Barisan kejurulatihan Manchester United sedang dalam usaha untuk ubah posisi Scott McTominay, dengan laporan terbaru menyatakan beliau bakal berperanan sebagai holding midfielder.
Pada ketika ini, pemain kebangsaan Scotland itu sering digandingkan dengan Fred atau sesekali bersama Nemanja Matic dalam sistem double-pivot.
Walau bagaimanapun, menurut laporan dari The Athletic, jurulatih Michael Carrick dan Kieran McKenna sedang dalam usaha untuk ubah peranan McTominay.
Ferguson Comments Justify Solskjaer's Faith In Scott McTominay
Details ➡️ https://t.co/1ujYFY7i76 pic.twitter.com/dwAn8kiXdJ
— The United Stand News (@NewsUnitedStand) October 5, 2021
Mereka sedang membentuk disiplin serta kemampuan hantaran beliau untuk memastikan McTominay berperanan sebagai anchorman.
Hal ini sebenarnya sudah dijangka sejak lama dahulu lagi, yang Ole Gunnar Solskjaer sememangnya berhasrat untuk melakukan perkara seperti ini.
Salah satu masalah terbesar dalam sistem 4-2-3-1 yang United pakai ketika ini adalah ia tidak begitu membenarkan Paul Pogba untuk bergerak lebih bebas.
Dengan pemain kebangsaan Perancis itu sering bermain sebagai salah seorang dari dua holding midfielder, atau mungkin akan bermain di sebelah kiri.
Menggerakkan McTominay untuk bermain sendirian, peranan yang sama seperti Rodri bersama Manchester City, atau Fabinho bersama Liverpool, akan membenarkan Pogba untuk bermain di tengah yang mana ia jelas posisi kegemarannya.
Scott McTominay and Fred are bottom of the list for defensive duels won out of any top level central midfielder in the Premier League. This is at the core of all of Manchester United's problems on the pitch.
Why Solskjaer cant see this duo doesn’t work is beyond me#mufc pic.twitter.com/EXQpeUaNVg
— Man Utd Fans (@United4fans) October 5, 2021
Walau bagaimanapun, walaupun perubahan posisi itu merupakan langkah bijak untuk perancangan masa hadapan United, segelintir penyokong merasakan ia seolah buang masa.
Mereka meluahkan pendapat masing-masing di media sosial dengan para penyokong tak rasa ada keperluan ubah peranan McTominay andai ada pemain lain boleh bermain di posisi tersebut.
🗞 Michael Carrick and Kieran McKenna are working with Scott McTominay on the discipline and passing required to operate as a sole sitter. [@lauriewhitwell] pic.twitter.com/qtn3wbm1xT
— UtdDistrict (@UtdDistrict) October 5, 2021
Or how about we just play Donny that can already do that
— Adam Beebz (@AddamBeeby) October 5, 2021
Great. Still working with McTominay for the past 3 years? What a joke!!
— Charles (@charles612) October 5, 2021
Selain itu, ramai juga yang percaya dan menyokong penuh cadangan tersebut, kerana merasakan ia bakal membantu United untuk mendapatkan yang terbaik dari pemain itu sendiri.
“Saya rasa dia berkemampuan untuk berperanan dengan baik di situ seperti Rice, ia lebih bagus berbanding gandingkan dia dengan pemain Brazil yang kelam kabut itu (Fred).”
“Akhirnya ada juga berita baik, ini berita baik yang bakal mampu buat kita lupa berita duka seri 1-1 bertemu Everton hujung minggu lalu.”
Untuk mengubah peranan McTominay mungkin akan memakan masa yang panjang, dan dengan usianya yang sudah 25 tahun, tidak pasti sejauh mana berjayanya rancangan Ole Gunnar Solskjaer pada kali ini.
"THIS TERRFIES ME!" 😅
Recent reports state that United's coaches are looking to turn Scott McTominay into a lone holding midfielder. @markgoldbridge has his say on the matter. What do you think of this? 👇
Join ➡️ https://t.co/mMtWb1i4ON pic.twitter.com/GSazyuhGG8
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) October 5, 2021
Pengurus dari Norway itu sedang teruk dikritik oleh pelbagai pihak pada ketika ini, atas aksi hambar yang dipamerkan oleh Manchester United dalam semua pertandingan.
Beliau gagal menyusun pemain dengan baik, dan taktikal yang beliau gunakan juga sering kali menjadi topik perbualan hangat para peminat serta pundit.
Keputusan beliau untuk meletakkan Cristiano Ronaldo dan Paul Pogba di bangku simpanan ketika aksi bertemu Everton, telah mencuri perhatian Sir Alex Ferguson.
Legenda terhebat sepanjang zaman kelab itu merasakan Ole seharusnya menurunkan kesebelasan terbaik yang beliau miliki, dan tidak patut untuk meletakkan mereka di bangku simpanan.
Michael Carrick and Kieran McKenna are working with McTominay on the discipline and passing required to operate as a sole sitter!
(@lauriewhitwell) #mufc 🌞— UtdWatchZone (@UtdWatchZone) October 5, 2021
Tekanan jelas semakin memuncak untuk Ole dengan mereka sebenarnya mempunyai barisan pemain berkelas dunia yang sepatutnya boleh membantu kelab untuk memenangi pelbagai Piala.
Namun pemilihan pemain dan taktikal Ole sepertinya tidak berkesan untuk barisan pemain sedia ada, dengan mereka mencatatkan tiga kekalahan dari tujuh perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.
Seandainya Ole Gunnar Solskjaer masih gagal untuk menggunakan pemain sedia ada dengan baik, masa depan beliau bersama kelab juga sepertinya bakal terjejas.
🗞 Michael Carrick and Kieran McKenna are working with Scott McTominay on the discipline and passing required to operate as a sole sitter. pic.twitter.com/TsZZ4TOFAn
— Kelvin De Patron (@KelvinNkrumah19) October 5, 2021
United sudah banyak melabur, namun beliau masih gagal untuk menghadiahkan Piala kepada kelab dan ia jelas satu hal yang tidak disenangi oleh pelbagai pihak.
Mungkin mengubah peranan McTominay bakal jadi satu permulaan yang baik untuk Ole terus membawa United kembali ke puncak kejayaan.
Sumber: SPORTbible