Premier League 2021/22: Manchester United 3-2 Tottenham Hotspur

Ini merupakan pertemuan pertama antara Manchester United dan Tottenham Hotspur di Old Trafford selepas peristiwa Setan Merah dibelasah teruk Spurs pada pada tanggal 4 Oktober 2020 yang lepas yang telah dianggap sebagai tragedi Oktober.

Pertemuan musim 2021/22 ini merupakan perlawanan penting serta wajib menang dan menjadi titik kepada Manchester United untuk terus mengejar slot ke UEFA Champions League musim hadapan lantaran kelebihan yang dimilik Spurs.

Cristiano Ronaldo yang tidak disenaraikan pada perlawanan lalu kembali untuk memperkuatkan bahagian serangan yang sememangnya tidak berapa meyakinkan dan Harry Maguire terus mengemudi jentera pertahanan dan pasukan.

Manchester United dan Tottenham Hotspur boleh dianggap sebagai pasukan yang mempunyai krisis prestasi yang tidak menentu dan kadang kala menjadi tidak keruan.

Minit ke-12 menyaksikan Manchester United sudah berada di hadapan melalui rembatan deras luar kotak penalti dari Cristiano Ronaldo yang seakan sudah menemui sentuhan golnya kembali.

Hantaran sangat genius dari Fred terus disudahkan oleh Ronaldo selepas pemain Spurs memberi terlalu banyak masa dan ruang yang besar untuk Ronaldo melepaskan rembatan.

Jaringan ini telah menyamakan rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman yang dipegang oleh Josef Bican dari Republic Czech dengan rekod 805 gol.

Son Heung Min dan Harry Kane terus menekan Setan Merah untuk mecari gol penyamaan dengan gerakan demi gerakan.

Namun tiada hasil diperoleh duo terbaik sepanjang zaman itu sehinggalah minit ke-35. Hantaran lintang Dejan Kulusevski telah terkena tangan Alex Telles.

Tiada dakwa dakwi lagi pengadil menganugerahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Harry Kane, David De Gea gagal menyentuh bola walaupun tepat bacaannya.

Jaringan penyamaan Harry Kane hanya bertahan selama tiga minit sahaja apabila Ronaldo kembali meletakkan Setan Merah dihadapan selepas menolak masuk umpanan Jadon Sancho.

Dengan jaringan gol kedua Ronaldo, dunia menyaksikan pemain portugal itu telah memecahkan rekod Josef Bican dan menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman.

Sejarah dalam dunia bola sepak tercipta dan bertuah kita dapat menyaksikannya.

Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan kekal berpihak kepada Setan Merah dengan jaringan dua berbalas satu.

Harry Maguire yang tampak berketerampilan dan penuh bergaya beraksi baik tanpa sebarang aksi yang tidak masuk akal akhirnya mengundang maki orang ramai.

Tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah, Maguire menyamakan kedudukan untuk gol kedua Spurs selepas menyaksikan Spurs buntu untuk menjaringkan gol.

Cristian Romero tanpa teragak-agak untuk menganjing Maguire dengan jeritan tepat ke muka Kapten Marvel itu.

Gol penyamaan dari Harry Maguire itu mengundang resah dihati penyokong Setan Merah dengan mulut terkumat-kamit memaki hamun Kapten Marvel itu seperti tiada hari esok.

Mujurlah Spurs juga pening-pening lalat seperti tiada nafsu untuk mencari gol kemenangan dan kedua-dua gol Spurs adalah hasil kesilapan pemain Manchester United.

Edison Cavani yang berehat panjang kembali beraksi, masuk menggantikan Nemanja Matic.

Pada minit ke-81, penyokong Setan Merah kembali lega apabila Cristiano Ronaldo melengkap hatrik dalam malam penuh bersejarah dalam dunia bola sepak.

Gol yang ke-805,806 dan 807 dalam kemenangan penuh bergaya ke atas Spurs dalam 1110 perlawanan. Hanya Lionel Messi satu-satunya pemain yang aktif dan mampu mengejar rekod Ronaldo ketika ini.

Setakat ini Lionel Messi telah menjaringkan 759 gol dalam 961 perlawanan dan berada ditangga keempat.

Selepas 29 perlawanan Manchester United kini mengumpul 50 mata 2 mata dibelakan Arsenal yang berkelebihan 4 perlawanan dan 5 mata dihadapan Spurs yang kurang 2 perlawanan.

Manchester United : de Gea, Dalot, Varane, Maguire, Alex Telles, Matic, Fred, Rashford, Pogba, Sancho, Ronaldo

Pemain Simpanan : Lindelof, Bailly, Jones, Mata, Lingard, Cavani, Henderson, Wan-Bissaka, Elanga.

Tottenham Hotspur : Lloris, Romero, Dier, Davies, Doherty, Bentancur, Hojbjerg, Reguilon, Kulusevski, Son, Kane.

Pemain Simpanan : Sanchez, Winks, Emerson, Rodon, Gollini, Bergwijn, Lucas Moura, White, Scarlett.

Pengadil perlawanan : Jonathan Moss (County Durham).

BACA:  Lima Pengajaran Dari Kemenangan United