Premier League 2021/22: Liverpool 3-1 Norwich City

Skuad kendalian Dean Smith berkunjung ke Anfield untuk bertemu anak-anak buah Jurgen Klopp dalam aksi saingan Premier League.

Liverpool sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini, selepas mencatatkan tujuh kemenangan secara berturut-turut dalam semua pertandingan.

Norwich City minggu lalu baru saja dibelasah 4-0 oleh Manchester City dan mereka tentu saja turun dalam perlawanan ini dengan misi wajib menang.

The Canaries wajib mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini dalam usaha mereka untuk keluar dari zon penyingkiran.

Liverpool sementara itu sudah tentu tidak mahu keciciran mata kerana mereka kini sedang mencabar Manchester City untuk merebut gelaran Premier League.

Norwich City berjaya melancarkan serangan merbahaya sebaik sepak mula perlawanan dengan percubaan mereka berjaya menghasilkan sepakan penjuru seawal minit pertama permainan.

Liverpool walau bagaimanapun berjaya mengawal permainan dengan mereka kemudiannya cemerlang melancarkan beberapa siri serangan ke kubu Norwich.

Minit ke-3 permainan, pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol awal menerusi Milot Rashica, namun gol tersebut dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana penyerang Norwich itu berada di kedudukan offside.

10 minit pertama permainan berlangsung, Liverpool jelas sekali lebih dominan dengan mereka berjaya melancarkan beberapa siri serangan menguji gawang gol Norwich.

Minit ke-14 permainan, Teemu Pukki hampir meletakkan Norwich di hadapan selepas berdepan situasi satu lawan satu berdepan Alisson, namun sayangnya percubaan beliau tersasar.

15 minit perlawanan berlangsung, Liverpool nampak terlalu dominan, dengan bola senantiasa berada di kawasan Norwich sahaja.

Selepas 20 minit perlawanan berlangsung, The Reds masih lagi dominan dengan mereka berjaya mencipta 7 percubaan dengan tiga darinya merupakan percubaan tepat.

30 minit perlawanan berlangsung, Liverpool masih lagi menguasai penguasaan bola, namun sayangnya mereka gagal untuk mendapatkan gol pendahuluan.

Bermula pada minit ke-35 permainan, Norwich sepertinya sudah berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka, dengan anak-anak buah Dean Smith itu cemerlang melancarkan beberapa siri serangan ke kubu pasukan tuan rumah.

Berbaki 5 minit sebelum tamat aksi babak pertama, Liverpool kembali mendominasi permainan, dengan mereka tak henti-henti menguji gawang gol Norwich.

Aksi babak pertama tamat dengan kedua-dua pasukan gagal untuk memperoleh gol dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Sebaik aksi babak kedua bermula, Norwich dilihat lebih bernafsu untuk melancarkan beberapa siri serangan ke kubu Liverpool.

Pada minit ke-48 permainan, Norwich akhirnya berjaya memecah kebuntuan dengan mereka terlebih dahulu memperoleh gol pendahuluan.

Milot Rashica mencipta sejarah tersendiri selepas kejayaan beliau mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini.

Rashica melepaskan rembatan padu ke arah gawang gol Liverpool, dengan bola rembatan beliau terbias terkena kaki Matip sebelum menerjah jaring gawang gol Liverpool.

Terkejut dengan gol pendahuluan Norwich, Liverpool kemudiannya melancarkan beberapa siri serangan tanpa henti, dalam usaha mereka untuk memburu gol penyamaan.

60 minit perlawanan berlangsung, Liverpool masih kekal dominan dan menguasai sepenuhnya penguasaan bola, namun usaha mereka memburu gol penyamaan masih menemui jalan buntu.

Pada minit ke-64 permainan, Liverpool akhirnya berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Rashica menerusi Sadio Mane.

Bintang Senegal itu berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk membantu Liverpool mengikat Norwich 1-1.

Mane berjaya memanfaatkan bola tandukan Kostas Tsimikas dengan melakukan skill lipat gulung yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Tidak dinafikan ia sememangnya gol yang sangat cantik dan tentunya ia juga menjadi gol semangat untuk para pemain Liverpool memburu tambahan jaringan dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-66 permainan, Liverpool akhirnya berjaya mendahului perlawanan selepas memperoleh gol kedua menerusi Mohamed Salah.

Alisson Becker melakukan hantaran membelah padang mencari Mo Salah yang berada di kawasan lawan, dengan bintang Mesir itu cemerlang mengawal bola hantaran dari penjaga golnya itu, sebelum melepaskan rembatan leret cantik untuk gol kedua Liverpool.

Salah bijak mengawal bola dan memperbodoh-bodohkan barisan pertahanan Norwich sebelum memastikan bola berakhir dalam jaring gawang gol lawan.

Liverpool kemudiannya berjaya melancarkan beberapa siri serangan lagi dalam usaha mereka untuk memburu tambahan jaringan.

Pada minit ke-80, The Reds berjaya memperoleh gol ketiga mereka dalam perlawanan ini menerusi penandatanganan terbaru kelab, Luis Diaz.

Jordan Henderson menghantar bola cantik ke dalam kotak penalti dengan Diaz kemudiannya melakukan larian untuk memenangi bola tersebut, seterusnya melepaskan rembatan untuk menewaskan Angus Gunn.

Norwich kemudiannya berusaha untuk menambah jaringan mereka, namun kesemua percubaan mereka mudah di gagalkan oleh barisan pertahanan Liverpool.

The Reds sendiri turut beberapa kali berpeluang untuk menambah gol mereka, namun keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan 3-1 membantu Liverpool untuk terus mencabar Manchester City dengan mereka kini sudah berjaya merekodkan lapan kemenangan secara berturut-turut dalam semua pertandingan.

Liverpool kini hanya enam mata sahaja dibelakang Man City, dengan pendahulu saingan Premier League itu pula bakal turun beraksi bertemu Tottenham Hotspur selepas tamat perlawanan ini nanti.

Norwich City sementara itu berada di kedudukan tercorot dalam carta saingan liga, dengan mereka kini semakin sukar untuk keluar dari zon penyingkiran.

Liverpool (4-3-3): Alisson, Gomez, Matip, van Dijk, Tsimikas; Henderson, Oxlade-Chamberlain (Thiago 62), Keita (Origi 62); Salah, Mane, Diaz (Minamino 90)

Pengurus: Jurgen Klopp

Norwich (4-3-3): Gunn; Aarons, Hanley, Gibson, Williams; Normann (Lees-Melou 82), Gilmour, McLean; Sargent (Placheta (76), Rashica (Rowe 86), Pukki

Kad Kuning: Williams

Pengurus: Dean Smith

BACA:  Salah Sasar Sertai Liverpool Sejak Mula-Mula Tinggalkan Egypt 6 Tahun Lalu