Skuad kendalian Jurgen Klopp turun ke Selhurst Park untuk beraksi bertemu Liverpool dalam aksi saingan Premier League.
Selepas melihat Manchester City keciciran mata, sudah tentu Liverpool tidak mahu melakukan hal yang sama, kerana mereka mahu terus mencabar kedudukan dalam carta saingan liga.
Liverpool turun tanpa tiga bintang utama mereka, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita yang kini sedang berada di Cameroon untuk menyertai pertandingan Piala Benua Afrika.
Jürgen Klopp relished ‘a big three points’ after the Reds had to grind out a 3-1 victory at Crystal Palace 👇
— Liverpool FC (@LFC) January 23, 2022
Crystal Palace juga turut kehilangan dua nadi penting mereka, Wilfried Zaha dan Cheikhou Kouyate yang turut berada di Cameroon pada ketika ini.
Liverpool dalam dua perlawanan terakhir mereka, anak-anak buah Jurgen Klopp itu berjaya menjaringkan lima gol dan ia jelas sekali membuktikan tanpa Salah dan Mane, mereka masih tajam di depan gol.
Kedua-dua pasukan sudah tentu mahu mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini, untuk memperbaiki keputusan masing-masing dalam carta saingan Premier League.
Sebaik sepak mula perlawanan, Crystal Palace sudah mula melancarkan beberapa siri serangan dan mereka jelas lebih mendominasi permainan.
Masuk minit ke-5 permainan barulah Liverpool berjaya mengawal semula permainan, dengan mereka turut berjaya melancarkan beberapa siri serangan ke kubu lawan.
BRILLIANT START!!!!!!!! BIG VIRGGGGGG!!!!!
— Liverpool FC (@LFC) January 23, 2022
Pada minit ke-7, Liverpool berjaya membuka tirai jaringan mereka menerusi Virgil Van Dijk untuk The Reds mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0.
Van Dijk menanduk padu bola sepakan penjuru yang diambil oleh Andy Robertson, dengan bola sundulan beliau benar-benar laju menerjah jaring gawang gol Palace.
20 minit pertama dalam perlawanan ini, Liverpool dilihat terlalu dominan dengan mereka kerap melancarkan serangan, sementara Palace pula lebih banyak bermain di kawasan sendiri.
Pada minit ke-30, Liverpool masih lagi kekal dominan dan mereka turut beberapa kali berkesempatan untuk menambah jaringan.
Pada minit ke-32 permainan, Andy Robertson sekali lagi menunjukkan kualiti hantaran beliau yang sungguh luar biasa menakjubkan, dengan hantarannya itu berjaya membantu Alex Oxlade-Chamberlain meledak gol kedua untuk Liverpool.
OX MAKES IT TWO!!!!!!!!!!!
— Liverpool FC (@LFC) January 23, 2022
Robertson menghantar bola jauh ke dalam kotak penalti dari sudut tepi padang mencari Oxlade-Chamberlain yang sama sekali tidak dikawal oleh pemain Crystal Palace.
Chamberlain bijak mendada bola dan mengawal bola tersebut sebelum melepaskan rembatan padu menerjah jaring gawang gol Palace.
15 minit terakhir aksi babak pertama, Crystal Palace dilihat sudah mula mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka, dengan anak-anak buah Patrick Vieira itu beberapa kali berjaya menguji gawang gol Liverpool.
Aksi babak pertama dalam perlawanan ini berakhir dengan Liverpool masih mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.
Masuk aksi babak kedua, Crystal Palace sudah mula melancarkan serangan sejak dari minit pertama sepak mula dimulakan.
Boleh dikatakan dari minit ke-45 hingga 50, jentera serangan Palace tidak henti-henti melakukan serangan untuk mencari gol pertama mereka.
HALF TIME
Crystal Palace 0-2 Liverpool
Dominant first half from the Reds, who lead thanks to Van Dijk and Oxlade-Chamberlain, though Palace had a few chances at the end of the half. pic.twitter.com/WpARjjqxxd
— Neil Jones (@neiljonesgoal) January 23, 2022
Kecemerlangan Alisson berjaya menafikan kesemua percubaan-percubaan merbahaya dari jentera serangan Crystal Palace.
