Penerima gaji termahal di Liga Perdana Inggeris, Alexis Sanchez terus mengalami nasib malang musim ini apabila percubaannya untuk memperdayakan penjaga gol menerusi penalti ‘panenka’ berakhir dengan kegagalan.
Dalam aksi persahabatan sempena minggu antarabangsa, Chile tewas 3-2 di tangan Costa Rica walaupun beraksi di hadapan penyokong sendiri selepas ketinggalan 3 gol tanpa balas.
Sanchez yang berada dalam kesebelasan utama bersama bintang Barcelona, Arturo Vidal gagal membantu Chile mengelak dari mengalami kekalahan kepada pasukan dari benua Amerika Utara itu.
Ketika Chile ketinggalan 3-1 kepada Costa Rica, Sanchez memperolehi peluang untuk merapatkan jurang apabila beliau dijatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti.
Sanchez memikul sendiri tanggungjawab untuk mengambil penalti tersebut namun ia tidak berakhir seperti yang disangka. Sanchez mencuba sesuatu yang baru apabila menyepak penalti tersebut dengan gaya ‘panenka’ tetapi penjaga gol dapat menepis bola sepakan Sanchez yang agak perlahan dan ketengah.
?? @Alexis_Sanchez scored for Chile in their 3-2 defeat to Costa Rica in the early hours of Saturday morning. ⚽ pic.twitter.com/TCDa9UXZSn
— Manchester United (@ManUtd) November 17, 2018
Tindakan Sanchez jelas memakan diri kerana penalti tersebut mungkin dapat menjadi pencetus kebangkitan Chile dalam perlawanan tersebut.
Sebagai menjaga hati dan berlaku adil kepada peminat Manchester United sebenarnya Sanchez bermain dengan cemerlang dalam perlawanan ini kecuali sepakan penalti.
Gol pertama Chile terhasil dari sepakan percuma Sanchez dan pemain memakai jersi nombor 7 United ini juga telah menjaringkan satu gol dan membuat beberapa percubaan sedap.
Namun begitu, Sanchez berjaya menebus kekecewaan penalti tersebut dengan menjaringkan gol kedua Chile pada minit ke-90 tetapi ia sudah terlambat untuk menyelamatkan Chile dari mengalami kekalahan di gelanggang sendiri.
Jika dilihat dari persembahan Sanchez musim ini, bekas pemain Arsenal ini sedang bergelut untuk mencari keyakinan selepas dipinggirkan Jose Mourinho sejak kebelakangan ini. Sejak berpindah ke Old Trafford, Sanchez gagal untuk mengulangi prestasi cemerlang yang dipamerkannya ketika menyarung jersi Arsenal.
Individu yang bertanggungjawab membawa Sanchez ke England, Arsene Wenger turut percaya Sanchez sedang bergelut dengan masalah prestasi kerana hilang kepercayaan terhadap keupayaan sendiri.
“Saya percaya Sanchez hilang keyakinan.”
“Kekuatan Sanchez adalah beliau merupakan pemain yang akan mengambil inisiatif untuk menggelecek pemain lawan.”
“Pemain seperti Sanchez akan berdepan masalah apabila mereka hilang keyakinan. Beliau tidak lagi yakin untuk mengambil inisiatif untuk menggelecek pemain lawan.”
“Sejak bermula musim baru ini, beliau bermain pada tahap fizikal yang agak tinggi tetapi sekarang, tahap fizikal itu seperti sudah hilang pada Sanchez.”
Pada awal tahun ini Alexis Sanchez mengakui mentalnya berada dalam keletihan selepas mengharungi permulaan yang mengecewakan bersama kelab barunya itu tidak seperti bakatnya bermain piano yang masih hebat.
Walaupun hadir dengan reputasi besar, Sanchez dilihat gagal untuk menyesuaikan diri bersama pasukan barunya itu. Prestasi buruk yang dipamerkan beliau berterusan hingga kini