Chelsea Mahu Sailang Mbappe Daripada Liverpool

Chelsea dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan Kylian Mbappe secara pinjaman daripada PSG, sekali gus memberikan persaingan kepada Liverpool untuk mendapatkan pemain itu.

Semalam media di UK melaporkan Liverpool sudah memulakan perbincangan untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Perancis itu secara pinjaman selama semusim, sebelum pemain itu menyertai Real Madrid pada musim panas akan datang.

Bintang Perancis itu masih memiliki kontrak sehingga Jun bersama PSG. Mbappe telah memaklumkan niatnya untuk tidak kekal bersama jaguh Ligue 1 itu melangkaui tempoh kontrak tersebut.

Seperti semua sedia maklum Mbappe mengimpikan perpindahan ke Real Madrid.

Namun demikian kelab Sepanyol itu tidak mempunyai sumber kewangan untuk menjana perpindahan Mbappe pada musim panas ini – sekitar £200 juta seperti dipinta PSG.

Tawaran daripada Liverpool dilihat mampu menyelamatkan keadaan dan memanfaatkan semua pihak.

Tawaran tersebut membenarkan Mbappe meninggalkan Paris. PSG pula akan mendapat bayaran yang mereka mahukan, dan bekas pemain Monaco itu akan melengkapkan perpindahan ke Real Madrid musim hadapan.

Dan Chelsea kini sedia bersaing dengan Liverpool untuk mendapatkan Mbappe selepas melalui tempoh yang sukar pada musim lalu.

Real Madrid sentiasa menjadi kelab pilihan Mbappe. Namun demikian kelab Sepanyol itu tidak mempunyai sumber kewangan untuk menjana perpindahan Mbappe pada musim panas ini – sekitar £200 juta seperti dipinta PSG.

Ini bermakna Real Madrid hanya berminat untuk mendapatkan Mbappe secara percuma.

Tawaran daripada Liverpool dan Chelsea dilihat lebih munasabah untuk dipertimbangkan oleh Mbappe setelah menolak bidaan dan tawaran lumayan daripada Al Nassr kerana mahu terus kekal beraksi di Eropah.

Pada masa yang sama PSG terdesak tidak kehilangan pemain itu secara percuma pada musim panas akan datang, dan terbuka untuk menerima idea agar pemain itu dipinjamkan untuk mendapat sedikit bayaran.

Selain Mbappe, PSG turut mencari jalan untuk menjual Georginio Wijnaldum dan Julian Draxler.

BACA:  Hanya Liverpool Penyimpan Piala Original UCL Di England