Minggu lalu rancak media antarabangsa dan tempatan melaporkan bahawa Liverpool bakal menerima trofi Premier League bersadur Emas yang istimewa jika berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga tamat musim ini.
Telahan ini dibuat bersandarkan kepada prestasi semasa Liverpool dan lawan yang menanti dalam perlawanan yang berbaki. Hanya Manchester City dilihat mampu menghalang.
Bertemu Watford yang berada di zon penyingkiran sebelum perlawanan dengan hanya 24 mata selepas 27 perlawanan sepatutnya menjadi perlawanan yang mudah buat Liverpool.
44 – Liverpool have lost a Premier League game for the first time since January 2019, ending their 44-game unbeaten run in the competition. Stunned. pic.twitter.com/Wvj5Uesuf7
— OptaJoe (@OptaJoe) February 29, 2020
Tambahan pula minggu lalu Watford telah menjadi mangsa ratahan Manchester United masakan tidak mampu dilakukan oleh Liverpool yang power dan juga Sang Penakluk Dunia.
Namun itulah keindahan bola sepak, di atas kertas, Watford sudah pasti menjadi lauk santapan Liverpool tetapi di padang, Watford telah mengokak Liverpool.
Watford bermain sangat baik dalam perlawanan ini dengan permainan yang penuh disiplin lagi berprestasi tinggi membuatkan Liverpool mati kutu.
Separuh masa pertama Watford berjaya mengikat Liverpool dengan kemas sekali dengan keputusan seri tanpa jaringan.
2 – This was only the second time in 172 Premier League games under Jürgen Klopp that Liverpool have had only one shot in the first half, after January 2017 v Chelsea at Anfield. Restricted. pic.twitter.com/cp7l0MOqR9
— OptaJoe (@OptaJoe) February 29, 2020
Dalam tempoh 45 minit pertama Liverpool hanya mampu melakukan satu sahaja percubaan tanpa percubaan tepat dengan Watford berjaya membuat lapan percubaan dengan satu percubaan tepat.
Ismaila Sarr Mengokak Liverpool
Kejutan bermula pada minit ke-54 apabila Ismaila Sarr membuka tirai perlawanan dan ketika ini siulan ‘comeback is real’ masih kedengaran meyakinkan.
Enam minit kemudian, Ismaila Sarr datang lagi dengan satu chip cantik melopong mulut penjaga gol terbaik dunia, Alisson Becker hasil serangan balas pantas.
Prestasi terbaik Ismaila Sarr dalam kariernya apabila terbabit dalam ketiga-tiga yang terhasil dengan menjaringkan dua gol dan satu asssist.
3 – 🇸🇳 Ismaïla Sarr v Liverpool tonight:
2 goals
1 assist
1st time he’s been involved in 3 goals in a single game in the Top 5 European leagues (108 games)
1st player to be involved in 3+ goals against Liverpool in a PL game since Harry Kane in October 2017
Superb.#WATLIV pic.twitter.com/9mBS1U2RsL
— OptaJean (@OptaJean) February 29, 2020
Dengan situasi ini Liverpool cuba memberi reaksi balas untuk merapatkan kedudukan namun tidak berhasil.
Gol ketiga daripada Troy Deeney memadamkan harapan ‘Comeback is real’ dan memberik makna sebuah hakikat bahawa hakikat itu sangat menyakitkan bagi mereka yang sembang kencang.
Kesilapan bahagian pertahanan mengundang padah membuatkan Alisson Becker termanggu lagi, hantaran Ismaila Sarr, mudah untuk Troy Deeney meletakkan bola ke gawang yang kosong.
Ego Penakluk Dunia Disentap
Dalam lapan perlawanan terakhir di Premier League, Watford gagal mencatatkan sebarang kemenangan dengan 7 kekalahan dan satu seri.
8 – Watford are winless in their last eight Premier League meetings with Liverpool (D1 L7), losing each of the last four by an aggregate score of 0-15. Underdogs. #WATLIV pic.twitter.com/c3hGj3Suie
— OptaJoe (@OptaJoe) February 29, 2020
Tanpa perlu diragui lagi, Liverpool hanya menanti hari untuk bergelar juara namun hari ini adalah hari milik Watford sepenuhnya.
The Hornets sangat positif dalam perlawanan ini dan satu-satunya perkara negatif adalah kecederaan Gerard Deulofeu di separuh masa pertama hingga diusung keluar.
Tiada lagi Invincibles dan trofi emas buat Liverpool, pengulas perlawanan mencadangkan itulah tajuk yang patut digunakan oleh media.
2017 – Nigel Pearson is the first English manager to win a Premier League game against Liverpool since Sam Allardyce did so with Crystal Palace in April 2017. Schooled. pic.twitter.com/FnKwhDrngE
— OptaJoe (@OptaJoe) February 29, 2020
Nigel Pearson menjadi pengurus Inggeris pertama yang berjaya menewaskan Liverpool selepas Sam Allardyce melakukannya bersama Crystal Palace pada April 2017.
Kekalahan yang menyentap ego, keangkuhan peminat Liverpool yang selama ini seperti tidak boleh disentuh oleh orang lain.
Mujur dengan situasi politik Malaysia sekarang dapat membantu peminat Liverpool mengalihkan kekalahan mereka kepada cerita-cerita politik yang penuh plot twist.
Watford (4-4-2): Foster, Femenia, Kabasele, Cathcart, Masina, Hughes, Capoue, Sarr, Doucoure, Deulofeu, Deeney
Subs: Gomes, Dawson, Welbeck, Chalobah, Gray, Pussetto, Pereyra
Liverpool (4-3-3): Alisson; Robertson, Lovren, Van Dijk, Alexander-Arnold; Wijnaldum, Fabinho, Oxlade-Chamberlain; Mane, Firmino, Salah
Subs: Adrian, Minamino, Lallana, Origi, Matip, Jones, Hoever