beyer.

Beyer bertarung dengan Haaland dan Haaland dijatuhkan. City mendapat sepakan percuma:

Ederson terus mencuba. Sama seperti Ederson bermain dalam pramusim iaitu membentuk pertahanan-berempat dengan rakan pertahannya.

Ederson membentuk segitiga permainan bersama Rodri dan Akanji, sama seperti dia melakukan bersama Kovacic dan Dias ketika menentang Bayern.

Namun taktikal ini tidak terlalu berjaya pada babak pertama untuk merosakkan man to man Burnley. City kemudiannya melakukan perubahan pada babak kedua.

“Apabila anda menentang pasukan yang bermain man to man, pemain yang bebas hanyalah penjaga gol,” kata Guardiola selepas perlawanan.

“Dengan kualiti yang kami ada, dengan kualiti penyerang yang kami ada, ia akan menjadi satu lagi senjata yang kami ada untuk digunakan.”

Memasuki babak kedua Ederson terus menggunakan senjata yang dimaksudkan. Ederson menerima bola dari kick off dan terus melakukan hantaran-panjang mencari Haaland.

Haaland menanduk bola kepada Walker dan City memiliki penguasaan di dalam kawasan Burnley.

Ederson menggunakan pendekatan ini secara kerap dan telah menjarakkan pemain Burnley di atas padang. Ruang diantara pemain menjadi lebih terbuka.

Ia memberi Haaland ruang dan peluang untuknya mencipta situasi satu lawan satu menentang Beyer.

Pergerakan pintar oleh Alvarez dan Foden  yang mengheret dua pertahanan-tengah Burnley jauh dari kawasannya turut membantu.

Dalam situasi di bawah, Beyer telah menekan Haaland dengan baik untuk memenangi bola tetapi apa yang lebih penting adalah City berjaya mengasingkan pemain lain dari Haaland.

Permainan yang lebih direct juga memerlukan kesabaran tetapi kesabarannya berbeza dengan cara permainan babak pertama.

Ederson bermain lebih kebawah dan tugas untuk menarik pemain lawan diserahkan kepada pemain pertahanannya.

Seperti contoh dibawah, Ederson bermain hantaran dengan Kyle Walker dan 6 pemain Burnley telah ditarik.

Kemudian Ederson melakukan hantaran-panjang mencari Haaland di kawasan paling atas. 8 dari 11 pemain Burnley telah ditewaskan oleh Ederson.

City bermain lebih direct sepanjang babak kedua. Walaupun mereka tidak berjaya menambah sebarang gol namun mereka bertindak balas dengan baik untuk menentang man to man Burnley.

Guardiola benar-benar menggunakan senjata yang dimaksudnya iaitu Ederson dan Haaland.

Jika tidak kerana masalah man to man yang dimainkan oleh Burnley, Guardiola pasti akan meneruskan taktikal 4-2-5 yang telah digunakan ketika menentang Bayern dan Burnley pada babak pertamanya.

Sumber asal; Stuart James

BACA:  Nasri Syukur Diberi Peluang Ke-2 Selepas Jalani Penggantungan Selama 18 Bulan