Perlawanan Manchester United menentang Liverpool yang tertangguh kerana rusuhan yang terjadi ahad lalu telah dijadualkan semula pada hari khamis, 13 Mei jam 20:15 waktu England.
Penjadualan semula perlawanan ini menyaksikan Manchester United akan bermain dua perlawanan dalam tempoh 50 jam kerana sebelum itu akan bertemu Leicester City pada 11 Mei.
Bermula perlawanan Premier League minggu hadapan Manchester United akan bermain tiga perlawanan dalam tempoh lima hari.
Khamis – Lawan Roma – 6 Mei jam 8 malam (4 pagi waktu Malaysia)
Ahad – Lawan Aston Villa – 9 Mei jam 2.05 petang (10.05 malam waktu Malaysia)
Isnin – Rehat
Selasa – Lawan Leicester City – 11 Mei Jam 6 petang (2 pagi waktu Malaysia)
Rabu – Rehat
Khamis – Lawan Liverpool – 13 Mei jam 8:15 malam (4:15 pagi waktu Malaysia)
Manchester United will play three Premier League games in five days from next weekend 😲
Sunday: vs. Villa
Monday: Day off
Tuesday: vs. Leicester
Wednesday: Day off
Thursday vs. Liverpool pic.twitter.com/Qx7HEewHMu— B/R Football (@brfootball) May 5, 2021
Perlawanan menentang Leicester City dan Liverpool akan berlangsung di Old Trafford dan dengan penjadualan semula maka tiada pemotongan mata dan tiada pasukan mendapat mata percuma.
Jika dikira sekali dengan perlawanan menentang AS Roma maka Manchester United akan bermain 4 perlawanan dalam tempoh 8 hari.
Untuk mengekalkan kedudukan ditempat kedua, Manchester United memerlukan sekurang-kurangnya tiga perlawanan dan menang satu perlawanan untuk mengesahkan slot Champions League.
😳 Manchester United will now play 4 games in just 7 days.
📅 Vs Roma, Thursday 6th May, 8pm.
📅 Vs Aston Villa, Sunday 9th May, 2.05pm
📅 Vs Leicester, Tuesday 11th May, 6pm
📅 Vs Liverpool, Thursday, 13th May, 8.15pm. pic.twitter.com/szh0nwgRZO
— SPORTbible (@sportbible) May 5, 2021
Dan ini merupakan perlawanan Manchester United yang masih berbaki musim ini jika berjaya layak ke final Europa League:
Roma vs Man Utd – Europa League – Khamis, Mei 6, 8pm
Aston Villa vs Man Utd – Premier League – Ahad, Mei 9, 2.05pm
Man Utd vs Leicester – Premier League – Selasa, Mei 11, 6pm
Man Utd vs Liverpool – Premier League – Khamis, Mei 13, 8.15pm
Man Utd vs Fulham – Premier League – Selas, Mei 18, 6pm
Wolves vs Man Utd – Premier League – Ahad, Mei 23, 4pm
Europa League final (should they qualify) – Rabu, Mei 26, 8pm
Perlawanan Man Utd vs Liverpool Ditangguhkan
Perlawanan tumpuan minggu ini antara Manchester United menentang Liverpool yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mei 2021 jam 11:30 malam waktu Malaysia terpaksa ditangguhkan.
Penangguhan ini dilakukan kerana isu perlanggaran keselamatan yang dilakukan oleh penyokong Manchester United yang menceroboh masuk ke Old Trafford.
Pihak Premier League telah mengeluarkan kenyataan penangguhan ini melalui laman sesawang mereka premierleague.com dan tidak di war-warkan di media sosial kerana pemboikotan dijalankan.
Keputusan ini diambil secara bersama dari pihak polis, kedua-dua kelab, Premier League dan pihak berkuasa tempatan.
