Pasukan paling agung dalam sejarah perdaban bola sepak dunia, Manchester United akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama mereka di Premier League musim 2020/21 selepas dua perlawanan melalui satu kisah yang penuh kegilaan.
Sebelum-sebelum ini terlalu keran Setan Merah meraih kemenangan melalui sepakan penalti sehingga mereka dituduh telah membeli pengadil dan Video Assistant Referee(VAR), Manchester United yagng punya.
Tidak habis disitu, Manchester United telah berjaya menewaskan Brighton & Hove Albion dengan satu cara yang tidak masuk akal selepas perlawnan telah pun tamat dengan keputusan 2-2.
Manchester United telah membawa cara mencapai kemenangan dengan satu aksi kebangkitan ke tahap yang yang lain, bak kata Elyana, tak tercapai akalku.
Brighton & Hove Albion nyata lebih baik dalam perlawanan ini dan terlalu baik hati dengan serangan demi serangan yang membuatkan Setan Merah mati kutu bak hang.
Neal Maupay membuka tirai jaringan melalui sepakan penalti untuk membolehkan Brighton & Hove Albion berada di depan pada minit ke-40 selepas Bruno Fernandes menghadiahkan sepakan penalti.
3 – Leandro Trossard is the first player to hit the woodwork three times in a Premier League match since Cristiano Ronaldo vs Newcastle United in October 2006. Postman. #BHAMUN pic.twitter.com/RMLTquZDNa
— OptaJoe (@OptaJoe) September 26, 2020
Tiga minit kemudian Harry Maguire dilihat menjaringkan gol penyamaan selepas diteliti gol itu adalah hasil jaringan sendiri pemain Brighton & Hove Albion, Lewis Dunk.
Pada minit ke-52 Marcus Rashford meletakkan Manchester United di depan namun jaringan tersebut dibatalkan dan Rashford menjaringkan gol yang sah pada minit ke-55.
Ketika kemenangan hampir menjadi milik Setan Merah, Solly March menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-95 dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri.
2011 – Bruno Fernandes' goal at 99:45 is the latest scored in the Premier League since Juan Mata's strike for Chelsea against Norwich in August 2011 (100:03). Drama. #BHAMUN pic.twitter.com/17NTb0qGkc
— OptaJoe (@OptaJoe) September 26, 2020
Lalu terjadi drama yang gila dalam sejarah apabila VAR menghadiahkan sepakan penalti kerana bola terkena tangan pemain Brighton & Hove Albion selepas wisel penamat dibunyikan.
Bruno Fernandes tiada masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti seperti biasa yang beliau lakukan.
Manchester United sangat bernasib baik dalam perlawanan ini apabila lima percubaan Brighton & Hove Albion diselamatkan tiang dan palang serta David De Gea. Leandro Trossard saja tiga kali hentam tiang.
Brighton (3-4-3) Ryan; White, Dunk, Webster; Lamptey, Lallana, Alzate, March; Trossard, Connolly, Maupay.
Substitutes: Steele, Bernardo, Burn, Veltman, Gross, Molumby, Jahanbakhsh.
Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; Pogba, Matic; Greenwood, Fernandes, Rashford; Martial.
Substitutes: Henderson, Bailly, Fosu-Mensah, Lingard, Fred, van de Beek, McTominay.