Siri dokumentari All or Nothing: Arsenal bakal menjadi sebuah tayangan box office selepas mereka mencatatkan kekalahan dalam aksi perlawanan pembukaan saingan premier league bertemu Brentford.
The Gunners tewas mengejut di tangan pendatang baru saingan Premier League, Brentford dalam aksi perlawanan pembukaan dan ia jelas merobek hati jutaan penyokong Arsenal seluruh dunia.
Sergi Canos membuka tirai jaringan pada aksi babak pertama permainan, dengan satu rembatan padu dari dalam kotak penalti Arsenal untuk menewaskan Bernd Leno.
Brentford last played top-flight football 73 years ago.
They've just beaten Arsenal in their first game back 😎 pic.twitter.com/QdjyajCzTh
— ESPN FC (@ESPNFC) August 13, 2021
Selepas kekecohan di dalam kotak, Calum Chambers cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya namun rembatan lemah beliau sampai ke kaki pemain Brentford.
Sergi Canos kemudiannya tenang mengawal bola masuk ke dalam kotak penalti seterusnya melepaskan rembatan padu untuk gol pembukaan Brentford.
Christian Norgaard kemudiannya berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-73 permainan selepas beliau berjaya menanduk bola hasil dari lontaran ke dalam.
Brentford 2-0 Arsenal 😲
Episode one of Arsenal: All or Nothing should be an interesting watch 🍿 pic.twitter.com/P7NQMEfy5j
— Goal (@goal) August 13, 2021
Mads Bech Sorensen melontar bola cantik menuju ke dalam kotak penalti dengan bola tersebut melantun tepat menemui kepala Norgaard yang kemudiannya tenang menanduk masuk bola tersebut menewaskan Leno.
Wisel penamat dibunyikan, The Bees berjaya mengutip tiga mata berharga, seterusnya kemenangan pertama mereka dalam sejarah saingan Premier League sejak tahun 1947.
AS HAPPY AS CAN BEE.
Brentford return to the top flight for the first time in three-quarters of a century and defeat Arsenal! pic.twitter.com/WqLRH74VWg
— NBC Sports Soccer (@NBCSportsSoccer) August 13, 2021
Ia tentunya berita dan keputusan yang sangat menggembirakan seluruh kem Brentford dan mereka tentunya bakal berusaha untuk melakukan yang lebih baik selepas mengharungi permulaan yang sempurna.
Untuk Arsenal pula, ia merupakan permulaan yang sungguh teruk dengan mereka sama sekali gagal untuk mengutip sebarang mata bertemu dengan pendatang baru dari saingan Championship.
You asked. We heard you.#AllOrNothingArsenal
Coming to @PrimeVideoSport in 2022 ⏳
— Arsenal (@Arsenal) July 9, 2021
Lebih teruk lagi, dek kerana Arsenal ketika ini sedang merakam siri dokumentari All or Nothing, maka para peminat dengan segera mengejek pasukan dari London itu, kerana mereka akan menghasilkan siri dokumentari yang sungguh menakjubkan.
Mikel Arteta seeing the All or Nothing cameras in the dressing room at half time pic.twitter.com/mLweUZhcRY
— Matthew Stanger (@MatthewStanger) August 13, 2021
Just remembered Arsenal are doing an all or nothing pic.twitter.com/rUjeZ9j5J1
— B y r o n (@citybyron) August 13, 2021
Reminder: Amazon ‘All or Nothing’ crew are filming this.
— FK ☕️ (@fkhanage) August 13, 2021
BRING ME THAT ALL OR NOTHING DOC RIGHT NOWWWWW
— . (@Willzzzyy) August 13, 2021
Episode 1 of All or Nothing Arsenal is going to be fantastic.. pic.twitter.com/eo0ZdwvmXH
— ✈️ (@Arrizabalager) August 13, 2021
Just remembered Arsenal have a All or Nothing documentary this season 😭 pic.twitter.com/A5CGYoTzxd
— Bradley 🇮🇹 (@UTDBradleyy) August 13, 2021
“Mereka merakam siri dokumentari All or Nothing dan mereka kalah perlawanan pertama, episod satu tentunya menarik untuk disaksikan.”
“Permulaan yang sama sekali tidak diharapkan oleh Arsenal, All or Nothing Arsenal akan dapat tontonan tinggi”
“Mereka mungkin lupa Amazon sedang merakam aksi mereka untuk siri dokumentari, saya tak sabar nak menonton episod satu.”
Selain bermain dengan sangat teruk, Arsenal juga dilihat seperti hilang arah dan tak boleh berdepan dengan corak permainan para pemain Brentford.
Penandatanganan mega mereka, Ben White tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dengan beliau bermain dengan sangat teruk dalam aksi debutnya bersama Gunners.
Tugas semakin berat untuk Arsenal selepas ini kerana mereka akan turun beraksi bertemu Juara saingan Champions League musim lalu, Chelsea.
Brentford (3-5-2): Raya; Ajer, Jansson, Pinnock; Canos, Onyenka, Norgaard, Janelt, Henry; Mbeumo, Toney
Pemain simpanan: Forss, Bidstrup, Sorensen.
Pengurus: Thomas Frank
Penjaring: Canos (22), Norgaard (73)
Kad amaran: None
Brentford marked their Premier League bow with a memorable 2-0 victory over Arsenal on the opening night of the new season.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 13, 2021
Arsenal (4-2-3-1): Leno, Chambers, White, Mari, Tierney; Lokonga, Xhaka; Pepe, Smith-Rowe, Martinelli; Balogun.
Pemain simpanan: Saka, Tavares, Nelson.
Pengurus: Mikel Arteta
Jaringan: Tiada
Kad amaran: Tiada