Premier League 2021/22: Liverpool 2-2 Manchester City

Perlawanan sedap Premier League minggu ini menyajikan dunia bola sepak dengan pertemuan antara Liverpool dan Manchester City, sudah pasti kemenangan yang dicari kedua-dua pasukan.

Liverpool memerlukan kemenangan untuk menjarakkan diri di tahkta liga manakala kemenangan akan mendekatkan Manchester City ke kedudukan teratas.

Seri sudah pasti memberi kelegaan kepada banyak pasukan terutamanya Chelsea yang mampu terus mengekalkan kelebihan.

Jurgen Klopp dan Liverpool boleh diibaratkan sebagai Kriptonite buat Pep Joseph Guardiola di mana Jurgen Klopp merupakan pengurus paling sukar ditewaskan Guardiola dan Liverpool pula merupakan pasukan paling susah Guardiola mahu tumbangkan.

Separuh masa pertama menyaksikan Manchester City terlalu gah buat Liverpool dengan jayanya berjaya menutup ruang untuk para pemain Liverpool membuat hantaran.

Mati kutu jadinya anak buah Jurgen Klopp walalupun bermula agak baik pada awal permainan. Hampir setengah jah perlawanan Manchester City mula menunjukkan belang mereka.

Kontroversi tercetus pada minit ke-32 apabila James Milner telah menjatuhkan Phil Foden dari belakang di luar kotak penalti namun tiada apa-apa tindakan dari pengadil dan Milner terlepas.

Berbaki 10 minit permainan 45 minit pertama Manchester City terus menerus mengasak Liverpool yang hanya hebat di mulut penyokong mereka.

Liverpool mula memperkemaskan permainan pada separuh masa kedua selepas gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat pada babak pertama.

Akhirnya pada minit ke-59 Sadio Mane berjaya memecahkan kebuntuan dengan gol pembukaan dengan satu penyudah yang tenang lagi penuh bergaya.

Larian solo Mohamed Salah dari tengah padang disebelah kanan laju nak mati tidak terkejar pemain Manchester City sebelum memotong ke tengah dan melorongkan cantik bola kepada Sadio Mane.

Berselang 10 minit kemudian, Manchester City menyamakan kembali kedudukan melalui jaringan Phil Foden dengan percubaan leret menewaskan Alisson Becker.

Pada minit ke-76, Mohamed Salah meletakkan Liverpool kembali di depan selepas menyempurnakan dengan sebaik mungkin suapan dari Curtis Jones dari tepi padang.

Persis Lionel Messsi Mohamed Salah melakukan satu larian solo menerobos masuk ke kotak penalti Manchester City menggelecek 11 pemain City sebelum menewaskan Ederson.

Kemudian Pep Guardiola dilayangkan kad kuning kerana mempersoalkan keputusan pengadil lantaran kejahatan James Milner yang tidak berkesudahan ke atas Phil Foden.

Hanya lima minit sahaja gol Mohamed Salah mampu bertahan apabila Kevin De Bruyne kembali menyamakan kedudukan dengan percubaan lencong yang terbias pemain Liverpool.

Fabinho terlepas peluang keemasan untuk gol kemenangan Liverpool selepas Ederson tersalah langkah menangkap angin, Rodri pantas membuat hadangan.

Selepas mentertawakan pasukan lain yang seri mereka mula mencipta alasan bahawa perlawanan ini sangat hebat, genius dan legendary lalu wajar diberikan penghormatan aras tinggi.

Setakat ini Liverpool masih kekal sebagai satu-satunya pasukan Premier League yang belum tewas musim ini sekaligus melebarkan rekod tanpa kalah dalam semua kejohanan kepada 19 perlawanan.

Liverpool Kesebelasan Utama (4-1-2-3) Alisson Becker ; James Milner, Joel Matip, Virgil van Dijk, Andrew Robertson; Fabinho; Jordan Henderson, Curtis Jones; Mohamed Salah, Diogo Jota, Sadio Mane.

Pemain gantian : Caoimhin Kelleher, Ibrahima Konate, Joseph Gomez, Konstantinos Tsimikas, Neco Williams, Naby Keita, Alex Oxlade-Chamberlain, Roberto Firmino, Takumi Minamino.

Manchester City Kesebelasan Utama (4-1-2-3) Ederson MNoraes ; Walker, Dias, Laporte, Cancelo; Rodri; Silva, De Bruyne; Jesus, Foden, Grealish.

Pemain gantian : Steffen, Carson, Stones, Ake, Fernandinho, Palmer, Sterling, Torres, Mahrez.

Pengadil Perlawanan : Paul Tierney.

BACA:  Siri Jelajah Liverpool; Serangan Hebat Namun Pertahanan Dalam Kebimbangan