Pada minit ke-55, Crystal Palace akhirnya berjaya juga merobek gawang gol Liverpool dengan Odsonne Edouard muncul sebagai penjaring gol.
Para pemain Palace bermain hantaran satu dua dari tengah hingga masuk ke dalam kotak penalti, dengan Jean-Philippe Marteta melorongkan bola tepat menemui Edouard yang kemudiannya mudah menolak bola masuk ke gawang gol Liverpool.
Aura dalam stadium juga mulai berubah dengan para penyokong Crystal Palace tidak henti-henti bersorak dan ia jelas menjejaskan aksi permainan para pemain Liverpool.
Pasukan tuan rumah berjaya mendominasi permainan dan mereka turut cemerlang melakukan beberapa siri percubaan dalam usaha untuk memburu gol penyamaan.
Odsonne Edouard’s last 4 home games for Crystal Palace:
🅰️ vs Southampton
⚽️🅰️🅰️ vs Norwich
⚽️ vs West Ham
⚽️ vs LiverpoolSelhurt’s star. 🇫🇷⭐️ pic.twitter.com/b5j8gw4dZZ
— Statman Dave (@StatmanDave) January 23, 2022
Mujur saja Alisson sedang berada di tahap persembahan terbaiknya dengan beliau beberapa kali berjaya menafikan serangan bertali arus dari kem Crystal Palace.
Liverpool benar-benar teruk didominasi dengan mereka dilihat mati kutu untuk cuba memenangi ball possession.
Pada minit ke-86, Liverpool tiba-tiba berkesempatan untuk melakukan serangan pantas, dengan Diogo Jota yang ketika itu sedang cuba untuk menjaringkan gol telah dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Vicente Guaita.
Jota kemudiannya meminta belas dari pengadil agar menyemak semula insiden tersebut kerana beliau merasakan dirinya berhak dihadiahkan sepakan penalti.
Selepas hampir dua minit untuk menyemak insiden tersebut, VAR bersetuju untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Liverpool.
Para pemain Crystal Palace tidak berpuas hati dengan keputusan dari pengadil perlawanan, dengan mereka menganggap Jota tidak dikasari.
Fabinho (yes, Fabinho) is Liverpool’s top scorer in 2022 with four goals from five matches.
⚽️⚽️ vs Shrewsbury
❌ vs Arsenal
⚽️ vs Brentford
❌ vs Arsenal
⚽️ vs Crystal PalaceHe’s now up to 5 goals this season, and taken his Liverpool tally to 8. pic.twitter.com/523naTHX90
— LFC Stats (@LFCData) January 23, 2022
Fabinho tampil untuk mengambil sepakan penalti tersebut, dengan beliau cemerlang menyempurnakan sepakan penalti itu untuk bantu Liverpool mendahului permainan 3-1.
Ketinggalan 3-1, para pemain Crystal Palace tidak mudah mengalah dengan mereka masih gigih melancarkan serangan dalam usaha untuk mencari tambahan jaringan.
Pengadil perlawanan membunyikan wisel panjang untuk menamatkan perlawanan, dengan Liverpool berjaya menewaskan Crystal Palace 3-1 untuk membawa pulang tiga mata penuh.
The Reds pada ketika ini sembilan mata di belakang pendahulu saingan Premier League, Manchester City namun mereka masih memiliki kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.
Crystal Palace: Guaita 6; Ward 5.5, Andersen 6.5, Guehi 6, Mitchell 4.5; Olise 8, Gallagher 5.5, Hughes 5.5 (Ayew 77 6), Schlupp 7.5, Eduoard 7 (Eze 68 6); Mateta 7 (Benteke 77 5.5).
Pemain simpanan: Butland, Milivojevic, Ayew, , Clyne, , Kelly, Ferguson, Riedewald
Manager: P Vieira 7.5
Liverpool: Alisson 7.5; Alexander-Arnold 6, Matip 6, Van Dijk 7, Robertson 7; Henderson 7, Fabinho 6, Jones 6; Oxlade-Chamberlain 6.5 (Minamino 59 5.5), Firmino 6, Jota 7.5,
Pemain simpanan: Kelleher, Konate, Milner, Gomez, , Tsimikas, Gordon, Williams, Morton
Manager: J Klopp 7
Pengadil: K Friend (Leicestershire) 5.5