Premier League 2019/20 Season Finale: Newcastle United 1-3 Liverpool

Liverpool turun melengkapkan jadual perlawanan pada hari terakhir Premier League musim ini dan menikmati Guard of Honour terakhir sebagai juara serta meneruskan keraian bak sang juara.

Newcastle yang menanti kunjungan Liverpool di satadium Saint James Park juga turun tanpa sebarang visi dan misi kerana tangga ke-13 sudah hampir menjadi milik mereka.

Liverpool mempamerkan aksi kebangkitan di perlawanan terakhir untuk mencatatkan kemenangan ke-32 musimn ini menyamai rekod Manchester City pada musim 2017/18 dan 2018/19.

Skuad bimbingan Steve Bruce telah mengejutkan sang juara seawal minit pertama lagi dengan gol pembukaan melalui satu sepakan percuma pantas.

Selepas beberapa saat perlawanan bermula, Newcastle United mendapat sepakan percuma, Georginio Wijnaldum dengan baik hati memberi bola kepada Jonjo Shelvey.

Selepas mendapat bola, Jonjo Shelvey terus membuat sepakan percuma pantas dari tengah padang, Dwight Gayle pantas menghidu dan membuat larian dan mudah mendapat gol pertama.

Tiada apa yang mampu dibuat pemain Liverpool yang tidak bersedia itu.

Namun Liverpool tenang dan mempamerkan aksi sang juara untuk mencipta kembali yang menjadi darah daging mereka yang pantang menyerah kecuali operasi.

Pada minit ke-34 hantaran lintang Alex Oxlade-Chamberlain telah disudahkan dengan satu sundulan gelembung buaya oleh Virgil Van Dijk yang membuatkan Martin Dubravka terpaku.

Bersambung babak kedua Divock Origi menggandakan kedudukan buat Liverpool dengan satu sepakan sedikit lencong meleret dari luar kotak penalti.

Sadio Mane yang masuk dari bangku simpanan menjaringkan gol cantik dengan satu sepakan lencong yang jauh dari jangkauan Martin Dubravka.

Liverpool memecahkan rekod kelab dengan mengumpul 99 mata dalam satu musim mengatasi mata musim lalu 97 mata.

City masa masih lagi memegang rekod mata tetinggi semusim di Premier League dengan 100 mata dan Liverpool ditangga kedua dan ketiga.

Gila bukan?

Newcastle 5-3-2: Dubravka, Manquillo, Fernandez, Rose (Watts 74), Lazaro, Shelvey, Bentaleb (S Longstagg 49), Almiron (Hayden 70), Ritchie, Saint-Maximin (Joelinton 45), Gayle (Carroll 70)

Subs not used: Muto, Yedlin, Darlow, Young

Liverpool 4-3-3: Alisson, Williams (Alexander-Arnold 85), Gomez, van Dijk, Robertson, Keita (Jones 85), Wijnaldum, Milner, Oxlade-Chamberlain (Firmino 64), Origi (Salah 64), Minamino (Mane 64)

Subs not used: Fabinho, Adrian, Shaqiri, Elliott,

BACA:  Liverpool Bakal Jadi Juara Selepas Tamat Perlawanan Pertama Sekembalinya Saingan Liga