Percubaan Penalti ‘Panenka’ Sterling Yang Agak Kelakar

Pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling cuba membuat satu kelainan ketika mengambil penalti tetapi ia tidak berakhir seperti yang dikehendaki.

Dalam aksi suku akhir Piala Carabao awal pagi semalam, penyandang juara Manchester City dan Leicester City terikat 1-1 selepas 90 minit permainan.

Sterling cuba menjadi Pirlo tetapi gagal.

Sterling dinamakan sebagai pengambil penalti ke-2 Manchester City dan bekas pemain Liverpool itu cuba mencipta kelainan apabila mengambil sepakan penalti dengan gaya ‘panenka’.

Sterling memilih untuk memperdayakan penjaga gol Leicester, Danny Ward dengan sepakan ‘panenka’ tetapi bola yang disepaknya terlalu tinggi dan jauh melepasi palang gol.

Sebaik sahaja melihat bola melepasi palang gol, Sterling terdiam kaku kecewa dengan kesilapan tersebut manakala penjaga gol Leicester bersorak gembira di hadapan Sterling seperti menganjing.

Apa yang telah aku lakukan ? Kenapa aku bengap sangat ni

Walau bagaimanapun, kesilapan Sterling berjaya ditutup rakan sepasukannya yang lain dimana Manchester City tetap memenangi penentuan sepakan penalti dengan kedudukan 3-1.

3 pemain Leicester City gagal menyempurnakan sepakan penalti mereka manakala Ilkay Gundogan, Gabriel Jesus, dan Olexandr Zinchenko tenang merembat masuk penalti untuk menghantar The Citizens ke peringkat separuh akhir.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata Sterling memberitahu niatnya untuk mengambil sepakan penalti dengan gaya ‘panenka’ dan beliau memberi kebenaran kepada pemain England itu untuk melakukannya.

https://twitter.com/artylondon/status/1075145016866152448

“Sterling membuat keputusan tersebut. Beliau beritahu saya yang beliau mahu mengambil penalti dengan cara tersebut dan saya cakap ambil je lah.”

“Malangnya beliau terlepas sepakan penalti tersebut tetapi akhirnya kami masih lagi menang.”

BACA:  Al Nassr Sudah Hubungi Ejen Kevin De Bruyne