Piala Asia 2023: Thailand 2-0 Kyrgyzstan

Satu lagi wakil Asia Tenggara, Thailand memulakan aksi Piala Asia 2023 dengan penuh bergaya apabila mudah menundukkan Kyrgyzstan dengan dua gol tanpa balas di saingan Kumpulan F.

Thailand merupakan satu-satunya wakil dari Asia Tenggara yang mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pertama selepas Indonesia, Vietnam dan Malaysia tumpas kepada lawan masing-masing.

Persiapan Thailand ke Piala Asia 2023 tidaklah segah Harimau Malaya yang sering dipuji oleh FIFA di mana mereka hanya menang sekali dalam 6 perlawanan terakhir dengan 4 kekalahan.

Kontroversi melanda Thailand apabila pemain bintangnya, Ekanit Panya telah meminta agar namanya digugurkan daripada skuad Thailand yang akan bermain di Piala Asia 2023.

Ekanit Panya mahu menumpukan kepada aksi pra musim bersama kelab baharunya, Urawa Red Diamond di Liga J walaupun jarang-jarang dapat beraksi.

Supachai Chaided telah menjadi wira Thailand dalam perlawanan ini apabila dua golnya memastikan tiga mata pertama Thailand di Kumpulan F yang turut dihuni Oman dan Arab Saudi.

Thailand mempamerkan aksi dominan untuk meraih mata di Stadium Abdullah Bin Khalifa.

Thailand lebih pantas mendapat rentak dan Nicholas Mickelson di sebelah kanan mencipta peluang untuk Supacho Sarachat pada minit ke-14, dengan rembatannya mengenai tiang, tindakan susulan Supachai Chaided menjaringkan bola muntah dibatalkan kerana ofsaid.

Republik Kyrgyzstan terselamat daripada satu lagi ketakutan lapan minit kemudian apabila lambungan bijak Supachok menemui Suphanat Mueanta tetapi rembatan kencang penyerang OH-Leuven itu terkena palang.

Pada minit ke-26 Bordin Phala berjaya lolos dari kiri dan memotong ke dalam lalu melepaskan rembatan lencong yang berjaya ditepis penjaga gol Kyrgyzstan, Erzhan Tokotaev.

Malangnya bola itu tiba ke kaki Supachai Chaided yang hanya perlu melakukan tolakan mudah untuk gol pembukaan di hujung babak pertama barulah Kyrgyzstan mula mendapat rentak.

Pemain Masatada Ishii memulakan separuh masa kedua dengan penuh yakin, hampir menggandakan kelebihan mereka dalam masa dua minit selepas perlawanan dimulakan apabila hantaran jauh Theerathon Bunmanthan menemui Suphanat tetapi Tokotaev melakukan penyelamatan hebat dengan satu tangan.

Gol kedua datang hampir sejurus selepas Kyrgyzstan gagal menghalang hantaran lintang Mickelson – bola mengenai belakang Tamirlan Kozubaev – memberikan Supachai Chaided peluang menggandakan kedudukan untuk gol kedua dan gol ketiga peribadi di Piala Asia.

Pasukan Asia Tengah itu paling hampir mengurangkan jurang pada minit ke-52 menerusi Joel Kojo namun percubaan dari jarak dekat melepasi palang. Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat dan Thailand mencatat kemenangan ketiga sepanjang penyertaan mereka dalam Piala Asia AFC.

Thailand akan menentang Oman pada hari Ahad manakala Republik Kyrgyz mempunyai tugas sukar untuk bangkit menentang Arab Saudi pada hari yang sama.

BACA:  Piala AFF 2022 Final 2 : Thailand 1-0 Vietnam (Agg. 3-2)