Premier League 2020/21: Burnley 0-1 Manchester United

Pasukan paling agung dalam sejarah peradaban bola sepak dunia, tidak lain dan tidak bukan sudah pasti Manchester United turun untuk perlawanan ke-17 mereka musim ini menentang Burnley.

Keputusan tanpa kalah samada ada seri atau menang akan melonjakkan pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer ini ke puncak Premier League dan merasai apa itu gayat.

Perlawanan berlangsung agak hambar dan jika ada yang berjaga untuk menyaksikan perlawanan ini boleh dikatakan tidak berbaloi kecuali kau memang berjiwa bola sepak sejati.

Robert Brady telah dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan Edison Cavani di luar dengan satu terjahan yang agak keras dan kad kuning dilayangkan.

Video Assistant Referee(VAR) menilai kembali terjahan Robert Brady namun Luke Shaw sebelum itu terlebih awal juga melakukan terjahan agak keras ke atas pemain Burnley.

Selepas penilaian ke atas video dan perbincangan yang agak panjang sebelum keputusan yang adil keluar akhirnya keadilan berpihak kepada Burnley.

Kad kuning Robert Brady telah ditarik dan Luke Shaw dilayangkan kad kuning malah sepakan percuma diberikan kepada Burnley.

Satu terjahan keras percuma Brady ke atas Cavani namun tiada hasil daripada sepakan percuma Burnley.

Pemain pertahanan termahal dunia, Harry Maguire telah meletakkan Setan Merah dihadapan dengan satu sundulan tajam dari sudut sukar.

Namun gol itu telah dibatalkan kerana Harry Maguire telah memanjat pemain Burnley.

Dipenghujung perlawanan, Anthony Martial yang mesra dengan jaringan gol menentang Burnley telah melencongkan bola dengan begitu cantik.

Nick Pope telah bersedia dan dengan penuh bergaya melakukan satu aksi menyelamat yang padu menafikan percubaan Martial.

Machester United yang mula mendapat rentak di penghujung separuh masa pertama meneruskan rentak menyerang sebaik sahaja permainan bersambung.

Manchester United berkampung di hadappan gol Burnley namun sukar untuk memecahkan blok pertahanan Burnley dan Nick Pope pula cemerlang dibenteng terakhir.

Akhirnya pada minit ke-70 gol yang dicari kunjung tiba apabila Paul Pogba tenang menyepak masuk hantaran Marcus Rashford dengan satu voli tanpa rasa melekit.

Selepas itu gol tambahan terus dicari namun tak kunjung tiba dan Martial seperti biasa buta kayu ketika situasi satu lawan satu.

Burnley tiada pilihan dan cuba menyerang untuk sekurangnya-kurang meraih satu mata dan berjaya menghuru-harakan benteng Setan Merah.

Tiada percubaan tepat satu pun yang berjaya dilakukan Burnley dalam perlawanan ini dan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

Dengan 3 mata berharga hasil jaringan Paul Pogba, Manchester United berjaya memanjat ke puncak liga selepas sekian lama.

Ini merupakan kali pertama Manchester United berada di puncak Premier League selepas bermain 17 perlawanan sejak 2013 ketika kali terakhir muncul juara pada musim 2012/13.

Ketika itu Setan Merah masih lagi di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Burnley: Nick Pope, Matthew Lowton, James Tarkowski, Ben Mee, Erik Pieters, Johann Berg Gudmundsson, Josh Brownhill, Ashley Westwood, Robert Brady, Chris Wood, Ashley Barnes.

Subs: Jack Cork, Dwight McNeil, Dale Stephens, Jay Rodriguez, Will Norris, Phill Bardsley, Matej Vydra, Kevin Long, Josh Benson.

Man Utd: David De Gea, Aaron Wan Bissaka, Eric Bailly, Harry Maguire, Luke Shaw, Paul Pogba, Namenja Matic, Marcus Rashford, Bruno Fernandes, Anthony Martial, Edison Cavani.

Subs: Juan Mata, Mason Greenwood, Fred, Daniel James, Dean Henderson, Alex Telles, Donny van de Beek, Axel Tuanzebe, Scott McTominay.

Pengadil Perlawanan: Kevin Friend.

BACA:  Perlawanan Manchester United Dan Liverpool Sudah Dijadualkan Semula