Mauricio Pochettino mengesajkan Christophe Nkunku akan menjalani ujian kecergasan untuk memastikan pemain itu benar-benar bersedia menhadapi perlawanan menentang Brighton pada Ahad ini.
Nkunku belum lagi mempunyai kesempatan beraksi untuk Chelsea di dalam aksi Premier League pada musim ini selepas mengalami kecederaan ketika pra musim.
Difahamkan Chelsea berharap Nkunku cergas sepenuhnya untuk suku akhir Piala Carabao menentang Newcastle pada 19 Disember.
🚨🔵 Christopher Nkunku has chances to be part of Chelsea squad vs Brighton and make his official debut.
“We need to assess tomorrow and then decide”, Mauricio Pochettino says. pic.twitter.com/hCA58JjF3Z
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 1, 2023
Namun sebelum itu Nkunku harus terlebih dahulu berada di dalam senarai pemain simpanan dan diuji dalam beberapa perlawanan, bermula dengan perlawanan berhadapan Brighton dalam aksi Premier League hujung minggu ini.
Ditanya wartawanan dalam sidang media sebelum perlawanan mengenai dua pemain, Nkunku dan Romeo Latvia, Pochettino berkata: “Kami harus melihat kembali keadaan kedua-dua pemain esok sebelum membuat keputusan. Mereka sangat hampir [sedia bermain], tetapi kami harus menunggu sehingga esok sebelum membuat keputusan.
“Situasi Latvia lebih sukar tetapi kami akan melihat bagaimana keadaan Nkunku.
🚨🔵 Pochettino: “Christopher Nkunku is working really well now and he’s really close”.
“As soon as possible we can have him involved. He's a really important player for us and for our project”. pic.twitter.com/GdNiJe9lLs
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 27, 2023
Chelsea mengikat khidmat Christopher Nkunku daripada RB Leipzig dengan tanda harga £53 juta (RM313 juta) pada musim panas lalu.
Nkunku menamatkan saingan Bundesliga musim 2022-23 sebagai penjaring terbanyak dengan 16 gol, dan meyakinkan The Blues untuk menawarkan kontrak selama enam tahun.
Pemain berasal dari Perancis itu menjaringkan 47 gol daripada keseluruhan 119 penampilan di Bundesliga untuk Leipzig.
Ini juga bermakna Nkunku dianggap telah melalui karier yang berjaya di Jerman.
Dan di Jerman, penyerang berusia 25 tahun ini dianggap unik kerana cara beliau menjaringkan gol.
Keraian gol oleh Nkunku dianggap trademark kepada pemaon itu kerana dia akan mengeluarkan belon dari stokin dan kemudian meniupnya.
Pochettino sudah pasti berharap keberadaan Nkunku mampu mengubah nasib Chelsea pada musim ini.