Premier League 2019/20: Liverpool 2-1 Bournemouth

Selepas mengalami tiga kekalahan dari empat perlawanan yang menyedihkan, Liverpool hari ini turun ke gelanggang keramat mereka Anfield untuk menyambut kunjungan Bournemouth.

Penjaga gol terhebat dunia ketika ini menghadapi masalah kecederaan ketika perlawanan menentang Chelsea minggu lalu yang menyaksikan Liverpool tewas.

Tempat beliau telah digantikan oleh Adrian yang bakal turun beraksi sebagai penjaga gol utama pasukan terhebat dunia dalam perlawanan menentang Bournemouth ini.

Klopp jelas sekali mahukan pemain beliau bangkit dalam perlawanan hari ini demi untuk mendapatkan rentak kemenangan semula.

Liverpool bermula dengan kemabukan apabila bocor awal. Joe Gomez terlalu kasual dan dimakan dengan mudah oleh Callum Wilson.

Bournemouth mendahului seawal minit ke–9. Ini bukan petanda yang baik. Namun Klopp ada rekod di mana beliau tak pernah kalah dua kali berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool.

Liverpool terus menggasak kubu Bournemouth untuk mendapatkan jaringan namun pasukan kendalian Eddie Howe bertahan dengan sekompak yang mungkin.

Roberto Firmino memiliki peluang keemasan namun percubaan beliau berjaya diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

Nathan Ake hampir menambah gol untuk Bournemouth. Namun percubaan beliau diselamatkan oleh Adrian dengan cemerlang.

Liverpool akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mo Salah pada minit ke-25 selepas menerima hantaran daripada Sadio Mane.

Ini merupakan jaringan ke-70 liga untuk Mo Salah dalam 100 penampilan pertama. Menjadikan beliau pemain yang mengatasi gol beberapa bekas bintang yang lain dalam 100 penampilan pertama.

Ini musim ketiga berturut-turut Mohamed Salah mencatatkan gol ke-20 dalam semusim untuk Liverpool.

Tidak lama selepas itu, giliran Sadio Mane menjaringkan gol kedua untuk Liverpool pada minit ke-33 hasil umpanan Vrigil Van Dijk yang melakukan hantaran killer pass yang sangat lawa.

Mane terus mencatatkan statistik sumbangan gol yang sangat komprehensif dan tepercaya.

Beliau kini sedang menjaringkan 27 gol di Anfield sejak musim lalu.

Masuk separuh masa kedua Liverpool menaikkan lagi intensiti permainan mereka.

The Reds agak sukar untuk mencipta peluang dengan prestasi cemerlang penjaga gol lawan.

Sadio Mane melakukan rembatan top corner tetapi terkena palang. Sikit lagi tu.

James Milner melakukan satu in the line clearance yang cantik selepas Adrian kena lob. Nampak macam mana otai buat keje?

Firmino sekali lagi menunjukkan keengganannya skor di Anfield dengan mempersia- siakan peluang pada masa kecederaan.

Liverpool berjaya menang dengan keputusan 2-1.

Sekaligus mencipta rekod tidak kalah ketiga paling panjang di tempat sendiri dalam sejarah pasukan Inggeris dalam semua pertandingan.

Namun Liverpool kini menjadi pasukan paling banyak menang secara berturut turut di home dalam aksi liga dengan 22 kemenangan straight.

Kemenangan ini juga meletakkan Liverpool dua puluh lima mata di atas Man City yang akan turun beraksi sebelah esok.

Liverpool hanya memerlukan 3 kemenangan lagi untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris.

Selepas minggu yang sukar untuk Liverpool, Klopp akhirnya berjaya menjumpai formula kemenangan dan akan mengekalkannya.

Selepas Bournemouth menjadi mangsa kebangkitan Liverpool, Atletico Madrid harus bersedia untuk menjadi mangsa seterusnya dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara di Anfield nanti.

BACA:  Thiago Alcantara Pamer Aksi Masterclass Bantu Liverpool 'Ganyang' Man Utd