Pogba Akui Kehebatan Liverpool

Liverpool kini semakin hampir untuk mendapatkan Piala Liga Perdana Inggeris yang pertama mereka sejak 30 tahun lalu. Pasukan terhebat di dunia ini telah mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas West Ham pada awal pagi tadi.

Kemenangan di Anfield pada awal pagi tadi memberikan Liverpool kelebihan 22 mata mengatasi pencabar terdekat mereka Manchester City.

Liverpool hanya memerlukan 12 mata dari baki 11 perlawanan lagi untuk mencatat rekod pemenang paling awal dinobatkan Liga Perdana Inggeris.

Jumlah itu bermakna Liverpool hanya memerlukan empat kemenangan untuk merealisasikan impian, mimpi dan penantian penyokong mereka di seluruh dunia menjadi kenyataan.

Selain dari penyokong pasukan Liverpool meraikan kejayaan cemerlang,gemilang dan terbilang awal pagi tadi, terdapat seorang lagi pemain bola sepak dari pasukan Manchester United turut berkongsi kegembiraan untuk pasukan terkuat di dunia Liverpool.

Paul Pogba percaya Liverpool berhak memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, bintang Manchester United mengakui bahawa dia tidak sanggup melihat Reds meraih kemenangan di liga atas dasar persaingan antara kedua-dua kelab tersebut.

Pasukan Jurgen Klopp kini berada di landasan untuk menjamin gelaran kejuaraan dalam empat perlawanan berikutnya dan pemain antarabangsa Perancis, Pogba, yang tidak bermain sejak 26 Disember lalu kerana masalah kecederaan, berkata Liverpool kini lebih baik daripada ketika mereka memenangi Liga Juara-Juara.

“Mereka jauh di hadapan orang lain,”

kata Pogba kepada ESPN.

“Mereka tidak pernah kalah satu perlawanan pun di liga musim ini. Mereka sudah mempunyai satu tangan di trofi Liga Premier”.

“Sebagai pemain Manchester United dan dengan persaingan di antara kami, kami tidak mahu mereka memenangi kejuaraan. Kami tidak mahu orang lain menang selain kami, tetapi sebagai pencinta bola sepak dan pemain yang menghormati pasukan lawan,Saya harus mengatakan bahawa mereka patut berada di tempat mereka hari ini”.

“Mereka lebih baik daripada musim lalu apabila mereka memenangi Liga Juara-Juara dan musim sebelumnya ketika mereka tewas di perlawanan akhir menentang Real Madrid.”

Perlawanan Liga Perdana Inggeris berikutnya yang menanti Liverpool ialah menentang Watford, Bournemouth, Everton, dan Crystal Palace.

Sekiranya pasukan terhebat di dunia Liverpool menang kesemua baki empat perlawanan selepas ini Kejuaraan Liga boleh disahkan di Anfield dalam perlawanan menentang Crystal Palace pada 22 Mac akan datang.

BACA:  Teori Konspirasi Berkait Kegagalan Fernandes Menyempurnakan Sepakan Penalti