Para pemain Manchester City tersangatlah cemerlang ketika kempen perlawanan antarabangsa dan ada yang mencetak hatrik ke atas pasukan gergasi dunia serta ada yang menjaringkan gol dengan skil tak masuk akal.
Namun Ferran Torres, Ruben Dias, Gabriel Jesus, Riyad Mahrez dan Phil Foden bermain seperti tiada pedoman sekembalinya bersama Manchester City.
Akhirnya Manchester City menerima padah apabila tewas kepada Tottenham Hotspur dua gol tanpa balas untuk kali kedua musim ini selepas 8 perlawanan.
Kemenangan ini telah melonjakkan Spurs ke puncak liga perdana sekali lagi walaupun untuk tempoh yang singkat kerana beberapa pasukan belum turun beraksi.
Son Heung Min menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-5 dengan satu percubaan leret hasil umpanan cantik Tanguy Ndombele.
Harry Kane menggandakan kedudukan selepas menyempurnakan tolakan Son Heung Min namun dibatalkan kerana offside.
Emerick Laporte kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-27 namun dibatalkan VAR kerana bola terlebih dahulu terkena tangan Gabriel Jesus.
Hantaran cantik penuh ketepatan dari segi pengiraan masa dan kelajuan bola berjaya menyamai larian Giovani Lo Celso yang membuat penyudah untuk gol kedua.
Tottenham Hotspur: Lloris, Aurier, Alderweireld, Dier, Reguilon, Sissoko, Hojbjerg, Bergwijn, Ndombele, Son, Kane.
Subs: Bale, Hart, Rodon, Lo Celso, Lucas Moura, Davies, Vinicius.
Manchester City: Ederson, Walker, Dias, Laporte, Joao Cancelo, De Bruyne, Rodri, Bernardo Silva, Mahrez, Gabriel Jesus, Torres.
Subs: Stones, Sterling, Gundogan, Aguero, Steffen, Foden, Garcia.