Premier League 2020/21: Manchester City 2-5 Leicester City

Kejutan terbesar terjadi setakat ini di Premier League bagi musim 2020/21 apabila Manchester City tewas mengejut dan terkulai layu di kaki Leicester City di Stadium Ethihad.

Kekalahan City bukanlah satu kejutan tetapi kalah dengan jaringan lima gol dan hanya mampu dibalas dua sahaja selepas mendahului lebih awal menambah rencah drama perlawanan.

Lebih menarik dalam 685 perlawanan Pep Guardiola selaku pengurus Manchester City tidak pernah lagi mereka tewas dengan melepaskan lima gol.

Namun pada perlawanan ke-686 segalanya berubah dan ini juga buat pertama kali dalam sejarah, City bolos lima gol di Ethihad.

Kali terakhir City bolos lima gol pada 22 Februari 2003 di kaki Arsenal dalam perlawanan yang berlangsung di Maine Road.

Jamie Vardy menjadi petualang dalam aksi kebangkitan dan perlawanan yang memberi aib kepada Manchester City dengan mencetak jaringan hatrik.

Pemain penyerang Leicester City nyata memberi masalah besar kepada City dengan kepantasan, sentiasa berlegar-legar dan berpusing-pusing menyebabkan Vardy gagal dihalang.

Bekas pemain Leicestre City, Riyad Mahrez terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 namun Jamie Vardy membalas dengan tiga gol.

Dua daripada gol tersebut melalui sepakan penalti dan satu lagi hasil daripada satu penyudah penuh berkemahiran tinggi lagi berseni.

James Maddison menjadikan kedudukan 4-1 melalui satu rembatan cantik yang gemilang dari luar kotak penalti yang tepat menuju ke bucu kanan gawang.

Nathan Ake cuba menghidupkan sisa perjuangan Manchester City dengan mengurangkan jurang gol melalui sundulan, namun itu tidak cukup.

Youri Tielemans membunuh terus harapan City dengan gol kelima juga melalui sepakan penalti. Mujur Vardy sudah dikeluarkan jika tidak 4 gol dalam tangan.

Sejarah tercipta apabila Leicester City menjadi pasukan pertama menjaringkan 3 penalti dalam satu perlawanan sejak Premier League diperkenalkan.

Ajaibnya kesemua penalti diberikan bukan kerana terkena tangan.

Manchester City (4-2-3-1) Ederson; Walker, Garcia, Ake, Mendy; Fernandinho, Rodri; Mahrez, De Bruyne, Foden; Sterling.

Substitutes: Steffen, Laporte, Zinchenko, Doyle, Palmer, Torres, Delap.

Leicester City (5-4-1) Schmeichel; Castagne, Amartey, Evans, Soyuncu, Justin; Praet, Tielemans, Mendy, Barnes; Vardy.

Substitutes: Ward, Fuchs, Maddison, Albrighton, Choudhury, Iheanacho, Perez.

BACA:  Rodri Pamer Aksi Hadangan Yang Sungguh Luar Biasa Menakjubkan