Premier League 2021/22: Brentford 3-3 Liverpool

Pasukan paling hebat di muka bumi yang tiada tanding taranya telah diikat oleh pendatang baru Premier League, Brentford yang juga buat pertama kalinya beraksi di liga teratas dalam sejarah kelab.

Perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling mengejar mengikat kedudukan menyaksikan 6 gol terhasil dalam perlawanan ini.

Ethan Pinnock terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-27 sekaligus mengejutkan pasukan yang dicanang sebagai pasukan juara.

Diogo Jota menyamakan kedudukan pada empat minit kemudian dan mengheret keputusan 1-1 itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung permainan babak kedua, ayam tambatan Liverpool, Mohamed Salah telah menjaringkan gol kedua Liverpool yang memberi sedikit kelegaan.

Brentford tidak panik dengan status kehebatan Liverpool dan mengikat kedudukan melalui Vitaly Janelt pada minit ke-64.

Curtis Jones meletakkan Liverpool dihadapan dengan gol ketiga pada minit ke-67 namun Yoane Wissa yang masuk dari bangku simpanan menyamakan kedudukan pada minit ke-80.

Aksi serang menyerang dengan baki perlawnaan 10 minit menyaksikan tiada lagi gol terhasil.

Pasukan paling hebat di muka bumi itu telah kehilangan dua mata berharga tetapi masih lagi di puncak liga, dua mata dihadapan Mancheste City.

Brighton & Hove Albion mampu untuk berada dipuncak jika berjaya mencatatkan kemenangan menentang Crystal Palace.

Brentford: Raya, Ajer, Jansson, Pinnock, Canos, Onyeka, Norgaard, Janelt, Henry, Mbeumo, Toney

Subs: Fernandez, Jensen, Forss, Wissa, Ghoddos, Zanka, Baptiste, Bidsrtup, Roerslev

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Matip, Van Dijk, Robertson, Fabinho, Henderson, Jones, Mane, Salah, Jota

Subs: Kelleher, Konate, Milner, Firmino, Gomez, Oxlade-Chamberlain, Minamino, Tsimikas, Origi

BACA:  Gerrard Mahu United Tersingkir Dari Liga Juara-Juara Eropah, Tapi Akui Keputusan Pengadil Adalah Tepat