Tiga Kali Diganggu Penceroboh Padang, Salah Dipuji Kerana Tunjukkan Kemuliaan Hatinya

Pemain penyerang Liverpool, Mohamed Salah merupakan bintang paling disayangi di Anfield, dan beliau bahkan mungkin lebih disayangi di negara asalnya Egypt.

The Egyptian King itu berjaya mencatatkan assists untuk gol yang dijaringkan oleh Mohamed Elneny ketika aksi kelayakan Piala Dunia Mesir bertemu Angola.

Salah membantu skuad kebangsaannya untuk kembali bangkit selepas ketinggalan 0-2 dan mereka berjaya mengikat Angola 2-2.

Keputusan seri itu membantu Egypt untuk menempatkan diri mereka ke pusingan play-off, untuk melayakkan diri beraksi dalam saingan Piala Dunia Qatar nanti.

Walau bagaimanapun, pertembungan antara Mesir dan Angola semalam sebenarnya telah diganggu oleh penceroboh padang.

Bukan sekali, tetap tiga kali perlawanan terganggu dek kerana penceroboh padang masuk ke padang ketika perlawanan sedang berlangsung.

Kesemua tiga insiden yang berlaku dalam perlawanan ini adalah kerana para peminat mahu mencuba nasib untuk berjumpa Salah secara bersemuka.

Antara yang paling mengganggu adalah ketika salah seorang peminat berlari laju masuk ke padang mencari Mo Salah yang ketika itu sedang dalam usahanya untuk mencari gol kemenangan di minit akhir permainan.

Walau sudah berkali-kali beliau menjadi sasaran penceroboh padang, namun Mo Salah tetap tenang mengawal situasi dan beliau juga sepertinya faham dengan keadaan tersebut.

Beliau bahkan turut memberi pelukan kepada penceroboh padang yang menceroboh masuk ke padang semata-mata untuk berjumpa dengannya.

Ia merupakan sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Salah dengan beliau tetap menunjukkan reaksi tenang walau penceroboh padang itu sebenarnya mengganggu perjalanan perlawanan.

Tiada insiden bahaya yang berlaku dengan petugas keselamatan berjaya menjalankan tugas masing-masing dengan baik walau tiga kali penceroboh berjaya menceroboh masuk ke padang.

Apa yang menariknya, Egypt bukanlah tuan rumah dalam perlawanan tersebut, dan peminat yang berlari masuk ke padang itu semuanya merupakan penyokong Angola.

Mungkin mereka merupakan penyokong tegar Liverpool, dan kerana bintang kesayangan The Reds beraksi di negara mereka, maka mereka memanfaatkan kesempatan yang ada untuk bertemu dengan ikon muslim itu.

Salah pada tiga tahun lalu berjaya menjaringkan dua gol ketika membawa Egypt beraksi di pentas Piala Dunia Rusia.

Beliau pada ketika ini sangat diharapkan agar mampu untuk memimpin Mesir layak beraksi di temasya Piala Dunia Qatar tahun hadapan.

Ia bakal menjadi pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan seandainya Salah berjaya membawa Egypt untuk beraksi dalam saingan Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.

Beliau akan terus dikenang sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman negaranya, dan akan diingati sebagai pemain paling berjaya dari Benua Afrika.

Seandainya Egypt berjaya untuk layak ke saingan Piala Dunia Qatar nanti, pihak penganjur perlu menyediakan kawalan keselamatan yang lebih tinggi lagi.

Hal ini kerana Salah sememangnya ramai peminat tegar yang datang dari negara Timur Tengah itu dan para peminat beliau sudah tentu akan cuba untuk melakukan sesuatu dalam usaha mereka untuk bertemu dengan bintang Liverpool itu.

Bagi pemain bintang besar dalam dunia bola sepak, mereka sememangnya akan sentiasa memerlukan kawalan ketat seandainya mereka berjalan di tempat umum, kerana ramai peminat obses yang senantiasa menunggu peluang untuk bertemu idola mereka.

Para pemain juga kebiasaannya akan terganggu jika perlawanan yang mana mereka mahu mencari kemenangan tetapi di ganggu oleh penceroboh padang.

Emosi mereka akan terjejas kerana bengang aksi dan perlawanan diganggu oleh para penyokong yang obses ini, jadi kerana itulah Salah berhak dipuji atas kemuliaan hati beliau yang tetap tenang berdepan situasi seperti ini.

Sumber: GMS

BACA:  Mo Salah Tandatangan Kontrak Jangka Panjang Baru Bersama Liverpool