Polis Colombia menawarkan pemberian tunai kepada sesiapa sahaja yang boleh membantu untuk menemui ayah kepada penyerang Liverpool Luis Diaz yang diculik di negara itu.
Beberapa media di Colombia sebelum ini melaporkan ibu bapa kepada penyerang Liverpool itu diculik oleh pohak tidak dinamakan pada Sabtu lalu.
Menurut Presiden Colombia, Gustavo Petro, ibu Diaz telah dilepaskan dengan selamat selepas itu.
Terdapat beberapa laporan berlainan mengenai situasi ayah Diaz di media, namun setakat ini tiada bukti atau pengesahan ayahnya telah dibebaskan oleh penculik.
Terkini, Pengarah Jeneral Polis Kebangsaan Colmbia menawarkan $200 juta peso (RM230,000) kepada sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat untuk membantu ayah Diaz ditemui.
🚨🇨🇴 Colombian police just announced that they are prepared to give 200M pesos as reward to any person who’ll give crucial informations in order to help to rescue Luis Díaz father.
There are still no update on his father after his mother was rescued by the police overnight. pic.twitter.com/jgcAQUEQsh
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 29, 2023
Tawaran tersebut dilakukan melalui satu pengumuman yang dimuat naik di akaun X pada Ahad lalu.
“Keputusan oleh Kementerian Pertahanan Colombia dan Menteri nya, tawaran hadiah berjumlah $200 juta peso akan diberikan kepada pemberi maklumat yang tampil membantu sehingga Encik Luis Manuel Diaz dan penculik bertanggungjawab ditemui.”
Sebuah poster menunjukkan potret ayah Diaz turut dimuat naik dengan kapsyen:
“Penculikan”. “Polis Guajira menawarkan sehingga $200,000 juta hadiah untuk membantu pengesanan mangsa culik.”
Lebih daripada 120 anggota telah dikerah Polis Colombia untuk operasi pencarian berskala besar untuk menyelamatkan ayah Diaz pada masa ini.
#NSTsports More than 120 Colombian soldiers backed by police searched for the father of #Liverpool winger #LuisDiaz, kidnapped with his wife, who has since been rescued.https://t.co/K8knQyc0gZ
— New Straits Times (@NST_Online) October 30, 2023
Liverpool turut mengeluarkan satu kenyataan pada Ahad untuk memaklumkan pihak kelab maklum mengenai kejadian yang menimpa ahli keluarga pemain mereka, dan keutamaan adalah kebajikan pemain itu pada masa ini.
Diaz tidak beraksi dalam kemenangan 3-0 ke atas Nottingham Forest pada Ahad.
Menjelang perlawanan Klopp turut mengakui terpaksa melakukan perubahan minit akhir disebabkan situasi semasa yang dihadapi oleh Diaz.
“Saya tidak pernah berhadapan situasi seperti ini. Ia adalah pengalaman baharu yang saya tidak mahukan,” kata pengurus dari Jerman itu.