Disebalik kehangatan pembentukan European Super League jangan dilupa kepada perlawanan yang membabitkan founding club, Liverpool menentang Leeds United di Premier League.
Dengan pengumuman UEFA yang mahu menggantung pemain daripada funding club mungkin ini antara perlawanan terakhir Liverpool sebelum menyertai liga haram untuk orang-orang kaya.
Ketika perlawanan berlangsung, UEFA telah mencapai kata sepakat gabungan ahli dan mengumumkan fortmat Champions League dan Europa League yang akan diguna bermula musim 2024/25.
Leeds United goalkeeper Illan Meslier wearing a t-shirt in protest against the 'European Super League' π pic.twitter.com/d7HvYRo5TK
β Football Daily (@footballdaily) April 19, 2021
Leeds United yang kaya dengan tradisi, sejarah, nilai moral penyokong yang tinggi menunjukkan penentangan kepada idea pembentukan European Super League dan pemain mereka memakai t-shirt tanda protes.
Para penyokong Liverpool juga berkumpul untuk membuat bantahan dengan rata-rata membawa sepanduk RIP Liverpool dan mengucapkan selamat jalan kepada Liverpool yang sudah mati.
Satu pesawat kelihata melakukan penerbangan di Ellen Road yang membawa sepanduk penentangan juga yang berbunyi berserta tanda pagar #SAYNOTOSUPUERLEAGUE.
A plane carrying a banner with #SayNoToEuropeanSuperLeague has been flown over Elland Road.
Listen to The Monday Night Club via @BBCSounds:
π§ https://t.co/5Du5Yi3KXr#MNC #europeansuperleague #bbcfootball pic.twitter.com/DOU7qvvdIOβ BBC 5 Live Sport (@5liveSport) April 19, 2021
Perlawanan antara Liverpool dan Leeds United sudah pasti menarik menyaksikan bagaimana Jurgen Klopp menentang taktikal Marcelo Bielsa yang memeningkan kelab besar dengan pasukan kerdil.
Liverpool meneruskan buruan tempat empat terbaik Premier League untuk ke Champions League walaupun telah layak ke European Super League secara tetap buat selama-lamanya.
Perlawanan ini menjadi medan terbaik untuk Liverpool naik ketangga keempat selepas West Ham United tewas 3-2 kepada Newcastle United dengan syarat mencatatkan kemenangan.
1 β Leeds have won just one of their last 11 home games against Liverpool in all competitions (D3 L7), with that being a 4-3 victory in November 2000 that saw Mark Viduka score all four goals for the Whites. Nostalgia. #LEELIV pic.twitter.com/CClocZGS8p
β OptaJoe (@OptaJoe) April 19, 2021
Sadio Mane membuka tirai jaringan buat Liverpool pada minit ke-31, gol ini terhasil daripada satu kerjasama berpasukan dalam mencipta gerakan.
Diogo Jota membelah pertahanan Leeds United dengan satu hantaran lolos kepada Trent Alexander-Arnold yang menolak terus bola kepada Sadio Mane selepas melihat penajga gol Leeds menerpa.
Tiada maaf bagimu dari Sadio Mane yang sudah lama kemarau jaringan dan itulah satu-satunya gol di separuh masa pertama.
75% β Six of Sadio ManΓ©'s eight Premier League goals this season have come away from home, with tonight's strike his first goal in 10 league games for Liverpool. Satisfaction. #LEELIV
β OptaJoe (@OptaJoe) April 19, 2021
Bersambung untuk baki 45 minit permainan, Leeds United menggila dengan penguasaan bola setinggi 71 peratus dan Marcelo Bielsea membuktikan beliau bapa segala taktikal.
Kecekapan Alisson Becker sebagai penjaga gol terbaik dunia teruji dan ternyata cemerlang menahan asakan daripada Leeds United yang terkenal dengan ketajaman.
Akhirnya Alisson Becker terciduk jua dengan sundalan Diego Llorente hasil sepakan penjuru Jack Harrison pada minit ke-87.
50 β Leeds have both scored and conceded 50 Premier League goals in 32 games this season β only Tottenham in 2007-08 (30 games) have done so in fewer matches in the competition. Nifty. #LEELIV
β OptaJoe (@OptaJoe) April 19, 2021
Agak pedih kena gol penyamaan minit-minit akhir ketika memerlukan kemenangan dan pasukan lawan pula menguasai perlawanan.
Tiada gol tambahan untuk kedua-dua pasukan yang sekadar berkongsi satu mata dan memberi tekanan kepada Liverpool untuk ke Champions League.
Leeds kini berada ditang ke-10 Premier League dengan 46 mata dan masih mampu mengejar sekurang-kurangnya untuk kedudukan ketujuh teratas dengan baki perlawanan tersisia.
13 β Liverpool have dropped 13 points from winning positions in the Premier League this season, two more than they had across their last two campaigns combined (6 in 2018-19, 5 in 2019-20). Susceptible. #LEELIV
β OptaJoe (@OptaJoe) April 19, 2021
Musim ini menyaksikan Liverpool telah kehilangan 13 mata ketika berada pada kedudukan untuk menang dan jika dicampur dengan dua musim lepas musim ini lebih banyak.
Musim 2018/19 Liverpool hanya kehilangan 6 mata selepas mendahului dan musim 2019/20 hanya 5 mata dilepas ketika berada di depan.
Perkara seperti inilah yang meletakkan Liverpool di kedudukan kelima musim ini. Mereka tidak lagi kebal.
Leeds (4-1-4-1) Meslier; Ayling, Llorente, Struijk, Alioski; Phillips; Costa, Dallas, Roberts, Harrison; Bamford.
Substitutes: Casilla, Koch, Berardi, Davis, Hernandez, Klich, Shackleton, Poveda-Ocampo, Gelhardt.
Liverpool (4-3-3) Alisson Becker ; Trent Alexander-Arnold, Fabinho, Ozan Kabak, Andrew Robertson; Thiago Alcantara, Giorginio Wijnaldum, James Milner; Diogo Jota, Roberto Firmino, Sadio Mane.
Substitutes: Adrian, Tsimikas, Davies, R Williams, N Williams, Naby Keita, Alex Oxlade-Chamberlain, Xherdhan Shaqiri, Mohamed Salah.
Referee Anthony Taylor.