Premier League 2020/21: Chelsea 2-5 West Bromwich Albion

Saingan Premier League kembali bersambung selepas memberi laluan kepada perlawanan antrabangsa dan perlawanan Chelsea menentang West Bromwich Albion menjadi perlawanan permbukaan.

Perlawanan berlangsung seawal jam 7.30 malam ini selayaknya menjadi perlawanan pembukaan semula dengan kejutan yang amat dilakukan oleh West Bromwich Albion.

Chelsea turun dengan reputasi tidak pernah bolos dalam 5 perlawanan Premier League di Stamford Bridge dibawah bimbingan Thomas Tuchel.

Thomas Tuchel yang dipilih sebagai pengurus terbaik Premier League bagi bulan Mac telah dibelasahan dengan jaringan 5-2.

Lebih padu, kekalahan ini telah memadamkan rekod tanpa kalah Thomas Tuchel di Premier League sejak mengambil alih tugas dari legenda Chelsea, Frank Lampard.

Pada minit kelima, petanda sudah kelihatan namun itu perkara biasa dalam bola sepak selepas Thiago Silva dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan Matheus Pereira di bucu kawasan penalti.

Christian Pulisic membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-27 selepas sepakan percuma Marcos Alonso terkena tiang yang deras disambar Pulisic untuk permulaan yang baik.

Dua minit berselang, Thiago Silva mengutip kad kuning kedua selepas cuba melakukan hadangan menggelungsur cubaan Okay Yokuslu namun bola dicari, Okay Yokuslu yang dapat.

Kad merah bermakna Chelsea terpaksa mengharungi baki sejam perlawanan dengan 10 pemain dan disinilah segalanya bermula.

Mattheus Pereira telah memulakan kebangkitan West Bromwich Albion dengan dua gol pada masa kecederaan di separuh masa pertamaan.

Gol penyamaan minit 45+2 dihasilkan melalui satu lambungan yang melemaskan selepas menerima hantaran daripada penjaga gol, Sam Johnstone.

Minit 45+5 Mattheus Pereira berjaya mengelirukan tiga pemain Chelsea dengan satu dummy. Dummy dijual oleh Mattheus Pereira dibeli tiga pemain Chelsea dengan bayaran gol kedua.

Bersambung babak kedua menyaksikan Callum Robinson terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga pada minit ke-63.

Mbaye Diagne menjaringkan gol keempat sebelum Mason Mount menjaringkan gol kedua Chelsea hasil umpanan Timo Werner.

Callum Robinson melengkapkan kemenangan penuh bergaya 5-2 West Bromwich Albion dengan gol kedua peribadi pada minit ke-90+1.

Hanya tujuh percubaan tepat yang dihasilkan West Bromwich Albion dalam perlawanan ini dan menghasilkan lima gol/

Kali terakhir West Bromwich Albion menang di Stamfod Bridge adalah pada tahun 1978.

Chelsea: Edouard Mendy, Marcos Alonso, Thiago Silva, Kurt Zouma, Cesar Azpilicueta, Reece James, Jorginho, Mateo Kovacic, Cristian Pulisic, Timo Werner, Hakim Ziyech

Subs: Kepa Arrizabalaga, Antonio Ruediger, Andreas Christensen, Olivier Giroud, Mason Mount, Callum Hudson-Odoi, Ben Chilwell, Billy Gilmour, Kai Havertz

West Brom: Sam Johnstone, Darnell Furlong, Kyle Bartley, Semi Ajayi, Conor Townsend, Dara O’Shea, oKAY Yokuslu, Matthew Phillips, Ainsley Maitland-Niles, Matheus Pereira, MbayeDiagne

Subs: David Button, Hat Robson-Kanu, Callum Robinson, Jake Livermore, Grady Diangana, Barislav Ivanovic, Lee Peltier, Robert Snodgrass, Karlan Grant

BACA:  Aubameyang Dilabel Badut Dan Bodoh Kerana Tampil Dalam Video Promosi Chelsea vs Arsenal