Pertemuan antara Manchester United dan Arsenal merupakan perlawanan yang menjadi tumpuan pada minggu ini dan permusuhan kedua-dua pasukan ini berada di kemuncak ketika di era Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger.
Selepas berundurnya kedua-dua pengurus lagenda daripada menjadi pengurus, Manchester United dan Arsenal terus terumbang-ambing di Premier League untuk menjadi pencabar utama kejuaraan.
Masih segar di fikiran bagaimana Manchester United menamatkan rekod invincible Arsenal yang melalui perlawanan tanpa kalah dalam 49 perlawanan berturut-turut.
Persengketaan dua kapten yang bertaraf kereta kebal Patrick Vieira dan Roy Keane, peperangan pizza dan detik Arsenal menjulang trofi Premier League di Old Traffor pada tahun 2002.
13 – Manchester United are unbeaten in their last 13 home league games against Arsenal (W8 D5), since a 0-1 loss in September 2006. Resolute. pic.twitter.com/30c8pTI159
— OptaJoe (@OptaJoe) November 1, 2020
Perlawanan berlangsung dengan penuh hampar sepanjang 45 minit pertama tanpa gerakan-gerakan menarik dan Manchester United kelihatan bertaburan permainan mereka.
Arsenal nampak dominan dalam perlawanan ini bermain penuh disiplin dan jika mahu kayu pengukur, Hector Bellerin paling berdisiplin dengan seluar di bawah dada.
Peluang terbaik Arsenal pada separuh masa pertama hadir melalui sepakan kaki kiri Willian yang telah melantun keluar selepas bola menghinggap ke palang.
1 – Manchester United have attempted just one shot against Arsenal; their fewest in the first half of a Premier League home game since October 2015 (0 v Manchester City). Blunt. pic.twitter.com/fUvOuhJpm3
— OptaJoe (@OptaJoe) November 1, 2020
Bukayo Saka pula kemudiannya terlepas peluang selepas tandukannya sedikit jauh daripada gawang walaupun kelihatan selesa melakukan tandukan.
Kesilapan dan salah faham Fred yang berharap Soctt McTominay mengejar bola hampir membawa faedah namun sayang bola lencongan Pierre Aumerick-Aubameyang tersasar.
Tandukan Harry Maguire yang berpunca daripada sepakan percuma pula banyak tersasar dan itulah peluang terbaik Manchester United dalam perlawanan ini.
3 – Paul Pogba has conceded three penalties in the Premier League under Ole Gunnar Solskjaer, while no other Manchester United player has conceded more than one. Discipline. pic.twitter.com/ZXL2OrWAxp
— OptaJoe (@OptaJoe) November 1, 2020
Paul Pogba telah menghadiahkan sepakan penalti Arsenal selepas menjatuhkan Hector Bellerin yang skema dalam situasi yang tidak berbahaya dan tidak perlukan terjahan.
“Stupid mistake atau kesilapan bodoh.” Ujar pengulas.
Ini merupakan kali ketiga Paul Pogba memberikan sepakan penalti kepada lawan di bawah pengurusan Ole Gunnar Solksjaer.
1 – Pierre-Emerick Aubameyang is the first Arsenal player to score a penalty at Old Trafford in the Premier League, with neither of the previous two attempts being converted (Robin Van Persie in 2011 and Gilberto Silva in 2006). Confidence. pic.twitter.com/aQnuu9Kasd
— OptaJoe (@OptaJoe) November 1, 2020
Pierre Emerick-Aubameyang tidak menghadapi masalah untuk menewaskan David De Gea yang melayangkan diri ke kiri dengan sepakan ke kanan gawang.
Dengan kelebihan satu gol Arsenal terus bertahan dan tidak sukar untuk Arsenal bertahan dengan ketumpulan dan huru-hara pemain Manchester United.
Percubaan terbaik Setan Merah hadir melalui Donny Van De Beek yang terbias kaki Elneny dan menyapu muka Bernd Leno sebelum bola terkena tiang.
1 – Arsenal have won away at a “big six” side in the Premier League for the first time since a 2-0 win against Manchester City in January 2015, ending their 29-game winless run (D10 L19). Dawn. pic.twitter.com/8aB8G0il4G
— OptaJoe (@OptaJoe) November 1, 2020
Ole Gunnar Solskjaer telah mengeluarkan Bruno Fernandes dan mengekalkan Paul Pogba yang serba tidak menjadi dari awal perlawanan.
Sehingga ke wisel penamat, Manchester United gagal untuk memecahkan kubu pertahanan Arsenal yang menyaksikan Gabriel dan Rob Holding cemerlang diposisi masing-masing.
Kali terakhir Manchester United kalah di Old Traford pada September 2006 di Premier League dan tidak kalah dalam 13 perlawanan sejak itu. Namun semua itu telah menjadi satu sejarah.
Man Utd (4-4-2) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; McTominay; Fred, Pogba; Fernandes; Rashford, Greenwood.
Substitutes: Henderson, Williams, Tuanzebe, Mata, Matic, van de Beek, Cavani.
Arsenal (3-4-3) Leno; Holding, Gabriel, Tierney; Bellerin, Elneny, Partey, Saka; Willian, Lacazette, Aubameyang.
Substitutes: Runarsson, Mustafi, Ceballos, Maitland-Niles, Xhaka, Pepe, Nketiah.