Premier League 2020/21: Sheffield United 2-3 Manchester United

Perlawanan menentang Sheffield United di atas kertas ramalan dijangka menjadi perlawanan mudah buat Manchester United untuk mengumpul tiga mata penuh tanpa rasa melekit.

Prestasi Sheffield United musim ini selepas 12 perlawanan sangat teruk dan kelaut apabila menjadi lubuk mata buat pasukan lawan.

Sheffield United berada ditangga tercorot liga dengan hanya mengutip satu mata dengan 11 kekalahan tanpa sebarangan kemenangan langsung.

David De Gea direhatkan dan Ole Gunnar Solskjaer memberi peluang kepada Dean Henderson melakukan penampilan kedua musim ini di Premier League dari kesebelasan utama

Namun langit tidak selalu gelap dan ada sinar buat Sheffield United apabila memperoleh gol percuma belum pun perlawanan memasuki minit kelima.

Permainan hantaran dibelakang acah-acah mahu melakukan gerakan dari bawah memakan diri yang bermula dari hantaran Viktor Lindelof kepada Dean Henderson.

Dean Henderson kemudian menghantar kepada Harry Maguire, pemain termahal dunia itu mempunyai pilihan untuk menghantar kepada Alex Telles yang tidak ditekan.

Namun hantaran kembali kepada Dean Henderson yang terus membuat kelakar ketika ditekan lalu David McGoldrick pantas menjaringkan gol.

Entah apa yang merasuk, Dean Henderson telah tergelecoh dan kelam kabut lalu panik apabila ditekan pemain Sheffield United yang laju menerpa.

Dua puluh minit kemudian Marcus Rashford kembali menyamakan kedudukan selepas menyempurnakan hantaran cantik Victor Nilsson Lindeloef.

Hantaran Lindelof itu disambut lembut oleh Rashford yang terus melakukan percubaan yang gagal diselamatkan oleh Aaron Ramsdale.

Pada minit ke-34, Anthony Martial meletakkan Manchester United di depan dengan gol kedua dengan satu tolakan mudah dan penuh bergaya.

Hantaran maut dan penuh genius Paul Pogba berjaya menemui Anthony Martial dan Aaron Ramsdale terus keluar untuk menghalang malangnya bola kembali ke kaki Martial.

Satu permainan yang sungguh berani dan berisiko ditunjukkan oleh Sheffield United yang bermain di garisan tinggi.

Marcus Rashford terus menjarakkan kedudukan buat Manchester United dengan gol ketiga selepas 6 minit babak kedua kembali bersambung dengan penyudah yang tenang.

Selepas jaringan ketiga daripada Rashford itu, Sheffield United seakan mati kutu untuk menyekat kegarangan Manchester United yang terus mengasak.

Beberapa sepakan percuma yang diperoleh Manchester United seolah-olah menjadi medan buat Rashford dan Bruno Fernandes mencuba sepakan yang baru.

Permainan santai daripada anak buah Ole Gunnar Solskjaer dengan beberapa gerakan menarik namun gagal diterjemah dengan gol tambahan.

Bruno Fernandes dikeluarkan pada minit ke-80 dan Donny Van De Beek dimasukkan dan serta merta kegarangan Setan Merah mengendur dan mati akal.

Kesempatan ini digunakan Sheffield United untuk mencari gol dan akhirnya berjaya mengurangkan defisit dengan jaringan dari David McGoldrick lagi.

Berpunca daripada sepakan penjuru, David McGoldrick dan cuba dicabar Victor Lindelof tapi bola melantun masuk ke gawang.

Tiada apa cubaan menyelamat dari Dean Henderson melainkan mengutip bola di dalam gawang dan selepas itu Setan Merah kelihatan tertekan.

Rembatan cantik Lys Mousset telah dinafikan oleh aksi menyelamat penuh bergaya daru Dean Henderson.

Malang buat Sheffield United yang terus menikmati kekalahan ke-12 musim ini selepas 13 perlawanan dan kekal di tempat tercorot dengan satu mata.

Sheff Utd: Ramsdale, Baldock, Basham, Egan, Robinson, Stevens, Berge, Ampadu, Fleck, Burke, McGoldrick.

Subs: Sharp, Mousset, Jagielka, Norwood, Verrips, Osborn, Brewster.

Man Utd: Henderson, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Alex Telles, Matic, Pogba, Greenwood, Bruno Fernandes, Martial, Rashford.

Subs: De Gea, Mata, Fred, James, Shaw, van de Beek, McTominay.

Referee: Michael Oliver.

BACA:  Premier League 2020/21: Burnley 0-1 Manchester United