Reaksi Salah Mengelak Dari Dicium Wartawan Mencuri Perhatian Peminat

Mohamed Salah tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini atas aksi cemerlang yang beliau persembahkan sepanjang tahun 2021 ni.

Pemain kebangsaan Mesir itu berjaya menjaringkan 22 gol dari 24 penampilan bersama Liverpool sepanjang musim ini, dan ia jelas sekali satu rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Bahkan beliau bukan hanya cemerlang pada musim ini sahaja, dengan Salah konsisten mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa mantap sepanjang kariernya di Anfield.

Sejak dari ditandatangani oleh Liverpool dari AS Roma pada tahun 2017 yang lalu, Salah telah menjadi pemain utama dan nadi terpenting dalam skuad The Reds.

Beliau berjaya menjaringkan 147 gol dari 227 penampilan dalam semua pertandingan bersama Liverpool dan jelas sekali nilai £36 juta yang The Reds bayar untuk dapatkan khidmatnya sangat berbaloi.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau berjaya membantu Liverpool untuk menjadi Juara saingan Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan Premier League.

Walau bagaimanapun, bukan hanya aksi hebat dan mantap beliau sahaja yang mampu mencuri perhatian ramai, dengan sikap serta keperibadian beliau juga telah menyebabkan Salah diangkat menjadi wira di Anfield.

Beliau menjaga keperibadian dan menunjukkan sikap-sikap terpuji ketika di luar padang, hingga menyebabkan beliau dianggap sebagai ikon muslim.

Nama beliau tidak pernah dikaitkan dengan hal-hal keji dan Salah jelas sekali menjadi contoh yang baik untuk dijadikan sebagai panduan.

Beliau juga menjaga tubuh beliau supaya sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan sentiasa cergas untuk diturunkan beraksi.

Antara bukti yang Salah menjaga keperibadian beliau dengan sempurna adalah beliau menjaga tubuhnya dari disentuh oleh wanita lain selain isterinya.

Pada musim 2018/19 yang lalu, ketika beliau membantu Liverpool menjuarai saingan Champions League, Salah telah ditemu bual oleh seorang wartawan wanita.

Beliau ketika itu ditemu bual oleh Isabel Forner dan Salah pada ketika itu telah menunjukkan keperibadian serta sikap terpuji yang wajib dicontohi.

Ketika para pemain dan penyokong sedang berpesta meraikan kejayaan mereka menjuarai gelaran Champions League ketujuh di Wanda Metropolitano itu, Salah sepertinya sukar untuk mendengar soalan-soalan dari Isabel Forner.

Isabel Forner kemudiannya cuba menghampiri Salah untuk berbisik kerana beliau juga sedar yang para suasana ketika itu sangat bising.

Salah mungkin tersalah sangka dengan beliau merasakan Isabel Forner mahu mencium beliau dan beliau segera mengangkat tangan seolah-olah isyarat menolak.

Beliau kemudiannya sedar yang Isabel sekadar mahu bertanya soalan sahaja kepadanya dan bukanlah mahu menciumnya seperti yang beliau fikirkan.

Para peminat di media sosial meninggalkan pelbagai komen pada video tersebut, dengan ramai dari mereka yang berbangga dengan tindakan Salah.

“Kalau saya dekat tempat dia mungkin saya sendiri yang akan hulur diri kepada wanita itu untuk dicium. Dia lelaki sebenar.”

“Salah harus dijadikan sebagai contoh, dia tidak mengambil kesempatan, dia hargai isteri dia. Sebab itu ramai orang hormat dengan dia.”

“Bayangkan kerana salah faham, dia ingat perempuan tu nak cium dia, kemudian dia terus cium perempuan tu, mesti itu lebih memalukan.”

“Saya perlukan lelaki seperti ini, saya jamin dia tidak akan tipu atau ada perempuan lain.”

Seandainya ada yang masih belum tahu, Salah sebenarnya sudah berkahwin dengan isterinya yang bernama Magi dan beliau juga sudah mempunyai dua orang anak perempuan.

Inilah tokoh suami mithali.

Ketika temu bual tersebut, Salah telah ditanya apa perasaan beliau sebaik memenangi gelaran Champions League, dengan beliau kemudiannya menjawab:

“Sejujurnya saya tidak tahu apa mahu saya katakan.”

“Semua orang sangat gembira sekarang, kami memenangi perlawanan akhir. Ini merupakan perlawanan akhir kedua kami berturut-turut, dan saya akhirnya dapat bermain selama 90 minit.”

“Tidak ada persembahan individu terhebat dalam perlawanan ini untuk sesiapa, tapi semua pemain malam ini menakjubkan. Tahniah untuk semua kami dan para penyokong di seluruh dunia.”

“Saya banyak berkorban dalam karier saya, terutama meninggalkan keluarga saya di Cairo untuk bermain bola sepak.”

“Menjadi wakil dari Egypt di pentas perlawanan akhir Champions League, ia sungguh menakjubkan. Saya sangat berbangga tentang itu.”

Salah berjaya membuka tirai jaringan untuk Liverpool dalam perlawanan itu, selepas beliau cemerlang menyempurnakan sepakan penalti sebelum Divock Origi menjaringkan gol kemenangan untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Sumber: GMS

BACA:  Tiga Kali Diganggu Penceroboh Padang, Salah Dipuji Kerana Tunjukkan Kemuliaan Hatinya