Persekutuan Bola Sepak Mesir Nafi Dakwaan Salah Mahu Bersara Dari Arena Antarabangsa

Persekutuan Bola Sepak Mesir menafikan dakwaan mengatakan bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah mahu bersara dari arena bola sepak antarabangsa berikutan aksi hambar Mesir di Piala Dunia 2018.

Badan bola sepak itu tidak pernah mengadakan perbincangan dengan Salah bagi membincangkan perkara tersebut dan pemain tersebut juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara dari skuad kebangsaan dalam masa terdekat ini.

Egypt FA menafikan dakwaan Salah mahu bersara dari bola sepak antaraabangsa kerana kecewa dengan persembahan Egypt di Piala Dunia

Berikutan prestasi hambar yang dipamerkan skuad Mesir di Russia, terdapat spekulasi mengatakan Salah berhasrat untuk bersara dari bermain untuk skuad kebangsaan bagi menumpukan perhatian beliau terhadap kariernya di Anfield.

Sebelum Piala Dunia bermula, Salah dan Persekutuan Bola Sepak Mesir terlibat dalam pertikaian mengenai isu sponsorship dan terbaru, Salah menerima kritikan daripada pelbagai pihak selepas dianugerahkan kerakyatan Chechnya oleh pemimpin wilayah berkenaan, Ramdan Kadyrov.

Walau bagaimanapun, spekulasi tersebut telah dinafikan badan persekutuan bola sepak tersebut dan berkata Salah tidak pernah menyatakan niatnya untuk bersara dari pentas antarabangsa.

Salah hanya berada di bangku simpanan ketika Egypt tumpas di tangan Uruguay kerana belum cergas sepenuhnya dari kecederaan bahu

“Kami sering diberitahu tahu mengenai setiap keputusan yang diambil oleh Mohamed Salah. Kami menghabiskan masa berhari-hari bersama dan Salah tidak pernah berbincang mengenai isu ini dengan mana-mana wakil kami.”

Mengenai kritikan yang diterima Salah selepas beliau menerima kerakyatan daripada pemimpin Chechnya, Persekutuan Bola Sepak Mesir berkata mereka hanya berada di Russia atas sebab bola sepak dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti politik.

“Kami berada di sini untuk menghadiri kejohanan bola sepak dan kami mengikuti segala langkah yang telah ditetapkan oleh FIFA. Kami tidak berbincang mengenai politik, dan jika terdapat sebarang perbincangan mengenai politik, setiap aduan harus ditujukan kepada FIFA.”

Egypt tidak akan meneruskan lagi perjalanan mereka di Piala Dunia selepas tewas dalam dua perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang Uruguay dan Russia.

Mereka bakal menghadapi Arab Saudi esok dalam perlawanan terakhir kumpulan A sebelum seluruh skuad berangkat pulang dari Russia.

Mo Salah duduk bersama pemimpin Chechnya dalam satu majlis makan malam bagi meraikan skuad Egypt yang akan berangkat pulang tidak lama lagi

Berikutan penganugerahan kerakyatan kepada Salah, sekelompok peminat Liverpool yang menggelarkan diri mereka sebagai Kop Outs mahu Salah memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

Kumpulan ini mewakili komuniti LGBT dalam kalangan peminat Liverpool.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya sebarang penerimaan Mo Salah dari sebarang anugerah yang diberikan oleh pemimpin Chechnya, Ramdan Kadyrov.”

“Mo Salah dan pemain-pemain lain mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan isu hak asasi dan harus menunjukkan contoh yang baik.”

“Kami menggesa beliau untuk memulangkan kerakyatan tersebut sebagai pengiktirafan beliau terhadap penindasan yang berlaku dalam komuniti LGBT di Chechnya.”

BACA:  Champions League 2021/22: Liverpool 2-0 Atletico Madrid