Bruno Fernandes dikatakan terlalu bergantung kepada Cristiano Ronaldo dan senantiasa mencari rakan sepasukannya itu di atas padang.
Eidur Gudjohnsen menganggap Fernandes terlalu beri tumpuan untuk mencari Cristiano Ronaldo dan kerana itulah persembahan beliau juga semakin merosot.
Fernandes tidak lagi memiliki pengaruh yang sama seperti apa yang beliau persembahkan sepanjang musim lalu hingga membantu United mengakhiri saingan liga di kedudukan kedua.
Former Icelandic forward Eidur Gudjohnsen has accused Manchester United playmaker Bruno Fernandes of being overly reliant on Cristiano Ronaldo this season. https://t.co/kNqp6DcOmD
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) December 17, 2021
Pada ketika ini, Manchester United berada di kedudukan keenam dalam carta liga, dengan Bruno Fernandes antara pemain paling menunjukkan kemerosotan dalam prestasinya.
Beliau hanya mampu menjaringkan lima gol sahaja sepanjang musim ini, termasuk hat-trick yang beliau catatkan ketika bertemu Leeds United dalam aksi perlawanan pembukaan liga.
Pemain kebangsaan Portugal itu mungkin boleh menjaringkan lebih banyak gol atau assists seandainya beliau tidak terlalu bergantung kepada Ronaldo.
Beliau juga dikatakan terlalu kerap mencari Cristiano Ronaldo di atas padang hingga mengabaikan ruang yang beliau ada untuk menjaringkan gol.
⚽️ Cristiano Ronaldo – 6 #UCL goals
🎯 Bruno Fernandes – 6 #UCL assists
Portuguese Royalty in the Champions League 👑🇵🇹 pic.twitter.com/6mWrRTOssv
— UtdDistrict (@UtdDistrict) December 9, 2021
Ia sebenarnya dakwaan yang dilakukan oleh bekas bintang Chelsea, Gudjohnsen yang mendakwa Fernandes terlalu berusaha keras untuk mencari Ronaldo sahaja.
“Saya nampak Fernandes terlalu kerap mencari Cristiano Ronaldo.”
Jelas Gudjohnsen kepada media Iceland, MBL.
“Sembilan dari sepuluh kali, dia cuba mencari Ronaldo dan jika ia tidak berkesan, dia jadi hilang sabar dan bermula untuk mencuba sesuatu hal yang sukar.”
“Mengingatkan semula bagaimana beliau bermula bersama United, kita mahu melihat yang lebih lagi dari dia.”
Sejak Cristiano Ronaldo membuat kepulangan semula ke Old Trafford, beliau sudah berjaya menjaringkan 13 gol dari 18 perlawanan dalam semua pertandingan.
Chelsea legend Eidur Gudjohnsen has claimed Manchester United’s midfield talisman Bruno Fernandes is too dependent on Cristiano Ronaldo.
The retired striker, who also enjoyed fruitful spells at Bolton and Barcelona, has accused the Portuguesehttps://t.co/tn3cNGiXNN
— Valid News Today (@ValidNewsToday) December 16, 2021
Beliau berjaya menjaringkan gol ketujuhnya dalam saingan Premier League ketika aksi bertemu Norwich City minggu lalu.
Fernandes sementara itu gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan dengan beliau pada ketika ini dilaporkan masih dalam usaha untuk memahami peranan beliau di bawah kendalian Ralf Rangnick.
Para peminat Manchester United sendiri turut sering mempertikaikan tentang mengapa aksi dan persembahan Bruno Fernandes semakin merosot.
Mungkin dakwaan yang dilakukan oleh Gudjohnsen ada kebenarannya kerana aksi Fernandes dilihat semakin merosot sejak kedatangan Cristiano Ronaldo.
Bruno Fernandes too dependent on Cristiano Ronaldo at Man Utd, warns ex-Chelsea striker Eidur Gudjohnsen… – The Sun https://t.co/HGFkvYfSM0 pic.twitter.com/YlavFCrRhD
— HiPeople (@HiPeople_21) December 16, 2021
Aksi beliau pada musim ini jelas sekali sangat berbeza berbanding ketika awal ketibaannya di Old Trafford dengan Fernandes merupakan pemain terpenting Man Utd sebelum ini.
Beliau pada musim lalu merupakan pemain paling berprestasi dan tidak keterlaluan untuk menganggap yang Fernandes bersendirian memikul United di atas bahunya hingga berjaya mengakhiri saingan liga di kedudukan kedua.
Beliau juga cemerlang membawa United ke aksi perlawanan akhir saingan Europa League pada musim lalu, namun sayangnya mereka tewas di tangan Villarreal.
Melihat kepada peningkatan aksi Man Utd pada musim lalu, ramai yang percaya mereka bakal lebih bersinar pada musim ini dan bakal menjadi pencabar utama untuk mencabar kejuaraan liga.
Rúben Amorim, current Sporting coach, will coach Manchester United next season. Cristiano Ronaldo and Bruno Fernandes approved his hiring. #mufc [@jorgenicola] pic.twitter.com/eGpkfpwAsA
— Manchester United Red Devils News (@Ammadutd) December 17, 2021
Selepas kejayaan kelab mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo dari Juventus, ramai juga yang percaya bahawa ia berita baik untuk Fernandes.
Para peminat sangat berharap agar gandingan Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes bakal membantu kelab untuk menjulang Piala pertama mereka sejak beberapa musim kebelakangan ini.
Namun begitu, gandingan mereka berdua sepertinya masih belum menampakkan hasil dan para peminat berharap agar pengurus interim kelab, Ralf Rangnick akan mampu lakukan sesuatu agar dapatkan yang terbaik dari kedua-dua pemain itu.
🇵🇹🎖 @B_Fernandes8 and @Cristiano have both been nominated for the 2021 @FIFPRO #World11 🤩👏#MUFC pic.twitter.com/epAUxxnNve
— Manchester United Updates (@MUUpdates247) December 15, 2021
Setan merah sepatutnya akan turun beraksi bertemu Brighton pada minggu ini, namun perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana kem United kini berdepan krisis wabak.
Sumber: SPORTbible