BREAKING: Manchester United vs. Liverpool has been postponed amid safety concerns following fan protests at Old Trafford. pic.twitter.com/wgyNdt9gkE
— B/R Football (@brfootball) May 2, 2021
Dalam kenyataan yang dikeluar Premier League telah menyebut:
Keselamatan semua orang di Old Trafford sangat penting. Kami memahami dan menghormati penunjuk perasaan tetapi mengutuk semua tindakan keganasan, kerosakan jenayah dan pecerobohan, terutamanya berkenaan pelanggaran berkaitan COVID-19.
—
Peminat mempunyai banyak saluran untuk meluahkan pandangan mereka tetapi tindakan minoriti yang dilihat hari ini tidak mempunyai alasan yang kukuh.
—
Kami bersimpati dengan polis dan pengawal yang harus menghadapi situasi berbahaya yang semestinya tidak mempunyai tempat dalam bola sepak.
—
Penyusunan semula jadual perlawanan akan diumumkan kemudian.
Tunjuk perasaan tanda protes kepada keluarga Glazer telah menjadi tidak terkawal yang sepatutnya berlangsung secara aman menyaksikan perlawanan sedap minggu ini ditunda.
Protes Anti Glazer Telah Jadi Huru-hara
Penyokong Manchester United telah melakukan protes menentang keluarga Glazer yang merupakan pemilik kelab berhampiran bas pasukan yang diletakkan diperkarangan Hotel Lowry.
Manchester United akan menanti kunjungan musuh zaman berzaman yang juga pasukan penyandang juara yang kecundang, Liverpool di Old Trafford.
Perlawanan ini penting bagi Liverpool untuk memburu slot ke Eropah dan kemenangan diperlukan Manchester United untuk menagguhkan kejuaraan Manchester City.
Protesters at Utd’s hotel have broken out of the police cordon.
Front and back entrances are currently blocked off.
Players are looking on from the upstairs windows.
— Red Issue (@RedIssue) May 2, 2021
Jika Manchester United kalah dalam perlawanan ini secara automatik Manchester City akan bergelar juara secara rasmi.
Semua itu tidak diambil peduli oleh penyokong Setan Merah yang membara kebencian mereka kepada keluarga Glazer kerana keputusan perlawanan tidak akan memberi kesan kepada Manchester United.
Lambat laun Machester City akan tetap bergelar juara dan tempat kedua serta perlawanan akhir Europa League juga sudah hampir dalam genggaman.
“Glazers gonna d**” 🔥✊ #GlazersOut 🟢🟡 pic.twitter.com/l0arJFmGtF
— United Update (@UnitedsUpdate) May 2, 2021
Protes besar-besaran diadakan dan jumlah mereka yang hadir dijangka akan mencecah 10,000 ribu orang menjelang perlawanan.
Minggu lalu protes ini telah dilangsungkan juga di mana bendera Amerika Syarikat yang merupakan tanah kelahiran keluar Glazer telah dibakar dan sepanduk anti-Glazer dinaikkan.
Pada hari ini satu lagi himpunan dilakukan sebagai tanda bantahan yang boleh dikatakan agak ekstrem di mana suar dibakar secara bersar-besaran di perkarangan Hotel Lowry.
“We want Glazers out!” #GlazersOut ✊🔥
(@DeanMarsland) pic.twitter.com/NYMuNCTFbW
— United Update (@UnitedsUpdate) May 2, 2021
Hotel Lowry menjadi tempat penginapan Manchester United pada hari perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.
Hotel Lowry dipenuhi asap merah dari pembakaran suar dan ada yang dilakukan betul-betul di tepi bas pasukan Manchester United sambil lagu dinyanyikan beramai-ramai.
Jika situasi ini berterusan dan bas tidak akan dapat bergerak mungkin akan menggangu jadual perjalanan kerana jalan masuk dan keluar telah terkepung.
