Ronaldo Tuduh Rooney Dengki Dengan Kehebatan dan Kekacakkannya

rooney ronaldo

Cristiano Ronaldo telah menyerang balik Wayne Rooney selepas bekas rakan sepasukannya mengkritik tingkah lakunya di Manchester United musim ini dan menganggap Rooney irihati lalu dengki dengan kehebatannya.

Pemain Portugal itu menjadi figura yang tidak disenangi di bawah kendalian Erik Ten Hag musim ini, hanya memulakan empat perlawanan liga.

Lebi parah apabila Ronaldo menunjukkan kekecewaannya bulan lalu apabila enggan masuk sebagai pemain gantian menentang Tottenham dan kemudian berlalu pergi memasuki terowong sebelum wisel penamat.

Wayne Rooney baru-baru ini mendakwa tindakan Ronaldo ada masanya ‘tidak boleh diterima’, dan menuduhnya sebagai ‘gangguan’ yang tidak diingini oleh kelab.

Ronaldo akhirnya bertindak balas terhadap komen Rooney dan memberi bayangan bahawa bekas kapten England itu mungkin cemburu kepadanya.

“Saya tidak tahu mengapa dia mengkritik saya dengan teruk . . . mungkin kerana dia menamatkan kerjayanya dan saya masih bermain di peringkat tinggi.”

Sambil ketawa Ronaldo menambah:

“Saya tidak akan mengatakan bahawa saya kelihatan lebih baik daripada dia. Tapi itulah yang sebenarnya. . . ”

Adakah Ronaldo menyatakan dia kelihatan lebih baik dari Rooney merujuk kepada kehebatan di padang atas paras rupa yang kacak?

Gandingan Rooney dan Ronaldo telah bersama selama 5 musim di Old Trafford menyaksikan mereka telah memenangi 3 gelaran Premier League dan satu gelaran juara Champion League selepas dua kali ke perlawanan akhir.

Ketika menjadi rakan sepasukan Ronaldo dan Rooney telah ketawa bersama, menangis bersama mereka bersumpah harap mati pun bersama tetapi sejak dua menjak ini makin kerap mereka diganggu visi, bila celik juga bila mimpi.

Wayne Rooney pernah membuat satu pendedahan di mana dia telah melakukan satu pengorbanan yang besar bagi membolehkan Cristiano Ronaldo bermain dengan cemerlang, gemilang dan terbilang ketika mereka bergandingan bersama di Manchester United.

Rooney telah mengorbankan peranannya sebagai penyerang dan bermain lebih bertahan supaya Ronaldo tidak perlu melakukan tugas bertahan.

Tevez Rooney Ronaldo. Ketika ini kemenangan bukan perkara luar biasa bagi United

Rooney akui pengorbanannya itu banyak menjejaskan permainannya namun demi Manchester United beliau tidak kisah seperti mana Aiman yang tak kisah.

Gandingan duo menggerunkan telah menjadi trio yang menakutkan yang mampu membuatkan lawan menitistikan peluh sebelum beraksi dengan kehadiran Carlos Tevez.

Gandingan Rooney, Tevez dan Ronaldo merupakan antara gandingan terbaik ketika zaman Alex Ferguson. Rooney dan Tevez banyak melakukan kerja bertahan untuk membolehkan Ronaldo memberikan yang terbaik.

Namun sejak kepulangan kembali Ronaldo ke Manchester United, Rooney yang sudah bersara tidak mahu lagi terus berkorban untuk Ronaldo.

Penghujung musim lalu Rooney telah menganggap keputusan Manchester United membawa Ronaldo kembali adalah satu keputusan yang gagal dan merosakkan pasukan.

Kenyataaan Rooney ini senada dengan pendapat ramai yang menanggap kehadiran Ronaldo telah merosakkan serta merencatkan pembangunan semula pasukan.

Dan ini jawapan Rooney ketika ditanya akan keperluan kewujudan Ronaldo dalam pasukan:

“Saya rasa dia jaringkan gol, dia jaringkan gol penting dalam saingan Champions League pada awal musim, dia jaringkan hat-trick bertemu Tottenham, tapi saya fikir jika kamu mencari masa depan kelab.”

“Kamu perlu lihat pemain muda, pemain yang dahaga untuk berikan yang terbaik dan mengangkat Manchester United untuk tempoh dua ke tiga tahun akan datang.”

“Jelas sekali Cristiano Ronaldo dah berusia, dia bukan lagi pemain yang sama seperti ketika dia di usia 20 an, dan itulah yang berlaku, itulah bola sepak.”

“Dia ada ancaman gol tapi benda lain dalam perlawanan, mereka perlukan lebih dari itu, mereka perlukan pemain muda yang dahaga.”

Ronaldo yang sudah dipenghujung karier bagi pemain bola sepak profesional yang lain dilihat tidak dapat masuk dalam sistem permainan hari ini yang berasaskan pressing secara berkumpulan.

BACA:  Ronaldo Terima Bonus Yang Luar Biasa Lumayan Selepas Catat Hat-trick Bertemu Norwich