Everton meneruskan aksi konsisten dengan terus mencatatkan rekod seratus peratus kemenangan selepas empat perlawanan dan berada dipuncak Premier League mungkin untuk sementara waktu.
Kehadiran Carlo Ancelotti pada pertengahan musim lalu nyata membawa perubahan besar kepada Everton yang terumbang-ambing dipertengahan liga selepas pemergian David Moyes suatu ketika dulu.
Masih terlalu awal untuk meletakkan skuad bimbingan Carlo Ancelotti sebagai pencabar gelaran liga namun keputusan yang dicatatkan setakat musim baru bermula sangat mengagumkan.
7 – For only a second time in the clubs history, Everton have won their opening seven games of a season in all competitions (previously in 1894-95), whilst they have won seven consecutive matches for the first time since April 1987. Transformed. #EVEBHA pic.twitter.com/njTlRIYleH
— OptaJoe (@OptaJoe) October 3, 2020
Musim 2020/21 menyaksikan Everton mencatatkan 100 peratus kemenangan dalam 7 perlawanan di semua kejohanan dan telah menjaringkan 24 gol. Purata lebih 3 gol dalam satu perlawanan.
Aksi Dominic Calvert-Lewin juga selari dengan prestasi terkini Everton apabila terus tajam dengan menjaringkan gol keenam beliau untuk Everton do liga selepas perlawanan.
Gol pendahuluan melalui satu sundulan sudut sempit Dominic Calvert-Lewin dihapuskan oleh kesilapan Jordan Pickford apabila Neal Maupay menjaringkan gol penyamaan.
9 – Dominic Calvert-Lewin has scored more goals than any other player for a top five European league side in all competitions this season (9). Form. #EVEBHA pic.twitter.com/JikdMZUNva
— OptaJoe (@OptaJoe) October 3, 2020
Penjaga gol England itu gagal menangkap kemas bola dan jatuh di depan Neal Maupay yang menyepak masuk melalui celahan kaki dua pemain Everton yang terkemut-kemut.
Namun gol penyamaan itu bertahan 3 minit sahaja, sebelum tamat separuh masa Yerry Mina meletakkan Everton kembali mendahului.
Jaringan Mina dan Assist Rodriguez telah mencipta sejarah apabila buat pertama kali gol dan assist telah dijayakan oleh pemain dari Colombia.
1 – Yerry Mina’s goal for Everton (assisted by James Rodríguez) was the first goal in Premier League history to be both scored and assisted by a Colombian. Synergy. #EVEBHA pic.twitter.com/7awGarYxWx
— OptaJoe (@OptaJoe) October 3, 2020
Sepakan percuma James Rodriguez tepat mencari kepala Yerry Mina yang tajam menyundul dan meraikan jaringan tersebut dengan tarian beramai-ramai.
Tujuh minit separuh masa kedua James Rodriguez terus melebarkan kedudukan dengan jaringan ketiga apabila mudah menolak masuk bola ke gawang terbuka di mana beliau tidak dikawal.
Gol keempat juga hampir sama, James Rodriguez di sebelah kanan masih lagi tidak dikawal mudah ROdriguez menerima bola menolak sekali bola ke gawang terkangkang luas.
5 – James Rodriguez has been directly involved in five goals in his five games for Everton in all competitions this season (2 goals, 3 assists), two more than he managed in 14 appearances for Real Madrid last season (1 goal, 2 assists). Flourishing. #EVEBHA pic.twitter.com/ls43C7sr2h
— OptaJoe (@OptaJoe) October 3, 2020
James Rodriguez seperti mana Dominic Calvert-Lewin telah menjadi nadi dan tonggak penting Everton setakat ini dalam semua perlawanan.
Brigton menjaringkan gol saguhati kedua melalui satu rembatan padu dari Yves Bissouma yang mendada dengan kemas sebelum meletupkan bola ke gawang.
Gol kedua dipenghujung perlawanan itu gagal untuk merubah kedudukan.
Everton (4-1-4-1): Pickford 4.5: Coleman 8 (Delph 58 6), Keane 6.5, Mina 7, Digne 6; Davies 6.5; Rodriguez 8.5 (Walcott 78 6), Sigurdsson 7, Doucoure 7, Richarlison 6 (Iwobi 25 7); Calvert-Lewin 7.5
Subs: Lossl (Gk), Bernard, Gordon, Nkounkou
Brighton (3-4-3): Ryan 7; White 5.5, Dunk 7, Webster 6; Lamptey 7 (Veltman 45 6), Bissouma 6.5, Alzate 6 (Alzate 82), March 5.5; Trossard 6, Connolly 5.5 (Lallana 66 6), Maupay 6.5
Subs: Steele (Gk), Burn, Mac Allister, Bernardo