FIFA Kagum Dengan Ultras Malaya Menyantuni Pemain Thailand

fifa ultras thailand

Persekutuan Bola Sepak Persatuan Antarabangsa (FIFA) nyata kagum dengan Ultras Malaya yang telah menyantuni pemain pasukan Thailand dengan nyanyian selepas Harimau Malaya ditundukkan pasukan Gajah Perang itu.

Thailand telah menunjukkan Malaysia jalan keluar dari saingan Piala AFF 2022 diperingkat separuh akhir untuk mara ke perlawanan akhir bertemu satu lagi gergasi Asia Tenggara Vietnam.

Harimau Malaya melakar kemenangan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan tewas 3-0 dalam perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Thammasat yang terletak di bandar Rangsit, Pathum Thani, Thailand.

Tidak dapat dinafikan lagi Thailand ternyata unggul dengan barisan pemain berkualiti serta berpengalaman luas di persada antarabangsa.

Kekalahan Harimau Malaya ini diterima baik oleh para penyokong yang kurang diberikan cacian dan makian malahan majoriti memberikan kata-kata semangat dan dorongan kerana berpuas hati dengan pencapaian ini.

Aura positif jelas terpancar dari kekalahan ini, satu perkara ajaib jugalah jika membabitkan permainan bola ini kerana Kim Pan Gon dan 23 pemainnya telah memberikan harapan kepada masa depan bola sepak Malaysia.

Laman Twitter rasmi AFF Mitsubishi Electric Cup telah memuat naik video nyanyian Ultras Malaya kepada pemain Thailand selepas tamat perlawanan.

Admin AFF Mitsubishi Electric Cup juga telah bertanya kepada pengikut mereka, Adakah Ekor Harimau Malaya adalah penyokong terbaik di ASEAN?

Video penghormatan Ultras Malaya ke atas pasukan Thailand itu telah menarik perhatian Persekutuan Bola Sepak Persatuan Antarabangsa (FIFA) yang menciap kembali video tersebut.

FIFA yang berpegang teguh kepada prisip keadilan dalam permainan dan bola sepak dapat menyatukan dunia telah menganggap peristiwa ini sebagai sesuatu yang indah.

“Permainan yang cantik ❤️. Penyokong Malaysia menunjukkan rasa hormat mereka kepada pemain Thailand selepas tewas kepada mereka dalam perlawanan
@affmecup 🤝 #FootballUnitesTheWorld”

Badan induk bola sepak dunia itu menzahirkan rasa kagum, agak gila jugaklah kau pergi jauh-jauh tempat lawan lepas tu kalah, patut koyak teruk tapi boleh pula kau menyanyi raikan kemenangan tuan rumah.

Ultras Malaya telah menyanyikan lagu ‘Sawadikap! Sawadikap! Hey! Hey! Thailand!’ di mana pemain Gajah Perang nyata terharu dan tersenyum sambil turut sama bertepuk tangan termasuklah Madame Pang.

Segala apa yang terjadi di padang seperti aksi keras dan provokasi semuanya habis di padang dan nyanyian ini juga menjadi satu perlambangan bahawa Thailand layak untuk menang dan ke final.

Thailand berjaya menjaringkan gol pembukaan melalui satu hantaran cantik Theerathon Bunmathan yang tepat ke kepala Teerasil Dangda untuk satu sundulan pada minit ke-19.

Hantaran leret Ekanit Panya berjaya menemui Bordin Phala yang langsung tidak dikawal dan terus melepaskan rembatan menewaskan Syihan Azmi buat kali kedua diseparuh masa kedua.

Adisak Kraison yang masuk sebagai pemain gantian berjaya memahat nama selaku penjaring gol ketiga menyempurnakan hantaran Suphanat Bureerat bagi melengkapkan kemenangan 3-0 Thailand.

Ini merupakan final Piala AFF ke-10 Thailand dalam 14 edisi yang sebelum ini dalam 9 perlawanan akhir mereka muncul juara sebanyak 6 kali (1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020) dan tiga kali muncul naib juara (2007, 2008, 2012).

Teerasil Dangda terus melebarkan rekodnya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala AFF dengan jaringan yang ke-25. Senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala AFF:

1. Teerasil Dangda (Thailand) – 25 gol.

2. Noh Alam Shah (Singapura) – 17 gol.

3. Worrawoot Srimaka (Thailand) – 15 gol.
3. Le Cong Vinh (Vietnam) – 15 gol.

5. Le Huynh Đuc (Vietnam) – 14 gol.

6. Kurniawan Dwi Yulianto (Indonesia) – 13 gol.

7. Adisak Kraisorn (Thailand) – 13 gol.
7. Bambang Pamungkas (Indonesia) – 12 gol.
7. Kiatisuk Senamuang (Thailand) – 12 gol.

10. Agu Casmir (Singapura) – 11 gol.

11. Khairul Amri (Singapura) – 10 gol.

Dalam senarai ini 10 penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala AFF ini hanya Adisak Kraisorn yang merupakan pemain yang masih aktif bermain dan berpeluang mengejar Teerasil Dangda.

Teerasil Dangda berpeluang untuk menjarakkan lagi rekodnya kerana masih mempunyai dua lagi perlawanan akhir untuk dimainkan.

BACA:  Park Hang-seo Yakin Vietnam Mampu Comeback Untuk Singkirkan Thailand