Pochettino: Spurs Perlukan Masa 4 Tahun Lagi Untuk Bina Mentaliti Juara

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino berkata beliau memerlukan masa 4 tahun lagi untuk membina mentaliti juara di Tottenham selepas melihat pasukannya tersingkir sekali lagi di pusingan separuh akhir Piala FA.

Dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi, Manchester United berjaya bangkit dari ketinggalan satu gol untuk mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Tottenham sekaligus melangkah ke perlawanan akhir.

Spurs hanya kuat di atas kertas, tetapi di atas padang lembik tidak bermaya

Pemain muda England, Dele Alli terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan perlawanan seawal minit ke-11 selepas menerima hantaran cantik daripada Christian Eriksen.

Kegembiraan penyokong Spurs tidak kekal lama kerana pada minit ke-24, kesilapan daripada Moussa Dembele membenarkan Paul Pogba untuk melakukan hantaran ke dalam kotak penalti Spurs dan bola tersebut berjaya ditanduk masuk Alexis Sanchez untuk gol penyamaan United.

Gol kemenangan United hadir pada babak kedua menerusi Ander Herrera yang merembat kencang menewaskan penjaga gol Spurs, Michael Vorm. Kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dengan United kental bertahan menahan asakan bertali arus Spurs pada lewat permainan.

Harapan Pochettino untuk menjulang trofi pertamanya bersama Spurs hancur sekali lagi di peringkat separuh akhir dan bekas pengurus Southampton itu tidak rasa keadaan ini akan berubah dalam masa terdekat.

4 tahun lagi. Tolong la

Pochettino yang mula menguruskan Tottenham empat tahun yang lalu berkata beliau memerlukan masa selama 4 tahun lagi untuk membina pasukan yang mampu mencabar untuk kejuaraan.

“Tiada apa yang perlu dikesalkan dari perlawanan tadi. Kami bersaing, mendominasi separuh masa pertama dan kedudukan 1-1 bukan keputusan yang adil pada babak pertama.”

“Pada separuh masa kedua, Manchester United berjaya menjaringkan gol dan perlawanan menjadi lebih kompetitif. Kedua-dua pasukan sama kuat.”

“Sudah tentu apabila anda berhadapan pasukan seperti Manchester United, peluang untuk meraih kemenangan adalah 50-50 dan malangnya, hari ini kemenangan menjadi milik mereka.”

“Kami cuba untuk belajar dari kekalahan ini tetapi buat masa sekarang agak sukar untuk kami bersaing. Ia bukan mengenai belajar dari kekalahan – ia adalah mengenai kemampuan anda untuk menewaskan pasukan lawan. Kalau tak, kami hanya perlu pergi ke universiti untuk belajar, belajar dan belajar…”

“Kami berada di peringkat di mana kami berjaya mara ke separuh akhir Piala FA, layak ke Liga Juara-Juara, dan bersaing untuk berada dalam Top 4. Agak sukar untuk menerima situasi ini kerana kami sangat, sangat hampir untuk mememangi sesuatu.”

“Dalam masa 4 tahun, kami berjaya membina pasukan yang kuat dan cuba untuk menerapkan mentaliti juara ke dalam setiap pemain tetapi buat masa sekarang, ia masih belum mencukupi. Tottenham perlu meneruskan jalan ini kerana lambat laun ia akan menjadi sempurna.”

“Untuk membinta mentaliti juara, kami memerlukan masa 4 tahun lagi. Tottenham memerlukan lebih banyak masa sama ada di bawah saya atau tidak. Perkara yang paling penting adalah untuk mengekalkan filosofi yang sudah sebati dengan kelab ini.”

BACA:  Tak Ada Seorang pun Pemain United Yang Layak Berada Dalam Skuad City