Premier League 2021/22: Liverpool 1-0 Aston Villa

Liverpool turun menentang Aston Villa yang merupakan mimpi ngeri mereka beberapa musim lalu apabila telah dibelasah 7-2 dalam satu perlawanan yang dianggap paling buruk dari Liverpool.

Perlawanan menentang Aston Villa kali ini agak unik kerana legenda Liverpool, Steven Gerrard kembali ke Anfield tapi bukan sebagai hero yang dipuja tetapi sebagai musuh.

Steven Gerrard kini merupakan pengurus Aston Villa yang hadir untuk mencari kemenangan keempat dari lima perlawanan dibawah pemerintahnnya.

Sidang media Liverpool menjelang perlawanan menentang Aston Villa ini banyak berkisar tentang kepulangan semula Steven Gerrard dan Jurgen Klopp sempat bergurau mahu halau wartawan yang bertanya soalan mengenai Gerrard.

Jurgen Klopp tidak menafikan sebarang kemungkinan bahawa Gerrard mungkin akan menjadi pengurus Liverpool suatu hari nanti dan hanya masa menentukan.

Aston Villa langsung tidak gentar dengan Liverpool di Anfield walaupun ada yang menganggap bermain menentang Liverpool di Anfield adalah seperti ke neraka bukan Melaka.

Corak permainan penuh berdisiplin dan bermain sebagai satu unit telah ditunjukkan oleh anak buah Steven Gerrard menyaksikan Liverpool sukar untuk mencari jaringan.

Penjaga gol yang dicanang-canang terbaik dunia, Allison Becker hampir bertukar menjadi anjing selepas merangkak-rangkak dalam kotak sendiri, mujur tidak dihukum.

Separuh masa pertama menyaksikan kedudukan terikat tanpa sebarang jaringan. Walaupun ada beberapa percubaan tepat namun kurang menyengat untuk diterjemahkan sebagai jaringan.

Asakan bertali arus tidak mengerti apa itu lelah telah ditunjukkan oleh Liverpool selepas permainan bersambung untuk tempoh 45 minit terakhir.

Aston Villa hanya berkampung di kawasan sendiri dan menyerap segala asakan Liverpool dengan permainan penuh berdisiplin.

Pada minit ke-52, Virgil Van Dijk telah melakukan tandukan bebas tajam ke gawang Aston Villa namun Emiliano Martinez tangkas menepis mengeluarkan bola.

Segala suapan dan umpanan sebelah kiri, kanan dan tengah Liverpool telah dikeluarkan dengan jayanya, jika lepas Emiliano Martinez ada sebagai benteng akhir.

Pada minit ke-64, Liverpool yang mati akal telah menggunakan voucher penalti untuk mendapatkan jaringan pendahuluan.

Tyrone Mings telah menjatuhkan Mohamed Salah dalam kotak penalti dan jelas ada sentuhan pengadil tiada pilihan selain menghadiahkan sepakan penalti.

Mohamed Salah tiada masalah untuk menewaskan Emiliano Martinez dengan satu sepakan yang betul-betul ke bucu secara leret.

Tapi harus diingat jika Liverpool mendapat penalti itu adalah keadilan mutlak. Kalau pasukan lain bermakna pasukan tersebut telah membeli pengadil.

Hantaran ke belakang yang agak perlahan dari Konsa kepada Martinez hampir mengundang padang, mujur Martinez pantas menutup kesilapan itu ketika Diogo Jota cuba mencabar.

Ketinggalan satu gol tidak memberi Aston Villa pilihan lain selain melakukan serangan dan Danny Ings dimasukkan Gerrard untuk menambah sengat.

Alisson Becker sekali lagi hampir melakukan satu aksi kelakar apabila keluar untuk mengeluarkan bola namun terkena Fabinho mujur bola tidak melantun ke gawang.

Aston Villa pula menyerang sesedap rasa namun tiada gol terhasil dan Liverpool hanya menunggu peluang terbaik melakukan serangan balas.

Diogo Jota gagal membunuh perlawanan dengan gol kedua di masa kecederaan apabila rembatannya tinggi melepas palang.

Steven Gerrard mengalami kekalahan keduanya bersama Aston Villa dalam lima perlawanan pertama. Kekalahan pertama adalah di kaki Manchester City.

Kesebelasan utama Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, van Dijk, Matip, Robertson, Henderson, Fabinho, Thiago, Salah, Mane, Oxlade-Chamberlain.

Pemain simpanan: Konate, Milner, Keita, Gomez, Minamino, Jota, Tsimikas, Kelleher, Williams.

Kesebelasan utama Aston Villa: Martinez, Cash, Konsa, Mings, Targett, McGinn, Nakamba, Douglas Luiz, Jacob Ramsey, Watkins, Young.

Pemain simpanan: Sanson, Buendia, Steer, Tuanzebe, Trezeguet, Ings, El Ghazi, Hause, Carney Chukwuemeka.

Pengadil perlawanan: Stuart Attwell (Warwickshire)

BACA:  Klopp Tegaskan Menentang Real Madrid Bukan Satu Misi Balas Dendam