Rooney Iktiraf Gerrard Lebih Bagus Daripada Scholes & Lampard, Dan Neville Angguk Setuju

Menjawab 53 soalan daripada Gary Neville tentang kehidupan dan kerjayanya di The Overlap, Rooney mendedahkan kekagumannya terhadap keupayaan Gerrard untuk melakukan apa sahaja di atas padang bola sepak.

Itulah yang membezakan pemain sebangsa Merseyside dengannya itu daripada Lampard atau Scholes, yang dianggap turut “bertaraf dunia” dalam cara lain.

Peminat bola sepak masih berdebat tentang siapa pemain tengah terbaik England pada generasi emas 2000-an. Rooney, telah menjadi sebahagian daripada pasukan itu dan bermain dengan ketiga-tiga mereka secara kerap untuk England.

Bekas kapten United, Gary Neville meminta penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk United, Rooney menyelesaikan perdebatan tentang siapa lebih bagus antara Gerrard, Scholes atau Lampard.

Rooney berkata: “Paul Scholes, Steven Gerrard dan Frank Lampard semuanya berbeza. Sebagai pemain serba boleh, Stevie adalah yang terbaik; dia boleh bertahan, menghantar bola, berlari, mengatasi lawan, menjaringkan gol, melakukan setting bola. Dia yang terbaik dari sudut itu.

“Dari sudut pandangan menjaringkan gol, Lamps adalah yang terbaik. Gol yang dia jaringkan adalah luar biasa dari bahagian tengah dan secara teknikal dia tidak berada di tahap Stevie atau Scholesy tetapi tiada siapa yang lebih baik dalam menjaringkan gol dari bahagian tengah.

“Scholesy, cara dia menyesuaikan diri [membuatnya mengagumkan]. Dia adalah penyerang ketika dia masih muda jadi untuk pergi ke posisi sepuluh, kemudian bahagian tengah kemudian pemain tengah yang lebih dalam menguasai permainan, saya tidak fikir salah satu daripada dua yang lain boleh menentukan permainan dengan cara yang dia boleh.

“Semua adalah pemain bertaraf dunia. Namun, Stevie boleh datang ke Manchester United dan menjadi pemain terbaik dan melakukan apa sahaja yang Scholes boleh lakukan. Tetapi saya tidak fikir Scholes boleh melakukan apa yang Stevie lakukan di Liverpool.”

Gary Neville sendiri terangguk angguk setuju dengan kenyataan Rooney mengakui bahawa Gerrard adalah lebih bagus daripada Scholes secara keseluruhannya.

Namun Rooney mengiktiraf Scholes dan Ronaldo sebagai rakan sepasukan terbaik dia pernah bermain bersama.

Jadi seperti biasa anda akan melihat peminat United dan Liverpool akan meroyan di ruangan komen selepas ini. Seolah olah mereka lebih ahli daripada Rooney menilai 3 pemain tersebut. Jomm…

BACA:  Wayne Rooney Berikan Plan Bagaimana England Boleh Tewaskan Senegal