Rooney Dedah Kisah Kantoi Dengan Ferguson Ke Pub

Legenda Manchester United, Wayne Rooney telah mendedahkan kisahnya yang kantoi dengan pengurus legenda, Sir Alex Ferguson selepas singgah ke sebuah pub untuk minum-minum untuk bersantai.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United itu telah mengimbas kembali peristiwa yang agak kekok itu dalam karier awalnya selepas kantoi dengan pengendali Scotland dengan berada di tempat yang tak sepatutnya dia berada.

Bekas penyerang England itu baru sahaja berpindah ke Manchester United dari Everton apabila dia melihat ibu bapanya di sebuah pub berhampiran Liverpool.

Sebagai remaja dan anak yang baik, Rooney terus menyapa dan menyantuni dengan menyertai kedua ibu bapanya untuk minum di pub tersebut.

Dia mengimbau kembali kejadian itu dalam buku terbaharunya Wayne Rooney: My Decade in the Premier League. Rooney menulis:

“Pengurus kelihatan seperti lelaki yang sangat baik, tetapi keesokan harinya saya mengalami sediri layanan legendanya secara langsung.”

“Ia adalah petang yang baik jadi saya memandu ke Crocky (Croxteth di Liverpool) untuk bertemu keluarga.”

“Dalam perjalanan, saya ternampak Ibu dan Ayah di tempat letak kereta pub tempatan dan saya berhenti untuk bertanya khabar. Kami memutuskan untuk masuk untuk minum, pop diet untuk saya.”

Walaupun hanya berada di sana untuk tempoh singkat bertemu ibu bapanya, sudah cukup untuk dia kantoi dan perlu berdepan dengan soal siasat dari Sir Alex Ferguson.

“Saya hanya berada di sana selama 10 atau 15 minit sebelum pulang, tetapi sehari kemudian pengurus memanggil saya ke pejabatnya. Saman pertama saya.”

“[Ferguson berkata] ‘Wayne, apa yang awak buat di pub di Croxteth semalam?'”

Ternyata mana-mana pemain tidak dapat terlepas dari mata helang pengurus ikonik itu dan mungkin telah mempunyai mata-mata untuk mengawasi tindak tanduk pemainnya.

Hampir sedekad selepas persaraannya, Sir Alex Ferguson secara konsisten kekal dalam senarai sebagai salah seorang pengurus terhebat sepanjang zaman dengan pelbagai gelaran dikecapi.

Dia memenangi 13 gelaran Liga Perdana bersama Manchester United dan memenangi Liga Juara-Juara dua kali. Tetapi di sebalik kejayaannya, dia mempunyai tabiat untuk mengambil tahu kehidupuan peribadi beberapa pemain bintang di kelab itu yang boleh mendatangkan impak negatif kepada kelab.

Mungkin yang paling terkenal ialah pertembungannya dengan David Beckham. Imbau embali pada tahun 2003, selepas perlawanan Piala FA dengan Arsenal, Fergie menendang but kerana marah yang secara tidak sengaja mengenai mata Beckham.

Luka itu menjadi perbualan orang awam dan tidak lama selepas itu Beckham telah berpindah ke Real Madrid yang dilihat lebih sesuai dengan kehidupan penuh glamour Beckham.

Sementara itu, Rooney juga telah mencetuskan beberapa lagi publisiti pertembungan dengan bos. Penyerang Inggeris itu secara terbuka mendakwa dia mahu meninggalkan Old Trafford pada 2010, dan seterusnya berdepan dengan kemarahan warga Scotland itu.

Dia akhirnya kekal sehingga 2017, melepasi persaraan Ferguson daripada sukan itu dan Roonye juga telah beberapa kali kantoi merokok dengan Sir Alex Ferguson.

Wayne Rooney telah mencetuskan sensasi dan kebencian di kalangan peminat apabila kantoi merokok di sebuah kelab malam di Bandar Manchester pada tahun 2010.

Menurut laporan Wayne Rooney bukan sahaja merokok malahan telah kencing ke dinding dibelakang kelab malam sambil menyanyi dengan rancak sekali. Mabuk barangkali.

Pada Mei 2011, ketika Wayne Rooney berbulan madu bersama isterinya, Coleen Rooney, pemain itu telah dirakam merokokan di dalam kolam renang.

Sir Alex Ferguson tidak memberi komen lanjut untuk kedua insiden ini dan dilaporkan berkata:

“Kami tidak merokok, jadi kami tidak pasti, tetapi pastinya tidak ada tempat yang lebih sukar untuk menyalakan rokok daripada kolam air.”

Menurut laporan, Sir Alex Ferguson tidak ambil kisah dengan perbuatan Rooney merokok asalkan prestasi pemain itu tidak terjejas dan mungkin Rooney hanya perokok sosial.

BACA:  Alex Sabar Menanti Diluar Terowong Untuk Menenangkan De Gea