Perbualan Whatsapp Fernandes Yang Didedahkan Membuktikan Beliau Panas Baran

Bruno Fernandes telah mempamerkan aksi sangat menarik sejak ketibaan beliau di Old Trafford. Fernandes adalah missing puzzle yang dicari United selama ini.

Pemain midfield Portugis itu menyertai setan merah dari Sporting Lisbon dengan yuran perpindahan bernilai £47 juta.

Buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, United berjaya mendapatkan seorang pemain menyerang berkelas dunia. Dan Bruno berjaya membuktikan kehebatan beliau sejak perlawanan pertama dirinya bersama setan merah lagi.

Sebuah media rasmi di Portugal mempunyai kandungan mesej dari pemain berusia 25 tahun itu ketika beliau menjadi ketua pasukan Sporting.

Mereka mempunyai rakaman suara Bruno memarahi pemain lain yang tidak bermain untuk pasukan sebaliknya demi mengejar duit semata-mata.

Antara isi rakaman suara itu yang dikongsikan oleh Daily Mail adalah:

“Bro, saya tidak cakap apa-apa! Secara jujurnya jika kamu mahu saya ceritakan kepada kamu, saya lebih sanggup untuk diam dan tidak kata apa-apa.”

“Saya rasa sikap segelintir pemain sangat teruk. Sebetulnya bukan sikap yang teruk tetapi sikap yang tak sepatutnya wujud!”

“Dalam kalangan pemain ada beberapa orang yang mempunyai sikap yang teruk. Mereka tidak mahu berada disini, mereka tidak mahu bermain disini.”

“Jika mereka tidak mahu bermain disini suruh mereka berambus, biarkan mereka berterus terang mereka tidak mahu bermain.”

“Mereka sanggup menghabiskan masa disini selama bertahun-tahun hanya kerana duit, dan kemudian mereka f*** off bro,mereka semua tak boleh pakai.”

Dilihat kepada mentaliti yang Fernandes miliki, ianya adalah mentaliti yang sangat disukai oleh peminat setan merah.

Kebanyakkan peminat setan merah berkata bahawa sudah hampir sedekad United tidak mempunyai pemain yang mempunyai mentaliti begini.

Satu lagi contoh betapa tegasnya seorang Fernandes boleh dilihat bagaimana beliau menyuruh Pep Guardiola diam ketika perlawanan derby pertamanya.

Ramai peminat yang perasan dengan tindakan yang dilakukan oleh Fernandes dan hal itu menjadi topik hangat juga di media sosiap para peminat Manchester.

Melihat wira baru pasukan mereka menyuruh pengurus pasukan City diam membuatkan para peminat teruja dan gembira dengan tindakan berani dari Fernandes.

Jika anda terlepas untuk menonton insiden itu boleh tonton di bawah.

Pemain berusia 25 tahun itu pada awalnya tidak mahu menjelaskan mengapa beliau menyuruh Guardiola diam ketika ditanya dalam temu ramah bersama Sky Sport.

Namun selepas itu Fernandes telah menjelaskan kenapa beliau melakukan hal itu kepada Pep. Menurutnya Guardiola telah mengeluarkan kata-kata tidak sopan yang membuatkan beliau berang.

“Saya ada bercakap tentang hal ini kepada beberapa orang kawan. Ada antara mereka menganggap Pep telah memenangi semuanya, jadi siapa Bruno untuk melakukan hal sebegitu kepadanya? Tetapi saya rasa ini tentang rasa hormat.”

“Kini saya sudah berada di luar padang,saya tidak fikir saya akan lakukannya lagi. Tetapi pada ketika itu, kata-kata yang keluar dari mulut dia membuatkan saya marah, dan sejujurnya saya adalah jenis pemain yang sedikit kelam dan gugup ketika beraksi di atas padang.”

“Saya menghormati Pep diatas segala kejayaan yang beliau kecapi dalam dunia bola sepak, beliau juga banyak mengubah mentaliti orang dalam bola sepak, tetapi pada ketika itu dia tidak menghormati saya dan saya rasa dia tidak berhak mendapat penghormatan dari saya ketika itu.”

“Tetapi pada saya itu semua tidak memberi masalah”

Jelas Bruno Fernandes mempunyai sikap matang seorang pemain bola sepak profesional dan beliau bakal menjadi salah seorang pemain pujaan di United.

BACA:  Ronaldo Sakan Raikan Gol Pendahuluan Portugal, Kemudian Bruno Diumum Sebagai Penjaring