Aksi Mo Salah Bertemu City Membuktikan Beliau Yang Terhebat Dalam Dunia Bola Sepak Hari Ini

Aksi Mo Salah ketika bertemu Manchester City membuktikan yang beliau sememangnya pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dan turut berjaya menjaringkan gol yang super cantik ketika membantu Liverpool mengikat City 2-2 malam semalam.

Salah berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dan beliau turut mencipta assists yang sungguh cantik untuk gol pembukaan Liverpool yang dijaringkan oleh Sadio Mane.

The Egyptian King itu berjaya mencatatkan statistik yang sungguh mengagumkan ketika bertemu Man City malam semalam, dan tidak hairanlah mengapa ramai menganggap beliau pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Salah berjaya melengkapkan 84% hantaran sempurna, 2 kali mencipta peluang, satu assists, 3 percubaan, menjaringkan satu gol, melakukan lima gelecekan sempurna dan turut melakukan empat tackle sempurna.

Statistik tersebut jelas membuktikan yang Salah sememangnya berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.

Ramai yang percaya beliau merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, dengan beliau dibanjiri pujian yang menggunung selepas tamat perlawanan tersebut.

“Saya tak pernah lihat apa-apa seperti ini. Dia selayaknya menjadi pemain sayap terhebat yang pernah muncul dalam liga ini dan pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini. Tidak ada sesiapa lebih baik dari dia.”

Jelas Pep Guardiola selepas tamat perlawanan.

“Saya tak rasa ada mana-mana pemain dalam dunia bola sepak hari ini sehebat Mo Salah.”

Jelas Jamie Carragher memuji pemain sayap Liverpool itu.

“Tidak ada sesiapa dalam dunia bola sepak kini, yang sedang berada di tahap prestasi setanding Salah. Dia berada di tahap persembahan yang menakjubkan. Dia tenang mengaibkan pemain pertahanan penyandang Juara.”

Jelas James Pearce ketika memuji Salah.

Ramai lagi bekas pemain, peminat, pengurus, ikon sukan dan legenda bola sepak yang turut mengagumi aksi persembahan Mo Salah dan mengakui beliau yang terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Pemain kebangsaan Mesir itu telah mempamerkan aksi yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang musim ini dan beliau benar-benar berada di tahap persembahan terbaik sepanjang kariernya.

Dari sembilan penampilan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini, Mo Salah telah berjaya menjaringkan 9 gol dan turut cemerlang merekodkan tiga assists.

Secara puratanya, Mohamed Salah berjaya menjaringkan gol atau mencatatkan assists dari setiap 65 minit beliau beraksi di atas padang.

Atas persembahan hebatnya itulah beliau dianggap pemain paling berprestasi dan yang terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Jelas sekali tiada pemain lain yang setanding dengan bintang Mesir itu pada ketika ini, dan andai beliau konsisten, tidak mustahil anugerah Ballon D’or akan datang bakal menjadi miliknya.

Walau Salah dikaitkan dengan kontroversi luar padang melibatkan gajinya, namun aksi Mo Salah di atas padang tidak pernah terjejas.

Beliau senantiasa memberikan komitmen 100% dan mencurahkan segalanya untuk kelab agar memperoleh kemenangan.

Kontrak Salah bersama Liverpool dijangka akan tamat pada 2023 nanti, dengan beliau dilaporkan meminta gaji bernilai £300 ribu ke £380 seminggu.

Permintaan gaji beliau itu bakal memecahkan struktur gaji Liverpool, dengan semua orang sedar The Reds agak berkira-kira dalam urusan pembayaran gaji pemain.

Liverpool dikenali sebagai sebuah kelab yang tidak akan mengeluarkan dana besar dalam membayar gaji pemain mereka, dan hal itu bakal berubah andai mereka mahu kekalkan Mo Salah.

Ramai yang menggesa agar pihak kelab terima saja permintaan Salah, selepas melihat yang bintang Mesir itu sangat layak untuk dibayar mahal atas aksi dan persembahan yang beliau persembahkan.

Sumber: Anfield Watch

BACA:  Mourinho Dakwa Liverpool Tertekan Untuk Memenangi Liga Perdana Inggeris Selepas Berbelanja Besar