Pep Guardiola Mahu Lihat Liverpool Kalah Demi Cintanya Terhadap Bayern

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui beliau mahu Bayern Munich menewaskan Liverpool dalam perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Allianz Arena malam ini.

Guardiola yang pernah menguruskan Bayern Munich selama 3 musim bermula dari tahun 2013 sehingga 2016, mahu bekas pasukannya itu menyertai Manchester City untuk bersaing dalam peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Banyak kenangan manis dicipta Bayern ketika berkelana di Jerman beberapa tahun yang lalu

Dalam perlawanan awal pagi tadi, Manchester City tanpa belas kasihan membelasah Schalke 04 7-0 di gelanggang sendiri untuk layak ke peringkat seterusnya dengan aggregat 10-2.

Dengan kemenangan tersebut, sekurang-kurangnya 3 pasukan dari England akan bersaing dalam peringkat suku akhir dengan Liverpool berpeluang untuk menambah jumlah tersebut sekiranya mereka mampu menyingkirkan Bayern Munich malam ini. Kali terakhir 3 pasukan dari England layak ke peringkat suku akhir adalah pada musim 2010/2011.

Walau bagaimanapun, bukan semua pihak di England mahu melihat Liverpool layak ke peringkat  suku akhir. Guardiola misalnya mahu melihat Liverpool kecundang di tangan kelab lamanya itu.

“Saya meminta maaf kepada semua orang Inggeris kerana saya mahu melihat Bayern Munich layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.”

Ba, ajar sikit Liverpool apa itu erti penyesalan

“Saya merupakan sebahagian daripada kelab tersebut. Saya cintakan Munich. Saya sayangkan Bayern. Saya mempunyai ramai kawan di sana.”

Kemenangan 10-2 secara aggregat yang dicatatkan The Citizens ke atas Schalke 07 awal pagi tadi merupakan kemenangan terbesar yang pernah diraih pasukan dari England dalam pertandingan tersebut.

Kemenangan itu menjadi lebih manis kerana City berdepan krisis kecederaan di bahagian pertahanan tengah dimana mereka hanya mempunyai Aymeric Laporte sahaja yang cergas. Bek tengah lain seperti Vincent Kompany, Nicolas Otamendi dan John Stones tidak dapat bermain kerana masalah kecederaan.

Semoga tewas. Phuuhh

Guardiola memberi bayangan skuad bimbingannya itu mampu bermain lebih baik sebaik sahaja krisis kecederaan mereka beransur baik.

“Kami mempunyai ramai pemain yang tidak dapat diturunkan, banyak bek tengah tidak dapat diturunkan. Kami hanya mempunyai Danilo sahaja, yang bermain cukup baik.”

“Saya mahu melihat pasukan ini bermain lebih baik pada 20 minit yang pertama dalam perlawanan tadi tetapi saya faham situasi yang sedang kami hadapi sekarang. Kadang kala kami tidak boleh selalu bermain seperti mempunyai kelebihan 4 atau 5 gol di hadapan.”

“Kami memulakan 20-25 minit pertama dengan cara untuk tidak kehilangan kelebihan yang kami dapat di Jerman.”

“Sebab itulah kami tidak menyerang. Leroy Sane dan Raheem Sterling langsung tidak mempunyai keinginan untuk menjadi aggresif terhadap full-back mereka.”

“Tetapi kami tidak kehilangan apa yang kami raih di Jerman. Apabila kami berjaya menjaringkan gol pertama dan ke-2, kelayakan ke pusingan seterusnya hampir dalam tangan kami.”

BACA:  Europa League: Liverpool Kekalkan Rekod 100% Kemenangan Selepas Belasah Toulouse 5-1