Perlawanan Hull vs Birmingham Terpaksa Ditangguhkan Kerana Gawang Terlalu Besar

Perlawanan antara Hull City dan Birmingham City di saingan Championship mendonia dan menjadi bualan selepas terpaksa ditangguhkan kerana saiz gawang yang terlalu besar dan tidak menepati piawaian.

Pertemuan yang dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang waktu tempatan telah tertangguh selama 30 minit apabila pegawai perlawanan menyedari sesuatu yang aneh.

Gawang gol itu telah didapati tidak mengikut saiz yang betul dan selepas diukur dengan pita ukur sememangnya benar tidak menepati piwaian yang ditetapkan.

Menurut laporan SkySports tiang gol itu 2 inci lebih tinggi dari biasa dan perlu dipotong untuk mendapatkan saiz asal bagi membolehkan perlawanan dimulakan.

Rakaman kemudiannya muncul dan tersebar mengenai pegawai kelab yang menggergaji tiang gol mengikut saiz yang betul.

Hull City pula secara rasmi mengesahkan permainan akan ditangguhkan kerana kesilapan itu.

“Sepak mula petang ini telah ditangguhkan kepada 3:20 petang,” baca kenyataan kelab yang disiarkan di Twitter.

“Pegawai perlawanan telah memaklumkan kepada kelab bahawa tiang gol perlu dilaraskan semula dan HawkEye ditentukur semula sebelum perlawanan boleh dimulakan.”

Seperti mana diumumkan akhirnya perlawanan berjaya dimulakan 20 minit selepas waktu sebenar.

Kelewatan pelik di Hull berlaku kurang sejam selepas perlawanan Liga Perdana antara Leeds United dan Arsenal yang turut ditangguhkan atas sebab yang tidak kurang pelinya.

Hanya 69 saat selepas permainan dimulakan di Elland Road, pengadil Chris Kavanagh menghentikan perlawanan kerana terdapat isu yang jelas dengan cuping telinga dan mikrofonnya.

Kemudian sebabnya jelas diketahui umum bahawa pemotongan bekalan kuasa di kawasan lokal Leeds telah menyebabkan Kavanagh tanpa akses kepada VAR, dengan teknologi garisan gol dan suapan TV turut terjejas.

Permainan akhirnya dapat disambung semula kira-kira 40 minit kemudian setelah isu itu telah dibetulkan.

Kavanagh bercakap dengan bos Leeds, Jesse Marsch dan pengurus Arsenal Mikel Arteta di garisan tepi untuk memastikan mereka mendapat maklumat terkini tentang situasi itu.

Tetapi selepas kelewatan kira-kira 10 minit tanpa masalah itu diselesaikan, Kavanagh mengarahkan kedua-dua pasukan itu untuk turun semula ke terowong.

Johnny Phillips dari Sky Sports menulis tweet:

“Pemadaman elektrik setempat di stadium Elland Road menyebabkan trak VAR tidak berfungsi.

“Ia menggunakan bekalan backup dan berjalan, buat masa ini, dan sedang direboot. Dijangka akan diperbaiki dalam masa lima minit akan datang.”

Dia kemudian memuat naik foto pegawai di terowong di Elland Road, berserta kapsyen:

“Terkini penggantungan perlawanan Leeds lwn Arsenal: trak VAR diperbaiki dan komunikasi pegawai berfungsi.”

“Pengadil Chris Kavanagh dan pegawai keluar untuk menguji peralatan sekarang.”

Selepas ujian itu berjaya, kedua-dua pasukan muncul semula dari terowong dengan permainan akhirnya dapat disambung semula pada 2.40 petang.

Arsenal berada satu mata di depan pesaing terdekat Manchester City menjelang sepak mula, dengan juara bertahan itu akan menentang Liverpool pada sebelah petang.

Sementara itu, Leeds berharap untuk menamatkan lima perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana namun harapan tinggal harapan.

Jaringan tunggal Bukayo Saka pada minit ke-35 sudah cukup untuk Arsenal meraih tiga mata penuh dan kekal di puncak tanpa mengira keputusan Manchester City.

Patrick Bamford gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minitk ke-64 sekurang-kurang meraih satu mata selepas bola terkena tangan William Saliba.

Pada minit ke-92 drama tercetus lagi apabila Gabriel dilayangkan kad merah selepas mengasari Bamford dan penalti sekali lagi untuk Leeds.

Namun VAR campur tangan dan telah membatalkan kad merah dan penalti lalu Gabriel hanya dilayangkan kad kuning sahaja.

BACA:  Bekas Pemain Tottenham Hotspurs Umumkan Persaraan Seawal Umur 26 Tahun