Thousands of football fans storm the barriers at Old Trafford in protest against the Glazer’s ownership of #Manutd. Despite the breakaway plans, collapsing anger amongst fans is still present, and now they demand change. #Manchester, UK #glazerout @theutdjournal @MENnewsdesk pic.twitter.com/gRyKjBvS8e
— Andy Barton (@Andybartonphoto) May 2, 2021
Old Trafford anti Glazer protest pic.twitter.com/4LyMaC9mMN
— CryptoandKushUK (@CryptoandKushUK) May 2, 2021
Terkini dilaporkan peserta protes anti-Glazer ini telah berjaya menceroboh masuk ke padang Old Trafford di mana perlawanan akan berlangsung sebentar lagi.
Dari perkarangan Hotel Lowry penyokong telah melimpah ke Old Traffor lalu dengan jumlah mereka yang ramai tiada masalah untuk mereka menceroboh masuk ke padang melepasi penghadang.
Adakah perlawanan Manchester United menentang Liverpool akan ditangguhkan?
One of the protesters outside Manchester United stadium Old Trafford says the protest "isn't just about the European Super League", adding that the Glazer family, which has controlled the club since 2005, "need to go".
Read more here: https://t.co/yjfNpetpic pic.twitter.com/bOLj2sRpqE
— Sky News (@SkyNews) May 2, 2021
Sejak Glazer mengambil alih pemilikan kelab pada 2005 kebencian terus hadir kerana keluarga Glazer memperoleh pemilikan kelab secara licik dan keji.
Sejak menjadi pemilik Machester United keluarga Glazer telah mengambil duit kelab lebih daripada £1 bilion dan kelab terpaksa menanggung hutang yang tidak berkesudahan.
Agak berbeza dengan pemilik kelab yang lain yang tidak menyentuh duit kelab dan digunakan untuk membayar hutang serta membentuk pasukan menjadi lebih mantap.
Well done @ManUtd fans 👏🏼👏🏼 #MUFC 🔴 pic.twitter.com/fnpD7onO19
— Football Cvlture (@FootballCVLTURE) April 24, 2021
Apa yang dilakukan oleh keluarga Glazer tidak salah sebenarnya kerana kelab milik mereka dan itulah yang tidak disukai penyokong.
Selepas bersaranya Sir Alex Ferguson, Glazer gagal untuk mengekalkan status Manchester United sebagai kelab yang digeruni di Eropah dan terperosok ke Europa League.
Kemuncak kebencian ini selepas Manchester United telah bersetuju menyertai liga haram, European Super League dan menjadi founding club (lebih kurang pengasas).
🚨 | £4 billion is the price to get the Glazers out of the #MUFC
[@lauriewhitwell, Talk of the Devils]— UtdXclusive 🔰 (@UtdXclusive) April 21, 2021
Keputusan ini merupakan keputusan 100 peratus dari keluarga Glazer yang tidak diketahui oleh pemain, pengurus atau penaja.
Semua yang berada di kelab hanya mengetahui penyertaan Setan Merah hanya melalui media, namun Manchester United telah menarik diri dua hari kemudian.
Joel Glazer meminta maaf dan mengakui ini semua keputusan beliau seorang, Ed Woodward meletakkan jawatan dan kegembiraan buat penyokong Setan Merah.
Namun keluarga Glazer perlu keluar dan Glazer dilaporkan mahu menjual kelab dengan harga £4 bilion.
Manchester United fan groups organised a plane banner in protest against the Glazer family's ownership, which flew over Elland Road today… 🛬🏟
— Sky Sports (@SkySports) April 25, 2021
Hutang ini bermula apabila hartawan Amerika Syarikat, Malcolm Glazer membeli kelab ini melalui satu pinjaman bank sebanyak £800juta pada 2003.
Dengan jumlah faedah sebanyak £60juta setahun, Selepas 17 tahun, kelab Manchester ini masih tenang membayar hutang dengan pendapatan purata sebanyak lebih USD500 juta setahun.
Dah la hutang tak habis tenang keluarga Glazer rembat tahun demi tahun hingga mencecah lebih £1 bilion