Pemain Senior Birmingham Lega Rooney Akhirnya Dipecat

Pemecatan Wayne Rooney telah disambut dengan kelegaan oleh pemain senior Birmingham City itu, dan kini mereka mendesak pengurusan kelab untuk mengembalikan John Eustace sebagai pengedali pasukan itu.

Eustace yang dipecat sebelum digantikan oleh Rooney pada Oktober lalu terbuka dengan idea untuk kembali tetapi berhadapan dengan keputusan sukar oleh pemilik kelab, Tom Brady untuk membuat kata putus.

CEO Garry Cook dan Pengarah Teknikal Birmingam Craig Gardner pula dikatakan sudah menyenaraikan sehingga 20 calon pengurus baharu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Rooney.

Nathan Jones dan Tony Mombray adalah antara nama yang dikaitkan. Jones menampilkan keajaiban bersama Luton selama dua musim sebelum ini sebelum bergelut di Southampton.

Mombray pula sudah berjaya membuktikan kemampuannya di Championship dan dipecat secara mengejut oleh Sunderland pada bulan lalu.

Frank Lampard turut tanpa sebarang kelab dan merupakan antara calon untuk menggantikan Rooney. Legenda Chelsea itu membawa Derby ke perlawanan akhir play-off pada 2019.

Walaupun demikian sukar untuk membayangkan Lampard sanggup mengambil alih sebuah pasukan yang kini berada di kelompok bawahan Liga Championship itu.

Begitu juga dengan bekas pemain tenhah Birmingham Lee Carsley yang membawa skuad England B-21 meraih kejuaraan di Euro pada musim panas lalu.

Pada masa ini Ashley Cole dan John O’Shea masih kekal bersama Birmingham namun tidak dapat dipastikan sama ada kedua-duanya akan kekal di bawah pengurus baharu yang akan dilantik.

Cole juga adalah sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan di bawah Carsley bersama skuad England B-21 dan pernah bekerjasama dengan Lampard di Chelsea dan Everton.

BACA:  Wayne Rooney Dedah Sebab Sebenar Alex Ferguson Tinggalkan Manchester United